Followers

Showing posts with label neuro. Show all posts
Showing posts with label neuro. Show all posts

~~CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN..MARI AMALKAN~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua warga bumi..semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya...InsyaAllah..

SubhanaAllah..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Allah swt masih lagi memberi kita peluang untuk menghirup udara yang segar ini..free of charge pula tu..hehe..oklah..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua 6 cara untuk meningkatkan daya ingatan..semua ini boleh diamalkan tetapi jangan lupa untuk sentiasa basahkan bibir dengan berzikir dan membaca Al-Quran kerana amalan itulah yang lebih mujarab..

1. BANGUN PAGI DAN CIUM ROSEMARY
- Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian..
- Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak berbau, beberapa bilik dengan bebauan dari minyak aroma rosemary, dan selebihnya bekerja dengan bebauan minya lavender.
- Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan bauan minyak aroma rosemary mempunyai keputusan yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih buruk dalam hal kerja ingatan..
 - Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan)..
- yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.

2. MAKANAN UNTUK BERFIKIR
- Untuk menjaga ingatan tetap muda meskipun otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
- Antioksidan = molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut sebagai ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah..
- Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak..
 sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega-3.. 
- supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak..
- omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan

3. KUNYAH GULA-GULA GETAH
- Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggeris mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka panjang dan jangka pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa..
- tindakan mengunyah gula-gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyutan jantung, atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak (hippocampus) yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.

4. PERMAINAN OTAK
- Sebuah program Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintis saraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka..
- Sudoku dan teka-teki silang boleh menambah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di dalam otak saling bersambungan..

5. TIDUR
- Dalam kajian menggunakan tikus, ketika tikus tidur, dua kawasan di otak iaitu hippocampus dan medial prefrontal cortex, iaitu kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu..
- Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk..

6. BERJALAN KAKI
- Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring  dengan usia..
- Namun kajian pada tahun 2011 menyatakan orang dewasa yang beranjak tua yang sentiasa berjalan kaki dapat mempertahankan aktiviti hippocampus..
- Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun; Mereka melakukan aktiviti berjalan kaki tiga kali seminggu selama 40 minit..

-  Aktiviti ini berjaya meningkatkan denyut jantung mereka..
- Peserta lain dengan jumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan,dalam tempoh yang sama..
- Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang 1 peratus daripada volumenya, secara purata..
- Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan kira-kira 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus ,membalikkan penuaan semulajadi hippocampus selama dua tahun..
- Ilmuwan percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak..
-  Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~PINK BUKAN SEJENIS WARNA~~


Assaamualaikum dan hi lovey dovey semua..nurul tertarik untuk berkongsi dengan korang semua satu pembacaan mengenai warna pink..pink dikatakan bukan sejenis warna..kenapa ea??susuah untuk percaya..iye lar kan..nurul sendiri pun memang minat sangat dengan pink ni..kalau boleh nak semua barang wana pink..tapi tak adalah obses sangat..hahaha..oklah..jom kita kaji benarkah apa yang dikatakan itu..


-semua orang sedia maklum terdapat 7 warna asas pelangi..but where the heck is pink???tak ada pun dalam warna pelangi..Maksudnya warna pink ini ialah bukan termasuk dalam warna spektrum cahaya. Persoalannya, bagaimana otak kita boleh mentafsir warna pink itu wujud dalam dunia kita..

- Satu cara untuk membuktikan pink ialah bukan sejenis warna adalah dengan melihat objek dibawah secara terus lebih kurang 30 saat dan selepas lihat backgroud putih blog ini. Apa yang dapat dilihat? Warna apa yang dilihat?
 - Kalau seorang manusia yang normal yang mempunyai daya penglihatan yang sempurna, kita akan dapat melihat satu objek bulat yang berwarna hijau.

 Ya tidak? 
- Warna yang terhasil iaitu hijau yang kita nampak tadi sebenarnya ialah warna yang dipanggil warna pelengkap kepada asal yang kita tengok. 
- Warna pelengkap ialah warna yang ditafsir terbalik oleh mata. Merah dan warna pelengkapnya ialah biru muda, oren kepada biru dan kuning kepada violet.
- Semua warna yang disebut diatas, warna pelengkapnya ada dalam spektrum warna kecuali hijau. 
- Sebenarnya spektrum warna mempunyai range wavelengths masing-masing. 
- Merah wavelength paling panjang, violet paling pendek dan lain-lain warna adalah di antara merah dan violet. 

Jadi, macam mana mata membezakan warna-warna kat atas dunia ni?
- Bila mata melihat sesuatu objek yang berwarna, retina sebenarnya melihat dan membezakan panjang wavelength sesuatu objek itu. Senang cerita, warna dibezakan oleh panjang wavelength dan otak mentafsir wavelength yang kita nampak itu sebagai experience dan tersimpan kemas dalam memori otak. Contohnya, sebenarnya dari kecik lagi kita diajar wavelength panjang ini, warna ini. Tapi masih tak menjawab persoalan pink bukan sejenis warna.

Hurmm. Bagaimana pula bila mata melihat dua wavelength yang berlainan pada satu masa? Contoh violet dan merah dilihat pada satu masa. 
- Ada dua pilihan yang diinterpret oleh otak apabila berlaku situasi ini.
1. Otak akan mengambil jalan mudah dengan mengambil warna yang berada di tengah-tengan antara merah dan violet iaitu hijau (bukan hasil campuran dua warna itu)
2. Atau mencipta warna baru pertengahan antara merah dan violet.

Pink adalah bukti otak melakukan pilihan yang ke-2. Warna pink telah dicipta oleh otak untuk merapatkan hubungan antara merah dan violet kerana warna itu tidak wujud dalam spektrum cahaya. Pink tidak mempunyai wavelength yang boleh dikaitkan dengannya tidak seperti warna-warna spektrum lain. Spektrum cahaya mempuyai warna yang hilang kerana otak kita sendiri sudah boleh mentafsir warna yang hilang itu...
Lihat pusingan titik objek di atas. Apa yang ditafsir oleh otak? Warna pelengkap kepada pink iaitu warna hijau. 

- Tetapi bila saintis superimposed the red end of the spectrum to the blue end, warna pink terhasil. maksudnya cahaya putih melalu satu prisma laluh menghasilkan 7 warna dan sekali lagi warna merah dan biru melalui prisma lalu menghasilkan warna pink. Pink ialah satu-satunya warna yang tidak mempunya wavelength sebagai satu single wavelength kepada cahaya. Ramai pula bertanya bagaimana dengan warna coklat? Warna coklat mepunyai wavelengthnya sendiri kerana warna coklat sebenarnya terletak antara warna merah dan kuning dalam spektrum cahaya. Dalam erti kata lain coklat ialah warna merah yang mempunyai intesiti yang rendah. 
- Kesimpulannya, pink ialah bukan sejenis cahaya disebabkan pink tidak mempunyai wavelengthnya sendiri dan otaklah yang mencipta warna pink dan disimpan sebagai satu memori.

nurul harap korang semua boleh faham dengan penjelasan itu tadi..jadi buat semua peminat tegar pink...jangan sedih-sedih walaupun pink itu bukan jenis warna..try to think positive..pink ni warna yang unik kerana dicipta oleh otak sendiri..so, appreciate more k!!hehe~~

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~KENAPA MENGUAP BOLEH BERJANGKIT??~~


Assalamualaikum dan hi semua!!baru-baru ni nurul dengan kawan-kawan nurul ada bercakap pasal menguap..diorang tertanya-tanya kenapa kita menguap..dan yang peliknya, menguap ni boleh berjangkit pulak..ada something special ke dengan menguap ni??so, bagi menjawab pertanyaan kawan nurul tu..sini nurul nak kongsi dengan korang semua kenapa menguap boleh berjangkit..

- menguap adalah proses yang tidak dapat dikawal (involuntary process) yang membuatkan kita  menyedut nafas secara mendalam, meregangkan otot di sekitar telinga dan diakhiri dengan hembusan nafas..
- Terdapat beberapa teori mengapa manusia menguap..

 1. Teori fisiologi
Dikatakan menguap mampu menarik lebih banyak oksigen ke dalam badan dan membuang pembentukan karbon dioksida yang berlebihan. Persoalannya, jika menguap mampu menyedut lebih banyak oksigen, yang anehnya tidak pula kita menguap semasa sedang bersenam? Menurut kajian seorang saintis neuro, bekalan oksigen tambahan atau mengurangkan bekalan karbon dioksida tidak akan mencegah perbuatan menguap.
2. Teori bosan

Kita cenderung untuk menguap semasa kita bosan menunggu giliran membayar bil air atau bil elektrik di pejabat pos, berada dalam trafik kesesakan lalu lintas. Tetapi  teori ini tidak menjelaskan kenapa atlet suka menguap sebelum bermulanya pertandingan. Ini membawa kepada teori seterusnya..

3. Teori menyejukkan otak (brain-cooling theory)
Menguap sedikit sebanyak mampu membekalkan aliran keluar masuk oksigen ke dalam otak melalui saluran darah. Suhu otak akan lebih sejuk dan ini mampu membantu menajamkan fikiran dan seseorang itu kembali fokus. Secara tidak langsung, menguap membantu kita untuk lebih berjaga-jaga. Bayangkan jika satu kelompok menguap serentak, maka semua orang akan lebih alert sama ada dalam menentang musuh atau fokus di dalam kelas.


Kenapa menguap boleh berjangkit?
- Ini semua adalah kerana mirror neuron (neuron yang menyebabkan satu makhluk dalam satu spesis yang sama mengajuk perbuatan masing-masing). Jadi tidak salahlah jika dikatakan manusia itu suka meniru perbuatan orang lain kerana mereka memang dilahirkan, diimplantkan sebegitu..
- Kajian mendapati mereka yang menghidapi penyakit autism (tidak mempunyai social skill yang baik) tidak banyak 'mangajuk' perbuatan menguap ini. Oleh itu, ini menyokong bahawa teori menguap berjangkit ini juga bergantung kepada keboleh upayaan empati (perasaan) seseorang..

nak tau lebih lanjut lagi pasal mengantuk ni...tekan KENAPA KITA MENGUAP..
~~oklah..semoga bermanfaat...take care~~

~~BAHAGIAN JAHAT DALAM OTAK MANUSIA~~


Assalamualaikum dan hi my lovey dovey semua..korang semua apa khabar??nurul baik2 je..nurul baru je balik dari kuantan..sepupu kahwin dan makcik baru je pulang dari mekah buat umrah..syukur Alhamdulillah..selamat juga mak cik nurul kesana...
oklah..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu fakta menarik..bahagian atau tompok hitam dalam otak manusia..apa yang pentingnya dengan tompok hitam tu???haaaa!!!meh sini nak gitau...scroll ke bawah ye..
- Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat...
- Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di DEPAN BAWAH OTAK MANUSIA yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray..
- “Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya..
- Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama..
- Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik..
- Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama..

PENJELASAN AL-QURAN
- dalam Quran ada menyebut "Nasiyyahtin kazibati khati'ah" maksudnya ubun-ubun yang membuat dusta dan bersalah"...
- jika benar penemuan ini, maka ianya ialah i'jaz a;-quran yang membuktikan kebenaran kandungan al-quran..
- mungkin itulah hikmahnya bila pasangan suami isteri yang baru berkahwin, dalam Islam disunatkan suami untuk menyentuh ubun-ubun isteri dan membaca doa, dan berdoa sebelum bersama supaya syaitan tidak ikut serta dan anak yang bakal lahir suci dari kejahatan syaitan...
-  begitu indahnya Islam..apabila dikaji, semakin banyak hikmah yang ditemukan..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~MENGAPA DOKTOR BEDAH PAKAI BAJU WARNA HIJAU??~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua...korang semua apa khabar??dah lama nurul tak update blog kan??so sorry ea...nurul bz sekarang ni..banyak sangat keje nak kena buat..huhu..tapi, takpe, selagi korang semua masih ada disini, nurul akan sentiasa berkarya untuk korang semua..hee..


oklah, kali ni nurul nak berkongsi dengan korang satu fakta menarik mengenai doktor bedah..korang semua perasan tak yang doktor bedah ni semuanya pakai baju warna hijau..agak-agak korang lar kan, kenapa baju diorang warna hijau ea??bukan warna hitam ke??pink ke?well, nurul honey..mestilah pink kan??tehee..so, untuk menjawab persoalan itu, jom skrol ke bawah!!

- Pada mulanya doktor dikatakan memakai baju warna putih kerana ia melambangkan kesucian..

- Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk...

-  Hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna yang berlawanan dengan warna merah...

 - Hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan..

- Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak memudarkan sensitiviti terhadap variasi warna merah..

- Alasan lainnya, adalah untuk terus menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan menggangu penglihatan doktor..

- Jika warna baju pakar bedah bewana hijau, ilusi ini akan menurun dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor..

so, how is it???dah tau kan??nanti kalau adik tanya, bolehlah jawab kan??

act, fakta ni dicari dan dikongsi kerana adik nurul yang banyak tanya tu tanya nurul pasal ni..memang mengelabah sekejap sbb tak tau nak jawab apa..ahakz..

sekian..semoga bermanfaat..

plis ya..klik my nuff..tq all..xoxo..




~~KENAPA KITA MENANGIS SECARA SAINTIFIK??~~


Assalamualaikum dan hi buat semua..korang pernah terfikir tak kenapa kita menangis??kalau nak kata sebab sedih, masa happy pun kita menangis gak kan??so, kali ni nurul nak bercerita kepada korang semua kenapa kita menangis secara saintifik...iyelar, nurul kan suka sains, so, nurul nak kaitkan menangis dengan sains ok..let's check it out~~



1) Tangisan berguna kpd deria penglihatan, membasahkan dan melicinkan bebola mata serta memudahkan pergerakan buka dan katup pelupuk..
2)  manusia satu-satunya mahkluk yang dipercayai menangis atas sebab emosi, sama ada sedih atau gembira..
3) lelaki menangis secara purata 1.4 kali sebulan..
4) wanita pula mengeluarkan air mata dengan kekerapan lebih besar, 5.3 kali sebulan..
5) bayi menggunakan tangisan untuk berkomunikasi dan menyuarakan kehendaknya..
6) Sewaktu menangis, seluruh tubuh dan otak dibasahi HORMON ADRENALIN dan KORTISOL yang menyebabkan tekanan..
7) mereka yang kerap menangis dapat menghindari penyakit tekanan darah tinggi, serta mengurangkan suhu badan dan melembutkan denyut nadi yang terlalu laju..
8) menangis boleh menurunkan aras larutan mangan di dalam tubuh. Mangan, Mn ialah bahan mineral yang mengacu perasaan dan motivasi..
9) air mata mengandungi 30 kali ganda lebih banyak mangan daripada serum darah. Dari sudut saintifik, menangis dan meraung mampu menenangkan perasaan..
10) kandungan kimia yg terdapat di dlm air mata selain mangan, Mn turut mengandungi musin, lipid, laktoferin, lipokalin, lakritin, imunoglobin, glukos, urea, garam dan kalium..
11) salah satu adunan yg membentuk air mata ialah hormonn yg dipanggil ACTH (adrenocortocotropic hormone), hormone yg memangkinkan tekanan perasaan. Kerana tubuh membuang ACTH, kita selalunya berasa tenang dan puas selepas menangis..
12) menangis bukan sahaja membuang toksin di dlm tubuh, ia mempunyai impak positif kpd psikologi. Malah perbuatan memendam perasan dan enggan mengeluarkan air mata akan memberikan kesan negatif kpd tubuh..

da tau kan sebab-sebab kita menangis??oleh itu, kalau nak menangis tu, menangis je lah..kalau ditahan nanti, sakit dada lar pulak..last word, mereka yang tidak tahu menghargai tangisan tidak akan tahu menghargai ketawa..semoga bermanfaat..

~~that's all..take care~~

~~KENAPA KITA MENGUAP??~~


Assalamualaikum dan hi buat korang semua..bertemu lagi kita ea..hihee~~kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua kenapa kita menguap???menguap terjadi bila kita mengantuk..betol ke??hurm..let's check it out~~


1) kita menguap kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru berkurangan..

2) Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara..

3) Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbon dioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras...

4) Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen..

5) Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti..

haa..da tau kan sebabnye..meh sini baca adab2 menguap pula..jangan ingat menguap tu boleh hentam saje..ada gak adab2 yg perlu dijaga...~~

ADAB MENGUAP

1) tutuplah mulut semasa menguap...

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya : 

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

2) Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya..

3) Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya :


Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin.

semoga korang semua mendapat ilmu baru hari ni..terima kasih sudi membaca..

~~that's all..take care~~

~~KEBURUKAN HIDU GAM??~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..how's ur day today???nurul macam ni jelar kan..praktikal..kerja tak abes2..hoho..tapi tak pe..yang penting, hati kena ikhlas bila buat kerja..tak gitu??hehe..oklah..kali ni nurul nak bercerita sedikit mengenai kes remaja sekarang..suka sangat HIDU GAM..kenapalah adik-adik kita tu jadi macam tu???umur 10 tahun da start hidu gam..nauzubillah..pengaruh kawan???hurm..tak tahulah...jom kita kaji apa sebenarnya hidu gam???keburukannya..semualah..semoga bermanfaat..let's check it out~~

1) Gam mengandungi pelarut seperti TOLUENE serta TRICHLOROETHYLENE iaitu TOKSID yang boleh MENGGANGU FUNGSI JANTUNG..

2) Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan DENYUTAN JANTUNG TIDAK STABIL, manakala PEREDARAN DARAH TIDAK TERATUR yang akhirnya boleh menyebabkan KEMATIAN..

3) KESAN lain pada fungsi OTAK:
- NYANYUK
- HILANG INGATAN
- PSIKOTIK @ GILA (auuuuwwwww)
- HILANG UPAYA DERIA
- KELUMPUHAN pada BAHAGIAN tertentu
- EUFORIA iatu KELIHATAN SERONOK TANPA SEBAB

4) TAK DAPAT DIKESAN melalui UJIAN AIR KENCING sebab ianya BUKAN DADAH..so, susah nak kesan mereka yang terlibat kecuali pada masa mereka sedang hisap gam..

5) ada je remaja yang bila dah ketagih, mereka hidu PENCAIR CAT, PETROL & TAHI LEMBU sebagai alternatif lain.. tahi lembu tu diorang BAKAR dan sedut..uwekzzzzz~~~ 

so, kawan-kawan semua..jauhkanlah diri kita daripada aktiviti-aktiviti tak berfaedah ni..banyak lagi aktiviti yang berguna boleh dibuat..contohnya..berblogging..tak pun, bersukan ke..fikirlah masa depan kita..sebab dirimu begitu berharga..ahakz~~

~~oklah..terima kasih sudi baca..take care~~

~~KENAPA KITA MENANGIS BILA POTONG BAWANG??~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua sihat???da makan???da cuba resepi yang nurul bagi..hehehe...thankz sangat2 tau sebab korang sangat sporting follow belog nurul honey ni..jasa korang semua dikenang..nurul akan singgah belog2 korang semua dan kis$ ur nuff ok!!!i promise...

banyak cakap lar pulak nurul neyh..takpe..takpe...takpe...nurul pendekkan..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua terutamanya kaum wanita di luar sana yang selalu potong bawang..potong ke, kupas ke???tak kisahlah..kenapa agaknya ea kita menangis bila kita potong bawang???hurm~~nak tau..let's check it out!!~~


1) Bila kite potong bwng, sel2 dlm bwng tu akan koyak dan melepaskan enzim sulfoxides asid amino pastu jadilah asid sulfenic...
2) Enzim tu akan bercampur ngn asid sulfenic untuk hasilkan propanethiol S-oksida, sulfur volatile sebelum masuk ke dlm mata kita...
3) Gas ini akan bertindak balas dengan air mata kita untuk membentuk asid sulfurik...
4) Asid itu akan terbakar dan merangsang mata anda untuk melepaskan lebih banyak air untuk mencuci rasa pedih tu...

tu pasal lar keluar air mata...hah..baru tau..so ape yang patut kita buat kalau tak nak bagi menangis???

potonglah bawang di dalam siraman air..

sebabnye???

1) Sebatian-sebatian sulfur akan terlarut dalam air sebelum mereka mengenai mata korang... 
2) korang juga boleh letakkan bawang dalam penyejuk beku untuk 10 minit sebelum memotongnya. Suhu sejuk memperlahankan tindak balas antara enzim dan sulfur. so,lepas ini tak lagi menangis semasa memotong bawang..nge3x~~

owh...macam tu ea..hehe..baru tau...

amacam korang??lain kali potong bawang dalam air ye..biasanya nurul potong bawang sambil menghadap tanam-tanaman hijau..segar ler sikit mata tu bila mata dah pedih sangat...hehe..

oklah..semoga bermanfaat..terima kasih sebab sudi membaca..

~~that's all..take care~~

~~KESAN ZIKIR KEPADA OTAK~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...nurul sekarang da nak masuk 2 bulan praktikal kat syarikat solartif..oklah..suasana kerja yang best..sekarang ni nurul tak sabar-sabar nak tunggu keputusan final semester hari tu sampai kat umah..hehe..oklaj..selingan je tu...seperti biasa, nurul nak kongsi dengan korang semua kesan zikir kepada otak..bagus kan???semoga terhibur..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.


Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.


Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

har..baguskan berzikir ni..banyak faedahnya...jom kita ramai-ramai berzikir hari neyh..kalau tak tau, tekan sini..jom berzikir..

~~oklah..that's all..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...