Followers

~~KENAPA KITA MENANGIS SECARA SAINTIFIK??~~


Assalamualaikum dan hi buat semua..korang pernah terfikir tak kenapa kita menangis??kalau nak kata sebab sedih, masa happy pun kita menangis gak kan??so, kali ni nurul nak bercerita kepada korang semua kenapa kita menangis secara saintifik...iyelar, nurul kan suka sains, so, nurul nak kaitkan menangis dengan sains ok..let's check it out~~



1) Tangisan berguna kpd deria penglihatan, membasahkan dan melicinkan bebola mata serta memudahkan pergerakan buka dan katup pelupuk..
2)  manusia satu-satunya mahkluk yang dipercayai menangis atas sebab emosi, sama ada sedih atau gembira..
3) lelaki menangis secara purata 1.4 kali sebulan..
4) wanita pula mengeluarkan air mata dengan kekerapan lebih besar, 5.3 kali sebulan..
5) bayi menggunakan tangisan untuk berkomunikasi dan menyuarakan kehendaknya..
6) Sewaktu menangis, seluruh tubuh dan otak dibasahi HORMON ADRENALIN dan KORTISOL yang menyebabkan tekanan..
7) mereka yang kerap menangis dapat menghindari penyakit tekanan darah tinggi, serta mengurangkan suhu badan dan melembutkan denyut nadi yang terlalu laju..
8) menangis boleh menurunkan aras larutan mangan di dalam tubuh. Mangan, Mn ialah bahan mineral yang mengacu perasaan dan motivasi..
9) air mata mengandungi 30 kali ganda lebih banyak mangan daripada serum darah. Dari sudut saintifik, menangis dan meraung mampu menenangkan perasaan..
10) kandungan kimia yg terdapat di dlm air mata selain mangan, Mn turut mengandungi musin, lipid, laktoferin, lipokalin, lakritin, imunoglobin, glukos, urea, garam dan kalium..
11) salah satu adunan yg membentuk air mata ialah hormonn yg dipanggil ACTH (adrenocortocotropic hormone), hormone yg memangkinkan tekanan perasaan. Kerana tubuh membuang ACTH, kita selalunya berasa tenang dan puas selepas menangis..
12) menangis bukan sahaja membuang toksin di dlm tubuh, ia mempunyai impak positif kpd psikologi. Malah perbuatan memendam perasan dan enggan mengeluarkan air mata akan memberikan kesan negatif kpd tubuh..

da tau kan sebab-sebab kita menangis??oleh itu, kalau nak menangis tu, menangis je lah..kalau ditahan nanti, sakit dada lar pulak..last word, mereka yang tidak tahu menghargai tangisan tidak akan tahu menghargai ketawa..semoga bermanfaat..

~~that's all..take care~~

5 comments:

  1. mangan tu apa? manganate ke??

    ReplyDelete
  2. mangan ni adalah bahan kimia..kalau tak salah, no 25 dlm periodic table kimia..~~

    ReplyDelete
  3. haha ah,soalan pertama di tanya dalam class
    ketika semester 1 :

    bagaimana airmata dihasilkan dan bagaimana
    ianya boleh terkeluar sama ada ketika bersin
    mahupun menangis. hahah

    ReplyDelete
  4. syafiqakarim: baguslah..diharapkan dpt menjawab soalan kamu..hee~~

    ku azhar: mengantuk disebabkan enzim seretonin..hee~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...