Followers

Showing posts with label biologi. Show all posts
Showing posts with label biologi. Show all posts

~~CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN..MARI AMALKAN~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua warga bumi..semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya...InsyaAllah..

SubhanaAllah..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Allah swt masih lagi memberi kita peluang untuk menghirup udara yang segar ini..free of charge pula tu..hehe..oklah..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua 6 cara untuk meningkatkan daya ingatan..semua ini boleh diamalkan tetapi jangan lupa untuk sentiasa basahkan bibir dengan berzikir dan membaca Al-Quran kerana amalan itulah yang lebih mujarab..

1. BANGUN PAGI DAN CIUM ROSEMARY
Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian..
- Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak berbau, beberapa bilik dengan bebauan dari minyak aroma rosemary, dan selebihnya bekerja dengan bebauan minya lavender.
- Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan bauan minyak aroma rosemary mempunyai keputusan yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih buruk dalam hal kerja ingatan..
 - Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan)..
- yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.

2. MAKANAN UNTUK BERFIKIR
- Untuk menjaga ingatan tetap muda meskipun otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
- Antioksidan = molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut sebagai ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah..
- Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak..
 sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega-3.. 
- supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak..
- omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan

3. KUNYAH GULA-GULA GETAH
Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggeris mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka panjang dan jangka pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa..
- tindakan mengunyah gula-gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyutan jantung, atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak (hippocampus) yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.

4. PERMAINAN OTAK
- Sebuah program Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintis saraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka..
- Sudoku dan teka-teki silang boleh menambah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di dalam otak saling bersambungan..

5. TIDUR
- Dalam kajian menggunakan tikus, ketika tikus tidur, dua kawasan di otak iaitu hippocampus dan medial prefrontal cortex, iaitu kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu..
- Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk..

6. BERJALAN KAKI
- Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring  dengan usia..
- Namun kajian pada tahun 2011 menyatakan orang dewasa yang beranjak tua yang sentiasa berjalan kaki dapat mempertahankan aktiviti hippocampus..
Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun; Mereka melakukan aktiviti berjalan kaki tiga kali seminggu selama 40 minit..

-  Aktiviti ini berjaya meningkatkan denyut jantung mereka..
- Peserta lain dengan jumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan,dalam tempoh yang sama..
- Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang 1 peratus daripada volumenya, secara purata..
- Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan kira-kira 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus ,membalikkan penuaan semulajadi hippocampus selama dua tahun..
- Ilmuwan percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak..
-  Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~APA YANG BERLAKU KETIKA MEMBUNYIKAN JARI JEMARI~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua..untuk pengetahuan korang, nurul akan sambung pelajaran dalam peringkat Master in Physics kat UKM bermula bulan September ni..perasaan????berbaur-baur..tak sabar nak pergi belajar..rindu sangat dengan suasana belajar..bagi nurul, belajar lebih baik dari bekerja..ahaks..iyelar kan..stress belajar tak sama dengan stress bekerja..nurul sekarang dah bekerja sebagai Pensyarah selama dua tahun..baru lagi tuu..and banyak yg nurul belajar..diharapkan urusan Master nanti dipermudahkan Allah..Amin..

oklah..nurul nak tanya sikit..korang pernah tak patah-patahkan jari jemari korang.. i mean, bukan patahkan terus jari tu tapi bunyi-bunyikan dia..biasanya orang buat bila dah lama sangat mengadap komputer..nak rileks-rielks bila dah abes waktu bekerja..nurul pun pernah buat tapi nurul berazam nak cuba kurangkan buat tu lagi..sebab bahaya..nak tau apa yang bahayanya??let's check it out..

- Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari bila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher..
- kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana..
- pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak..
- Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan..


- Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.

- Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.
- Saat anda menarik jari, hal ini membuat 
ruang sendi makin besar..
- Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun..
- Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam..
- Ketika tekanan menurun, muncullah gelembung (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat..
- Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama..
-Gelembung itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar..
- Kerana ruang sendi diisi oleh gelembung, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula..
Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua..
- Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang..
-Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya..
- Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka..
- Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya..- Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang..

so, diharapkan kita semua dapat menahan diri daripada membunyikan sendi sendi kita ye..

~~semoga bermanfaat..take care~~

pembetulan: apa yang ditulis disini adalah sekadar kajian..ada juga yang mengatakan hanya bunyi gas sahaja yang didengari tetapi penyakit sendi tidak akan berlaku..khilaf itu datang dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT..mohon maaf kerana terdapat kekeliruan disitu..

boleh rujuk: scientific american

~~KENAPA MENGUAP BOLEH BERJANGKIT??~~


Assalamualaikum dan hi semua!!baru-baru ni nurul dengan kawan-kawan nurul ada bercakap pasal menguap..diorang tertanya-tanya kenapa kita menguap..dan yang peliknya, menguap ni boleh berjangkit pulak..ada something special ke dengan menguap ni??so, bagi menjawab pertanyaan kawan nurul tu..sini nurul nak kongsi dengan korang semua kenapa menguap boleh berjangkit..

menguap adalah proses yang tidak dapat dikawal (involuntary process) yang membuatkan kita  menyedut nafas secara mendalam, meregangkan otot di sekitar telinga dan diakhiri dengan hembusan nafas..
Terdapat beberapa teori mengapa manusia menguap..

 1. Teori fisiologi
Dikatakan menguap mampu menarik lebih banyak oksigen ke dalam badan dan membuang pembentukan karbon dioksida yang berlebihan. Persoalannya, jika menguap mampu menyedut lebih banyak oksigen, yang anehnya tidak pula kita menguap semasa sedang bersenam? Menurut kajian seorang saintis neuro, bekalan oksigen tambahan atau mengurangkan bekalan karbon dioksida tidak akan mencegah perbuatan menguap.
2. Teori bosan

Kita cenderung untuk menguap semasa kita bosan menunggu giliran membayar bil air atau bil elektrik di pejabat pos, berada dalam trafik kesesakan lalu lintas. Tetapi  teori ini tidak menjelaskan kenapa atlet suka menguap sebelum bermulanya pertandingan. Ini membawa kepada teori seterusnya..

3. Teori menyejukkan otak (brain-cooling theory)
Menguap sedikit sebanyak mampu membekalkan aliran keluar masuk oksigen ke dalam otak melalui saluran darah. Suhu otak akan lebih sejuk dan ini mampu membantu menajamkan fikiran dan seseorang itu kembali fokus. Secara tidak langsung, menguap membantu kita untuk lebih berjaga-jaga. Bayangkan jika satu kelompok menguap serentak, maka semua orang akan lebih alert sama ada dalam menentang musuh atau fokus di dalam kelas.


Kenapa menguap boleh berjangkit?
Ini semua adalah kerana mirror neuron (neuron yang menyebabkan satu makhluk dalam satu spesis yang sama mengajuk perbuatan masing-masing). Jadi tidak salahlah jika dikatakan manusia itu suka meniru perbuatan orang lain kerana mereka memang dilahirkan, diimplantkan sebegitu..
- Kajian mendapati mereka yang menghidapi penyakit autism (tidak mempunyai social skill yang baik) tidak banyak 'mangajuk' perbuatan menguap ini. Oleh itu, ini menyokong bahawa teori menguap berjangkit ini juga bergantung kepada keboleh upayaan empati (perasaan) seseorang..

nak tau lebih lanjut lagi pasal mengantuk ni...tekan KENAPA KITA MENGUAP..
~~oklah..semoga bermanfaat...take care~~

~~MENGAPA PERUT BERBUNYI KETIKA LAPAR??~~

Assalamualaikum dan hi my lovey dovey semua..korang semua apa khabar?? semoga sihat2 semuanya k!!kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu fakta menarik..pernah tak perut korang berbunyi-bunyi bila lapar??kadang-kadang tu siap bergendang-gendut lagi dalam perut tu..jom kita kaji kenapa perut berbunyi-bunyi bila lapar...

1) sebenarnya, rasa LAPAR TIDAK ada kaitan langsung dengan PERUT KOSONG...
2) rasa LAPAR datang ketika: BAHAN2 YANG BERGIZI HILANG di dalam darah..
3) bila itu terjadi, PEMBULUH-PEMBULUH DARAH akan menghantar signal ke bahagian  OTAK yang bernama PUSAT RASA LAPAR..
4) PUSAT RASA LAPAR bertindak seperti BRAKE atau ALAT PENAHAN..
5) selama mana DARAH MENDAPAT MAKANAN YANG CUKUP, maka PUSAT LAPAR akan MEMPERLAMBATKAN GERAKAN PERUT..
6) sekiranya GIZI MAKANAN HILANG DARI DARAH, PUSAT RASA LAPAR akan membuat PERUT semakin AKTIF..
7) ketika LAPAR, PERUT MENJADI KOSONG  tetapi setelah MAKAN, PERUT akan menjadi PADAT..
8) setelah 6 JAM kemudian, HAMPIR SEMUA MAKANAN yang masuk tadi DICERNAKAN..
9) akhirnya, makanan sudah tiada dan yang tinggal hanyalah RUANG UDARA..
10) PERUT & USUS yang sentiasa BERGERAK, membuatkan UDARA YANG ADA SENTIASA BERPUSAR-PUSAR dan menghasilkan BUNYI..
11) BUNYI dihasilkan ketika waktu LAPAR & TIDAK LAPAR..

haaa!!!da tau kan??so, lepas ni, jangan lak kata perut berbunyi tu tandanya lapar..tak de kena mengena pun dengan lapar ke tidak..hehehe...

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: terima kasih banyak2 buat semua yang dah tekan nuff nurul...syukur Alhamdulillah, duit nuff da dapat..and nurul nak kotakan janji nurul..duit tu nurul kasi kat mak abah nurul sebab bulan 9 ni, InsyaAllah, mereka akan pergi Makkah buat haji..walaupun sedikit, at least ada kan..hehe..terima kasih ye semua!!!!~~

~~KENAPA DARAH KELUAR BILA GOSOK GIGI??~~


Assalamualaikum dan hi earthlings...harap korang semua sihat walafiat..In Sya Allah..kali ni nurul nak bercerita pada korang kenapa bila gosok gigi..darah keluar???familiar tak dengan situasi ni???well..jom kita selidik mengapa terjadi sedemikian..

1. Berus gigi

Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft'. Selain itu, tukarlah berus gigi setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai..

2. Cara menggosok gigi

Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah. Kita harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi. Pastikan menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi)..

3. Gingivitis@ Gusi bengkak

Jika telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi masih berdarah ketika memberus gigi, gigi mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.

Ia terjadi akibat jangkitan bakteria yang terkandung di dalam plak yang terkumpul pada gigi. Bakteria-bakteria ini menghasilkan asid dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan gusi. Cara untuk mengatasinya, anda harus lebih meningkatkan prosedur menjaga kebersihan gigi anda. Anda sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan floss dan cecair kumur di samping menggosok gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).


Jika plak telah bertukar menjadi tartar @ karang gigi, masalah akan menjadi lebih teruk kerana plak akan lebih mudah terkumpul di kawasan tersebut. Jadi, anda disarankan untuk membuat rawatan 'scaling'@ cuci gigi bagi membuang tartar@karang gigi (2 kali setahun). Selepas itu, In Sya Allah, gusi akan menjadi lebih sihat dan tidak berdarah..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~TASIK BERWARNA PINK DI AFRIKA~~


Assalamualaikum dan hi semua..korang semua apa khabar??semoga korang semua sihat dan selalu dirahmati Allah k..amin..

oklah..tanpa membuang masa lagi, nurul ingin berkongsi dengan koprang semua TASIK BERWARNA PINK DI AFRIKA..teruja x??hee..

- Tasik ini dikenali sebagai TASIK RETBA yang terletak di SENEGAL, AFRIKA BARAT..



- dikatakan mempunyai bau yang kurang menyenangkan..


- air tasik berwarna jambu ini disebabkan oleh kandungan LARUTAN GARAM yang TINGGI sehinggakan di sesetengah tempat mencapai 40%..



- aktiviti PERLOMBONGAN GARAM TEMPATAN adalah sumber pendapatan yang penting disitu dan dianggap sebagai FAKTOR BERLAKUNYA PROSES PERUBAHAN AIR TASIK berkenaan..




- ahli mikrobiologi berpendapat bahawa air warna Tasik Retba disebabkan oleh BAKTERIA HALOPHILE 'DUNALIELLA SALINA'..



so, how is it??awesome right???semoga bermanfaat..

ps: plis dear friends klik my nuff k..tq..


~~AIR TASIK BERWARNA BIRU PADA WAKTU MALAM~~


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali wahai sahabat sekalian..semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT..kali ni, erk, macam biasa, nurul nak kongsi dengan korang semua mengenai satu lagi keindahan alam iaitu air tasik yang berwarna biru pada waktu malam..haa!!menarik tak???awesome isn't???hee...

- TASIK GIPPSLAND, yang terletak di WILAYAH VICTORIA, AUSTRALIA..


- sekiranya korang semua nak berkunjung ke tasik ni, korang mestilah membawa lampu suluh bersama-sama..ini kerana fenomena air berwarna biru ni hanya akan berlaku apabila adanya cahaya dari lampu suluh tersebut..

- pemandangan pada siang hari pada tasik ini tidak akan memberi kesan sepertimana pada waktu malam..sekiranya korang mengarahkan lampu suluh pada air tasik ini, barulah fenomena luar biasa ini akan berlaku..


- CAHAYA yang muncul di permukaan air tasik merupakan hasil daripada TINDAKBALAS REAKSI KIMIA yang dikenali sebagai BIOLUMINESCENCE yang disebabkan oleh organisma mikro NOCTILUCA SCINTILLANS..



SubhanaAllah..Engkaulah Yang Maha Mengetahui semua isi alam..

...semoga bermanfaat..take care...

ps: plis klik my nuff k..nak kumpul bawa pegi haji..InsyaAllah...



~~MENGAPA DOKTOR BEDAH PAKAI BAJU WARNA HIJAU??~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua...korang semua apa khabar??dah lama nurul tak update blog kan??so sorry ea...nurul bz sekarang ni..banyak sangat keje nak kena buat..huhu..tapi, takpe, selagi korang semua masih ada disini, nurul akan sentiasa berkarya untuk korang semua..hee..


oklah, kali ni nurul nak berkongsi dengan korang satu fakta menarik mengenai doktor bedah..korang semua perasan tak yang doktor bedah ni semuanya pakai baju warna hijau..agak-agak korang lar kan, kenapa baju diorang warna hijau ea??bukan warna hitam ke??pink ke?well, nurul honey..mestilah pink kan??tehee..so, untuk menjawab persoalan itu, jom skrol ke bawah!!

- Pada mulanya doktor dikatakan memakai baju warna putih kerana ia melambangkan kesucian..

- Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk...

-  Hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna yang berlawanan dengan warna merah...

 - Hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan..

- Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak memudarkan sensitiviti terhadap variasi warna merah..

- Alasan lainnya, adalah untuk terus menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan menggangu penglihatan doktor..

- Jika warna baju pakar bedah bewana hijau, ilusi ini akan menurun dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor..

so, how is it???dah tau kan??nanti kalau adik tanya, bolehlah jawab kan??

act, fakta ni dicari dan dikongsi kerana adik nurul yang banyak tanya tu tanya nurul pasal ni..memang mengelabah sekejap sbb tak tau nak jawab apa..ahakz..

sekian..semoga bermanfaat..

plis ya..klik my nuff..tq all..xoxo..




~~BAHAYA KEPAK AYAM PADA WANITA~~


Assalamualaikum dan hi semua..korang apa khabar??semoga korang semua sihat-sihat dan ceria je bila berada di tanah Nurul Honey ni ea..hihihi..

oklah..korang semua suka tak makan kepak ayam??oklah, nurul mengaku...nurul pun suka jugak..tambah-tambah lagi kalau kepak ayam digoreng rangup..memang sedap..hee..tapi kan..korang tau tak,yang sebenarnya kepak ayam ni bahaya sangat..terutamanya pada wanita..aipp..lelaki jangan lah suka pulak ye..korang pun boleh terdedah dengan bahayanya juga..actually, apa yang bahayanya??let's check it out!!

alamak..sedap lar pulak nampak gaya ayam ni..gulp..

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut.


Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah.

Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian.

Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya.

Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.


Doktor bertanyakan adakah dia seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya.


Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan STEROID untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi.

Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di LEHER atau KEPAK.

Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud.

Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita.

Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di

 dalam rahim.

Oleh itu, dinasihatkan orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan

KEPAK AYAM.


haa..dah tau kan??nurul pun dah stop makan kepak ayam..dulu masa zaman rambut tocang. makanlah kepak ayam tu, sekarang dah tau, memang dah tak makan lar kan..hee~~

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: plis ee my fello friend, klik my nuff..nak kumpul bawa pergi haji..tak cukup lagi ni simpanan..huhu..



~~KENAPA TAK BOLEH MINUM DAN MAKAN SAMBIL BERDIRI??~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..selamat bertemu dengan bulan April ye!!wee..kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua kenapa kita tak boleh minum air sambil berdiri..dalam islam pun, tak benarkan umatnya minum air berdiri..nak tau kenapa??let's cekidaut!!~~


- Dalam hadis disebutkan “JANGANLAH KAMU MINUM SAMBIL BERDIRI”. Dari segi kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh SFRINGER.. Sfinger adalah suatu struktur MUSKULER (berotot) yang boleh MEMBUKA(sehingga air kencing boleh keluar) dan MENUTUP..

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘POS-POS’ PENYARINGAN yang berada di GINJAL.. Jika kita minum sambil BERDIRI.. Air yang kita minum automatik masuk TANPA DISARING lagi menuju ke KANDUNGAN AIR KENCING..

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi PEMENDAPAN di saluran sepanjang perjalanan (URETER).. Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah PENYAKIT KRISTAL GINJAL muncul..

- penyakit ini sangat MERBAHAYAkerana ia akan MENYEKAT SALURAN KENCING dan menyebabkan kita SUKAR UNTUK KENCING...

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.. Adapun minum sambil BERDIRI,  maka ia akan menyebabkan CAIRAN JATUH DENGAN KERAS KE DASAR USUS, melanggarnya dengan keras..

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan USUS MEMBESAR danJATUH, yang kemudian menyebabkan PENCERNAAN TIDAK BERFUNGSI.

Manusia pada masa BERDIRI, ia dalam keadaan TEGANG, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna..

KETENANGAN hanya boleh dihasilkan pada masa DUDUK, di mana SARAF berada dalam keadaanTENANG dan TIDAK TEGANG, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat..

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa BERDIRI, boleh memberi kesan pada REFLEKSI SARAF yang dilakukan oleh REAKSI SARAF KELANA (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan ENDOTEL yang mengelilingi USUS..

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan SARAF TIDAK BERFUNGSI (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik MEMATIKAN JANTUNG, sehingga menyebabkan PENGSAN atau MATI MENDADAK..

so, amacam???dah tau kan sekarang..korang boleh nampak kan apa yang rasulullah saw suruh amalkan tu memang yang terbaik.,,jomlah kita sama-sama mengamalkan minum dan makan sambil duduk..bagus untuk kesihatan dan ketenangan jiwa..

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: silalah klik my nuff k..jangan malu2..wee~~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...