Followers

~~BERBAHAGIALAH WAHAI ANAK2 SULUNG~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian..nurul rasa terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua mengenai artikel yang nurul baca ni..sangat menyentuh perasaan..almaklumlah, nurul ni anak sulung..so, sedikit sebanyak, memang terkena batang hidung..oklah..semoga korang semua terbuka hati untuk membaca kisah menarik ni..
"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".

Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?


Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.


Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?


Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??


Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?


Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.


Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah..
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil


Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

haaa!!amacam???tersentuh hati tak??nurul menangis baca artikel ni..teringat susah payah nurul dari kecil sampai sekarang terutamanya masa belajar dulu..dan sekarang bila dah kerja, keutamaan nurul hanyalah pada ibu bapa dan adik-adik nurul..kalau urusan keluarga, nurul yang uruskan..urusan pendaftaran sekolah adik, akaun bank adik, kereta..macam-macam lagi lah..tapi satu je yang buatkan nurul boleh bertahan ialah perasaan setelah berbakti untuk keluarga..rasa bahagia tau..sangat!!kalaulah ada orang yang cuba cari pasal dengan keluarga nurul, nurul memang tak akan diamkan diri..memang akan fight untuk mencari keadilan..sekarang nurul bersyukur sangat-sangat sebab adik-adik nurul semuanya berjaya..nurul dapat 4 flat dan dekan UKM, adik bawah nurul dapat dekan dalam kejuruteraan kimia, yang terbaru ni, adik laki dapat 8A+ SPM, sorang lagi dapat pelajar terbaik dan 8A PMR..syukur Alhamdulillah..Allah itu Maha Adil..segala yang Dia lakukan memang yang terbaik..
~~semoga bermanfaat..take care~~
ps: plis klik my nuff k..nk bawa pg haji..insyaAllah..sama2lah doakan ye..



~~PULAU TERAPUNG KUASA SOLAR PERTAMA DI DUNIA~~


Assalamualaikum dan hi earthlings..kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua satu lagi teknologi hijau yang terbaru iaitu pulau terapung kuasa solar pertama di dunia..cuba korang teka kat mana pulau ni???yeah!! you are right!!!in SEOUL, KOREA..haha..apa lagi, let's check it out!!


- nama : PULAU VIVA..

- terletak di SUNGAI HAN, SEOUL, KOREA..

Struktur yang menakjubkan itu termasuk 700 kerusi dewan konvensyen, restoran dan arked - semua disokong oleh tenaga solar. Bila pembangunan selesai, pulau trio itu akan dihubungkan bersama-sama dengan dua puluh tiga rantai kalis-cuaca..

Disokong oleh 24 beg udara raksasa, Viva beratnya 2,000 tan, tetapi dapat menyokong kemudahan bangunan sehingga 6,400 tan..

Pulau ini akan diperkukuhkan oleh rantai ke blok konkrit 500 tan untuk tetap berada pada tempatnya..

- Bangunan tiga tingkat yang menampung semua kemudahan ditutupi dengan 54 meter persegi panel solar, yang menghasilkan 6 kilowatt tenaga setiap hari, menyediakan kemudahan di bawahnya dengan kuasa elektrik, dan juga menerangi bangunan pada malam hari..

Projek kerajaan bernilai $83.9 juta dolar ini meliputi Viva yang seluas 35,000 kaki persegi,Vista 15,000 kaki persegi dan Tera hampir 4,000 kaki persegi. Apabila digabungkan, mereka akan menjadi tuan rumah konvensyen antarabangsa, acara sukan air, restoran, persembahan kebudayaan dan pameran..

Kesemua tiga pulau dijangka akan dibuka pada akhir Ogos 2011 dan ini bermaksud pulau2 tu dah dibuka lar..yihaa!!!jom kita semua pergi KOREA!!

amazing isn't??how things can be made..how i wish can go there watching it by myself..

..semoga bermanfaat..take care..

ps: dah baca silalah klik my nuff k..mana tau ada duit lebih pergi haji boleh bawa pergi korea pulak kan..hahaha..




~~JEPUN MAHU JADIKAN BULAN SEBAGAI PENJANA KUASA SOLAR~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian..dah breakfast??dah gosok gigi???hehe...kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua satu info terbaru mengenai kuasa solar..see???tenaga solar ni dah semakin maju da sekarang..semua nak guna solar..oklah..let's check it out!!


Syarikat Shimizu Corporation, Jepun telah merancang untuk menjadikan bulan sebagai tapak penjana kuasa solar..nak tau kenapa??ni semua gara-gara malapetaka yang menimpa reaktor nuklear Fukushima baru-baru ni..

panel solar,  "Luna Ring" yang berukuran 12 batu lebar, 6,800 batu panjang yang akan dibina pada permukaan bulan. Lingkaran matahari kemudian akan memanfaatkan tenaga suria langsung dari matahari dan kemudian menyinar langsung ke Bumi melalui gelombang mikro dan laser.

sekiranya berhasil, 13,000 terawatts tenaga dapat dijana dan terus menerus dihantar ke stesen penerima mengelilingi bumi, di mana syarikat ini akan kemudian membahagikan tenaga elektrik tersebut kepada penduduk planet ini.

apa yang korang rasa??berjayakah rancangan ini berhasil??ini semua pada ketentuan Allah..sekiranya niat untuk menjana kuasa solar demi kesejahteraan sejagat..InsyaAllah berhasil..apa2 pun..let's wait and see k!!

..semoga bermanfaat..take care..

ps: da klik my nuff??klik pliz..hee..


~~TENAGA SOLAR PERTAMA DI DUNIA YANG MENJANA ELEKTRIK PADA WAKTU MALAM~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian..korang semua sihat ke??dah makan ke belum???kalau dah makan..solat???hurm..baguslah kalau dah ye..jangan sesekali tinggalkan solat k..

oklah..kali ni jom kita tinjau teknologi terbaru..memandangkan nurul ni seorang pensyarah dalam bidang tenaga solar, makanya nurul ingin berkongsi dengan korang semua tenaga solar pertama di dunia yang menjana elektrik pada waktu malam..amazing isn't???kalaulah nama pun solar (suria), korang semua mesti ingat yang elektrik hanya boleh dijana bila ada cahaya matahari je kan??kali ni dengan menggunkan kepakaran engineering solar, everything is possible..let's check it out!!


- terletak di Seville, Sepanyol, lebih daripada 2650 cermin disusun dan ditumpukan kearah tangki garam cair dengan bertujuan untuk memanaskannya supaya stim dapat dikeluarkan..



- dengan sinaran haba yang terkumpul, haba yang amat panas melebih 9000 darjah celcius yang telah menyebabkan air di seluruh tangki garam mendidih dan memacu turbin stim..


- Gemasolar Power Plant berharga  $ 410 juta (1271k juta) mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 20Mega Watt dan dijangka boleh mencecah 70 peraus kapasiti pada tahun 2012..


- tenaga elektrik disimpan dan digunakan pada waktu malam dan ketiadaan cahaya matahari..


- merupakan stesen kuasa jenis solar terbesar di Eropah..

- pengeluaran tahunan kira-kira 110 giga watt joule yang boleh digunakan untuk 25000 buah rumah..


- beroperasi sekurang-kurangnya 6500 jam setahun..

- dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida pada utara which mean good..

isn't cool??sekarang ni prospek kerjaya dalam bidang solar sangat-sangat lah promising..tenaga solar akan menggantikan sumber tenaga lain yang akan kehabisan tak lama lagi..di Malaysia, kepakaran dalam bidang solar masih tak mencukupi..oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini..dan make sure you get what it takes to be solar pro!!

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: do klik my nuff k..hee..




~~19 TANDA KEMATIAN YANG MULIA~~


Assalamualaikum dan hi 2 lovey dovey semua..korang semua tengah buat apa??da solat belum??hehe..kalau belum, cepat2 lah pergi solat sbb kita tak tau bila kita akan berjumpa dengan pemilik kita, Allah swt..betul tak??

oklah, kali ni jom kita bermuhasabah diri sebentar..cuba scroll down ke bawah..ada 19 tanda kematian yang mulia di sisi Allah aka husnul khatimah (mati syahid)..


1) Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)

2) Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)

3) Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).

4) Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

5) Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?

Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”

6) Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).

7) Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

8 & 9 ) 
Mereka yang mati kerana tenggelam (lemas)  dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).

10) Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga)

11 & 12) Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).

13) Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)

14) Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).

15 & 16 ) 
Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).

17) Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).

18) Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).

19) Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.

marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua termasuk dalam golongan husnul khatimah ye..semoga Allah memberkati hidup kita semua..amin ya rabbal alamin..

..semoga bermanfaat..take care..





~~CONTEST BLOG PALING OHSEM BY NORFAIEZ MARS~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..kali ni nurul nak join contest blog paling ohsem by Norfaiez mars..korang semua mmg patut join tau,,ada banyak hadiah menarik yang disediakan..kalau korang semua nak join, korang klik banner kat bawah ni k..


hehe...amacam???awesome isn't??just like my blog..kikiki..

nak tau kenapa nurul nak join contest ni???sebabnya kalu korang perasan lar, trademark blog nurul ni kan awesome..sebab 2 lah nurul nak join..harap2 nurul menang!!

kat sini nurul nak tag
1) CIK K
2) VONE
3) SEARSIR

doakan nurul menang k..hee..

~~that's all..take care~~



~~KEINDAHAN BUNGA TULIP BERWARNA-WARNI DI BELANDA~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovy sekalian..korang semua tau kan yang nurul sangat suka dengan bunga..kalau dulu, nurul ada postkan satu entry mengenai bunga paling cantik di dunia..nah..tekan SINI..

ok..untuk entry kali ni..jom kita tinjau keindahan bunga tulip yang berwarna warni di Belanda..siyes awesome!!!just like my blog..kekeke..


arghhhh!!!sangat cantik..sangat awesome..permandangan ni hanya boleh dilihat pada bulan Mei sahaja tau..huhu..


- landskap Belanda pada bulan Mei kelihatan seperti sebuah kaleidoskop pelbagai warna indah ketika bunga-bunga tulip mula mencapai kematangan..

- Benih bunga tulip mula ditanam pada akhir Oktober dan awal November tahun sebelumnya sebelum dituai pada bulan Mei pada tahun berikutnya.

  - lebih dari tiga billion tulip berkembang setiap tahun dan dua pertiga drp bunga yang berkualiti dieksport terutamanya ke negara Amerika Syarikat dan Jerman..



- warna-warna yang menarik ni bermula sejak abad ke-17 lagi apabila peminat bunga tulip mula membersihkan tanah lapang di Belanda dan ditanam dengan tulip..
















Cantik kan??SubhanaAllah..Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini..

semoga bermanfaat..take care..

plis klik my nuff ok..duitnya InsyaAllah, nurul kumpul bawa pergi haji..amin



~~KOLAM AIR SEMULAJADI BERTINGKAT YANG AWESOME~~


Assalamualaikum dan hi my lovey dovey...kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua KOLAM AIR SEMULAJADI BERTINGKAT YANG AWESOME..just like my blog isn't??haha..just kidding..so, what r we waiting for??let's check it out!!



see..cantik kan???this kolam air semulajadi bertingkat ni terletak di Pamukkale, Wilayah Denizli, Turki..



ianya terbentuk secara semulajadi akibat kesan gempa bumi yang merubah struktur tanah kawasan tersebut..



Pamukkale berasal dr perkataan Turki..Pamuk bermaksud kapas manakala Kale bermaksud benteng..BENTENG KAPAS..


Ok..tempat ni sangat famous dengan orang mandi manda dan berenang..


SubhanaAllah..Maha Suci Allah yang membuat sesuatu kejadian itu dengan begitu sempurna sekali..jom kita pakat2 pergi sana..InsyaAllah..

..semoga bermanfaat..take care everyone..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...