Followers

~~10 BINATANG HIBRID YANG AWESOME~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...korang sihat???amacam hari ni???korang ok???harap2 korang semua sihat walafiat ok..kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua mengenai 10 binatang hibrid yang awesome..korang pernah tau pasal ni tak???ape hibrid tu???hibrid ni kacukan..kita kacukkan binatang lain dengan yang lain..oklah..let's check it out~~

1) ZEBROID = ZEBRA + EQUINE
- dikacukkan bermula pada abad ke 19..


2) LIGER = LION + TIGER

- kacukan dari Panthera leo (jantan) + Panthera tigris (betina)..
- suka berenang..
- kucing terbesar di dunia..


3) BEEFALO = BUFFALO + COW



4) CAMA = CAMEL  + LLAMA
- dilahirkan pada tahun  1995..
- tiada bonggol di atas badan unlike unta..
- ada bulu lebat yang panjang sepert llama..


5) LEOPON = LEOPARD + LION
- telah dikacukkan di Kolhapur, India pada tahun 1910..


6) SAVANNAH = SERVAL + DOMESTIC CAT

- dikacukkan dengan wild african cat dengan domestic cat...


7) GRIZZLY POLAR = POLAR BEAR +  BROWN BEAR
- nama lain: grolar bear..
- dikacukkan pada tahun 2006..


8) TOAST OF BOTSWANA = SHEEP + GOAT
- kambing betina + biri-biri jantan..


9) BLOOD PARROT = MIDAS CICHILD + RED DEVIL FISH
- dikacukkan di Taiwan pada tahun 1986..

10) HYBRID PHEASANT = GOLDEN + AMHERST PHEASANT


so, how is it???amazing right???sebenarnya banyak lagi binatang hibrid yang lain..dunia sekrang da banyak buat hibrid termasuklah sistem PV..apa tu PV???fotovoltan lar sayang...oklah..semoga bermanfaat...

~~terima kasih sudi membaca...take care~~

~~KENAPA KITA MENANGIS SECARA SAINTIFIK??~~


Assalamualaikum dan hi buat semua..korang pernah terfikir tak kenapa kita menangis??kalau nak kata sebab sedih, masa happy pun kita menangis gak kan??so, kali ni nurul nak bercerita kepada korang semua kenapa kita menangis secara saintifik...iyelar, nurul kan suka sains, so, nurul nak kaitkan menangis dengan sains ok..let's check it out~~



1) Tangisan berguna kpd deria penglihatan, membasahkan dan melicinkan bebola mata serta memudahkan pergerakan buka dan katup pelupuk..
2)  manusia satu-satunya mahkluk yang dipercayai menangis atas sebab emosi, sama ada sedih atau gembira..
3) lelaki menangis secara purata 1.4 kali sebulan..
4) wanita pula mengeluarkan air mata dengan kekerapan lebih besar, 5.3 kali sebulan..
5) bayi menggunakan tangisan untuk berkomunikasi dan menyuarakan kehendaknya..
6) Sewaktu menangis, seluruh tubuh dan otak dibasahi HORMON ADRENALIN dan KORTISOL yang menyebabkan tekanan..
7) mereka yang kerap menangis dapat menghindari penyakit tekanan darah tinggi, serta mengurangkan suhu badan dan melembutkan denyut nadi yang terlalu laju..
8) menangis boleh menurunkan aras larutan mangan di dalam tubuh. Mangan, Mn ialah bahan mineral yang mengacu perasaan dan motivasi..
9) air mata mengandungi 30 kali ganda lebih banyak mangan daripada serum darah. Dari sudut saintifik, menangis dan meraung mampu menenangkan perasaan..
10) kandungan kimia yg terdapat di dlm air mata selain mangan, Mn turut mengandungi musin, lipid, laktoferin, lipokalin, lakritin, imunoglobin, glukos, urea, garam dan kalium..
11) salah satu adunan yg membentuk air mata ialah hormonn yg dipanggil ACTH (adrenocortocotropic hormone), hormone yg memangkinkan tekanan perasaan. Kerana tubuh membuang ACTH, kita selalunya berasa tenang dan puas selepas menangis..
12) menangis bukan sahaja membuang toksin di dlm tubuh, ia mempunyai impak positif kpd psikologi. Malah perbuatan memendam perasan dan enggan mengeluarkan air mata akan memberikan kesan negatif kpd tubuh..

da tau kan sebab-sebab kita menangis??oleh itu, kalau nak menangis tu, menangis je lah..kalau ditahan nanti, sakit dada lar pulak..last word, mereka yang tidak tahu menghargai tangisan tidak akan tahu menghargai ketawa..semoga bermanfaat..

~~that's all..take care~~

~~KENAPA TAK BOLEH LEWAT SOLAT??~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...how's ur day going on???nurul??macam biasa lar..pergi kerja, buat kerja, balik kerja..hoho..tak pe3x..hari selasa minggu depan nurul da abes praktikal..hoyeahhhhh!!!tak sabar asenye!!hee~~oklah..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua kenapa tak boleh lewat solat..agak-agaknya korang lar, kenapa ea??let's check it out~~

1) SUBUH
 dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari..
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..
 Jadi ...warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi..
 Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur..
 Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.. 

2) ZOHOR
dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang itu sama betul panjangnya dengan kayu tersebut..
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &... dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan..
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak??

3) ASAR
-   dimulai ketika bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang, sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah matahari terbenam..
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif..
- Rahsia warna oren ialah kreativiti..
 Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita..

4) MAGHRIB
 dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang dan tidak kelihatan..
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah..
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interference (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita..
 Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang..

5) ISYA'
 dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq iaitu subuh..
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.. 
- Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak..
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan..
 Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail..

haaa...da baca kan???lain kali jangan lengah-lengahkan solat ok..yang teruknya, jangan tinggal solat terus ye..sebagai orang islam, peruntukkanlah sedikit masa untuk bersama dengan pencipta dan kekasih kita..

~~semoga bermanfaat..terima kasih sudi membaca~~

~~take care~~

~~KENAPA KITA MENGUAP??~~


Assalamualaikum dan hi buat korang semua..bertemu lagi kita ea..hihee~~kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua kenapa kita menguap???menguap terjadi bila kita mengantuk..betol ke??hurm..let's check it out~~


1) kita menguap kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru berkurangan..

2) Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara..

3) Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbon dioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras...

4) Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen..

5) Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti..

haa..da tau kan sebabnye..meh sini baca adab2 menguap pula..jangan ingat menguap tu boleh hentam saje..ada gak adab2 yg perlu dijaga...~~

ADAB MENGUAP

1) tutuplah mulut semasa menguap...

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya : 

Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.

2) Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya..

3) Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w maksudnya :


Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin.

semoga korang semua mendapat ilmu baru hari ni..terima kasih sudi membaca..

~~that's all..take care~~

~~FAKTA MENARIK MENGENAI GAJAH~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..da lama rasanya tak menulis..rindu pulak...korang macam mana??sihat ke???nurul baik2 je..sekrang ni nurul da buat like box..punye lar banyak kali mencuba, akhirnya dapat juga buat like box tu..harap korang semua sudi mengelike page nurul ye..domou arigato!!!kali ni nurul nak share dgn korang semua fakta menarik mengenai gajah..kalau dulu, nurul ada post pasal lipas..sekarang gajah pulak..let's check it out!!!~~


1) Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat..
2) Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit..
3) Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu..
4) Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan..
5) Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter..
6) Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter..
7) Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State)..
8) Pada Perang Dunia ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin..
9) Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand..
10) Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam..
11) Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari..
12) Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg..
13) Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin..
14) Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat..
15) Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja..
16) Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun..
17) Gajah tidur berdiri..
18) Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut..
19) Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat..

haaa..amacam???begitu uniknya makhluk Allah yang satu ni..semoga bermanfaat..

~~terima kasih sudi membaca..kalau sudi, silalah like page nurul ye..hee..take care~~

~~ALATAN YANG DIGUNAKAN OLEH DOKTOR GIGI ZAMAN DAHULU~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua.korang semua sihat????semoga korang semua sihat hendaknya..kali ni nurul tak nak cakap panjang..nurul nak kongsi dengan korang semua alatan yang digunakan oleh doktor gigi zaman dahulu..let's check it out~~


















hah..amacam??scary kan???huhu..bersyukur lar sekrang ni dunia da maju..da ada bius yang boleh elakkan rasa sakit..lagipun sakit gigi ni merupakan sakit ke 3 ataupun ke 4 paling sakit di dunia..huhu..so, jagalah gigi kita semua dengan baik ok...

~~terima kasih sudi membaca..take care~~

~~7 LAPANGAN TERBANG PALING BAHAYA DI DUNIA~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua 7 lapangan terbang paling bahaya di dunia..tak mau cakap banyak..let's check it out~~

1) LUKLA AIRPORT, NEPAL

2) KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT, OSAKA JAPAN

3) GIBRALTAR AIRPORT

4) MADEIRA INTERNATIONAL AIRPORT, PORTUGAL

5) ICE RUNWAY ANTARTICA

6) COURCHEVEL INTERNATIONAL AIRPORT, FRANCE

7) CONGONHAS AIRPORT, SAO PAULO BRAZIL

haa...amacam???takut tak nak naik flight lepas ni??nurul pun takut gak..even pro pilot pun boleh buat mistake tau bila nak take off ngan landing kat sini..pape pun, serahkan segalanya kepada Allah..ngee~~

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~DOA UNTUK DIRI SENDIRI~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..semoga kita semua dirahmati Allah..amin..kali ni nurul nak share kepada korang semua doa untuk diri sendiri..setiap kali lepas solat, berdoalah supaya kita tidak menjadi sombong dengan pencipta kita..ini antara contoh doa yang korang semua boleh guna ok..

Ya Allah,

Aku bersyukur pada-Mu

Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku

Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku

Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu

Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah

Aku hanyalah hamba-Mu

Hamba yang senantiasa menzalimi diri

Hamba yang kufur pada nikmat-Mu

Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah

Aku mohon pada-Mu

Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku

Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku

Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku

Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan

Ya Allah

Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu

Peliharalah pandanganku Ya Allah

Peliharalah hatiku Ya Rabbi

Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah

Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu

Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu

Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Cinta dan rindu pada kematian

Ya Allah

Andai aku ditakdirkan mati

Matikanlah aku dalam iman

Matikanlah aku dalam Islam

Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu

Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu

Ya Allah

Terimalah taubatku ini

Kerana aku

Aku takut dengan azab-Mu

Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu

Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu

Aku takut Ya Allah

Amin Ya Rabbal Alamin..

doa ni tak susah pun..asalkan kita rajin berdoa, semuanya akan dipermudahkan Allah..kalau korang nak guna versi lain pun, apa salahnya..ini sebagai panduan sahaja..semoga bermanfaat ye..

~~terima kasih sudi membaca..take care~~

~~20 FAKTA MENARIK TENTANG LIPAS~~


Assalamualaikum dan hi buat semua..memandangkan nurul tak berapa sihat hari ni..dengan malas nak buat keje..nurul nak post entry lar..hehe..kenal lipas tak???wooo!!!~~nurul tak suka dengan lipas..menjerit-jerit bila lihat lipas..geli..huhu~~macam lar lipas tu dengar nurul dok menjerit-jerit kat dia..haha..oklah..kali ni nurul nak bercerita mengenai lipas..nak tau lebih lanjut..jom baca~~


ceiyh...nak diplay gambar lipas pun pakai yang kartun punye..ehekz~~

1) Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha~~
2) Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow~~
3) Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus..
4) Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup..
5) Lipas mempunyai darah berwarna putih..
6) Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya..
7) Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
8) Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
9) Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
10) Lipas hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya..hohoho~~
11) Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
12) Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
13) Lipas ada gigi di dalam perutnya
14) Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
15) Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
16) Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
17) Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
18) Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut..hohoho~~
19) Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
20) Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa..hurm..pemalas betol!!~~

har..amacam??lain kali bila da nampak lipas tu, jangan dibunuh dulu, amek dia dan kaji pasal dia..hehe~~

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~10 NEGARA PALING BERSIH DI DUNIA~~


Assalamualaikun dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat???nurul tak berapa sihat..demam selsema..datang dengan pakej lagi..batuk..huhuhu~~tapi tak pe,,nurul pun da lama tak buat entry baru..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua 10 negara paling bersih di dunia..let's check it out~~

1) ICELAND

EPI score: 93.5
Pendapatan per capita: $36,000
Populasi: 311,000
 Iceland merupakan negara yang paling bersih di dunia.. mungkinkah sebab populasinya sedikit dan kurang manusia yang tak bertanggungjawab untuk mencemarkan negara itu? hahaha..suke hati je..~~
2) SWITZERLAND
EPI score: 89.1
Pendapatan per capita: $37,000
Populasi: 7.6 Juta
Switzerland merupakan negara yang mempunyai tinggi scorenya dalam kualiti air, diodiversiti dan sebagainya. Tetapi sama seperti negara maju yang lain, tahap udaranya agak kurang sedikit.. sikit je kurang pun...
3) COSTA RICA
EPI score: 86.4
Pendapatan per capita: $9,600
Populasi: 4.5 Juta
Negara yang sedang miskin dan sedang membangun ini berada di tangga ke 3. Dengan kekayaan hasil bumi yang pelbagai dan banyak hutan yang terjaga mampu menjadikan Costa Rica negara yang bersih dan cantik..
4) SWEDEN
EPI score: 86
Pendapatan per capita: $33,400
Populasi: 9.1 Juta
Agak jauh beza antara negara di tangga ke 5 dan ke 4. Sweeden sentiasa mengekalkan kehijauan di negara itu dan sering berlawan dengan negara sekeliling untuk menjadi negara yang paling hijau..
5) NORWAY
EPI score: 81.1
Pendapatan per capita: $48,000
Populasi: 4.7 Juta
hohoho..tak tau nak tulis apa pasal norway ni.. tapi apa yang nurul boleh katakan, ia antara negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang sangat tinggi tapi masih boleh mengekalkan kebersihan.. bravo~~
6) MAURITIUS
EPI score: 80.6
Pendapatan per capita: $10,000
Populasi: 1.3 Juta
Mauritius adalah satu kepulauan kecil di lautan India, mungkin kerana tempatnya yang agak terpencil menyebabkan populasinya sangat rendah. Tetapi ia juga merupakan tarikan pelancong yang inginkan udara segar dan bersih serta tempat yang sunyi dan bersih..
7) FRANCE
EPI score: 78.2
Pendapatan per capita: $31,000
Populasi: 62 Juta
France merupakan negara yang paling ramai populasi dalam senarai Top 10 ini tetapi ia tidak menghalangnya utnuk menjadi negara yang bersih. Dipercayai, kualiti udara dan air di France sangat tinggi.. hurm~~
8) AUSTRIA
EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $35,000
Populasi: 8.3 Juta
Austria memang terkenal dengan negara yang cantik, dan sila jangan keliru Austria dengan Australia ye.. hoho kedua-duanya adalah negara yang berbeza..
9) CUBA
EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $8,500
Populasi: 11.3 Juta
Walaupun Cuba merupakan negra fahaman komunis, namun ia berjaya membuktikan bahawa ia bukan satu penghalang untuk menjadi negara yang bersih.. hohoo..
10) COLUMBIA
EPI score: 76.8
Pendapatan per capita: $7,600
Populasi: 44 Juta
Ini merupakan negara termiskin yang tersenarai dalam top 10. Mungkin kerana kurang pembangunan maka banyak lagi alam sekitar yang terpelihara dan menyebabkan Columbia menjadi negara yang bersih..

Malaysia???hurm..tempat ke 54..oklar tu..asalkan kita semua pandai jaga kebersihan..jangan buang sampah merata-rata..alar..benda simple je tu..tapi kalau da sorang buat, orang lain pun akan buat juga kan??hehe..let's protect our country!!!~~

~~oklah..semoga bermanfaat..terima kasih sudi baca..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...