Followers

~~KENAPA DARAH KELUAR BILA GOSOK GIGI??~~


Assalamualaikum dan hi earthlings...harap korang semua sihat walafiat..In Sya Allah..kali ni nurul nak bercerita pada korang kenapa bila gosok gigi..darah keluar???familiar tak dengan situasi ni???well..jom kita selidik mengapa terjadi sedemikian..

1. Berus gigi

Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft'. Selain itu, tukarlah berus gigi setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai..

2. Cara menggosok gigi

Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah. Kita harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi. Pastikan menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi)..

3. Gingivitis@ Gusi bengkak

Jika telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi masih berdarah ketika memberus gigi, gigi mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.

Ia terjadi akibat jangkitan bakteria yang terkandung di dalam plak yang terkumpul pada gigi. Bakteria-bakteria ini menghasilkan asid dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan gusi. Cara untuk mengatasinya, anda harus lebih meningkatkan prosedur menjaga kebersihan gigi anda. Anda sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan floss dan cecair kumur di samping menggosok gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).


Jika plak telah bertukar menjadi tartar @ karang gigi, masalah akan menjadi lebih teruk kerana plak akan lebih mudah terkumpul di kawasan tersebut. Jadi, anda disarankan untuk membuat rawatan 'scaling'@ cuci gigi bagi membuang tartar@karang gigi (2 kali setahun). Selepas itu, In Sya Allah, gusi akan menjadi lebih sihat dan tidak berdarah..

~~semoga bermanfaat..take care~~

8 comments:

  1. assalamualaikum, saya sedang mencari kawan-kawan blogger. kalau sudi,datanglah ke blog saya dan jadi salah satu follower.ini linknnya

    http://www.ismifahmi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      jom kenal2..
      done follow ur blog~~

      Delete
  2. Agak-agakkan.. berapa yea kos untuk membuang karang gigi tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul x berapa sure lar.
      sory ye dear~~

      Delete
  3. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...