Followers

~~Jom BERZIKIR part1~~


Assalamualaikum dan hi buat semua..kali neyh nurul nak ajak kawan2 semua berzikir..zikir itu amalan yang mulia..jom jadikannya sebagai amalan kita ok!!!!

ZIKIR 1
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

ZIKIR 2

Ertinya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.

ZIKIR 3
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)

ZIKIR 4

Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.

ZIKIR 5
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)

ZIKIR 6 
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.

ZIKIR 7

Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)

~~semoga bermanfaat..take care~~

3 comments:

  1. cntik belog n bnyk mnfaat dapat kt snie...

    salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  2. cntik belog n bnyk mnfaat dapat kt snie...

    salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  3. salam ukhuwah..tq..rajen2 lar datang melawat ye..ngee~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...