Followers

~~7 GOLONGAN TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..good morning...korang semua sihat tak???nurul sihat je...syukur alhamdulillah..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua mengenai 7 golongan yang tidak dipandang dan diampunkan Allah..nak tau lebih lanjut???let's check it out~~

1) Orang yang bernikah dengan tangannya sendiri (onani)..

2) Orang yang melakukan perbuatan liwat..
- gay, homoseksual, maknyah atau pondan..

3) Orang yang dilakukan liwat ke atas dirinya..

4) Orang yang ketagihan arak..

5) Orang yang memukul kedua ibubapanya sehingga meraung ibubapanya kerana sakit..

6) Orang yang selalu menyakiti hati jirannya sehingga jiran terpaksa memarahinya dan melaknatnya..

7) Orang yang berzina dengan isteri jirannya..

nauzubillah..semoga kita semua dilindungi Allah..janganlah kita semua menghampiri zina dan kalau boleh jagalah batas-batas pergaulan kita sesama islam..insyaAllah, semoga kita semua termasuk dalam golongan syurga..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..

~~semoga bermanfaat..terima kasih sudi membaca..take care~~

~~SEKSAAN WANITA DI NERAKA~~


Assalamualaikum dan hi buat korang semua..baru2 ni syarikat tempat nurul praktikal ada mengadakan kelas usrah..so, nurul pun terlibat lar sekali..antara topik yang kami bincangkan ialah peristiwa israk mikraj dimana nabi Muhammad saw telah melihat seksaan wanita di neraka..tau tak, wanita ni senang je nak masuk syurga tapi paling ramai kat neraka ialah kaum perempuan..nauzubillah..semoga semua kaum wanita islam tergolong dalam golongan syurga..amin..nurul nak kongsi dengan korang semua seksaan tersebut..let's check it out~~

1) perempuan yg digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih..
- perempuan yg tidak mahu melindungi rambutnya daripada lelaki lain..

2) perempuan yg digantung dengan lidahnya, tangannya dikeluarkan daripada punggung dan  minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya..
- perempuan yg suka menyakiti hati suami dgn kata-katanya..

3) perempuan yg digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya..
- perempuan yg menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya..

4) perempuan yg diikat kedua-dua kakinya dan tanganya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ekor ular dan kala jengking..
- perempuan yg boleh solat dan berpuasa tetapi tidak menunaikannya, tidak berwudhuk dan tidak mandi junub, sering keluar rumah tanpa izin suami, tidak bersuci selepas haid dan nifas..

5) perempuan yg makan dagingnya sendiri dan dibawahnya ada api yg menyala..
- perempuan yg berhias bukan utk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain..

6) perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting neraka..
- perempuan yg suka menunjuk-nunjuk akan perhiasannya..

7) perempuan yg kepalanya spt babi dan badannya pula spt keldai..
- perempuan yg suka mengadu domba dan sangat suka berdusta..

8) perempuan berupa anjing dan ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya..
- perempuan yg suka marah pd suami dan memfitnah orang lain..

nauzubillah..minta jauhlah semua tu..semoga kita semua terpelihara drp azab api neraka..amin..bagi kaum wanita, marilah kita menjaga perkataan yang ditutur, menjaga sembahyang dan taat pada suami..insyaAllah, semoga syurga ditempat kita yang kekal..amin..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~BAHAYA BAHAN KIMIA DALAM KOSMETIK~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..nurul ada baca banyak testimoni pasal keberkesanan baham kosmetik..tau tak banyak sangat bahan kimia yang berbahaya dalam alat kosmetik yang dipakai sehari-hari..almaklumlah, perempuan..mestilah nak menempek bedak..gincu ler..eyeshadow..macam2 lah..kalau lelaki lak, hurm..tak reti nak cakap..nurul nak kongsi beberapa bahan kimia yang berbahaya yang kita tak sedar akan kewujudannya..let's check it out~~

1) Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA)
         - sejenis agen pelembap yg mudah bertukar menjadi agen kanser nitrosamines...
- terdapat di dalam syampu dan sabun jenis cecair...

2) Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6
                                      - bahan pewarna yang sering digunakan pada hari ini..
- menyebabkan kanser kulit..

3) Sodium Lauryl sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Alefin Sulfinate
- dikenali sebagai surfactants..
- digunakan untuk membersiihkan rambut & mengeluarkan buih..
- terdapat di dalam syampu, sebahagian ubat gigi, krim pencukur & sabun pembasuh baju..
- menyebabkan kerosakan hati & kanser..

4) Isopropyl Alcohol
- diperolehi drp minyak petroleum..
- terdapat dlm alat pewarna rambut, losyen tangan, badan dan pencukur..
- kesan sampingan; pening kepala, kemurungan, depression, & koma...

haa..baru tau kan???rupa-rupanya banyak bahan kimia dalam alatan yang kita guna sehari-hari..jom kita check ada ke tak bahan-bahan kimia  ni dalam alat kosmetik kita..elakkan daripada membeli barang-barang yang mengandungi bahan kimia ni..check dulu sebelum beli..mencegah itu lebih baik drp mengubati..

~~semoga bermanfaat..terima kasih sudi membaca..take care~~

~~HEADER FREE UNTUK KAWAN2~~


Assalamualaikum dan hi semua..kali ni nurul nak join entry kawan nurul, Cik Amalina..hee..nak join tak..klik sini ( CIK AMALINA ) ni ok..



kalau boleh, nurul nak yang transparent..bila lalukan cursor, ada kelip2 ke..sparkling ke..means..ade efek lar..eheks..bukan same ke???erk~~

kat header nak letak tajuk belog NURUL HONEY dan link belog nurul..hee~~

pic???nak letak gambar kartun yang comel2 je..nak header warna pink..boley???

daaa...hee~~


~~that's all..take care~~

~~KEBURUKAN HIDU GAM??~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..how's ur day today???nurul macam ni jelar kan..praktikal..kerja tak abes2..hoho..tapi tak pe..yang penting, hati kena ikhlas bila buat kerja..tak gitu??hehe..oklah..kali ni nurul nak bercerita sedikit mengenai kes remaja sekarang..suka sangat HIDU GAM..kenapalah adik-adik kita tu jadi macam tu???umur 10 tahun da start hidu gam..nauzubillah..pengaruh kawan???hurm..tak tahulah...jom kita kaji apa sebenarnya hidu gam???keburukannya..semualah..semoga bermanfaat..let's check it out~~

1) Gam mengandungi pelarut seperti TOLUENE serta TRICHLOROETHYLENE iaitu TOKSID yang boleh MENGGANGU FUNGSI JANTUNG..

2) Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan DENYUTAN JANTUNG TIDAK STABIL, manakala PEREDARAN DARAH TIDAK TERATUR yang akhirnya boleh menyebabkan KEMATIAN..

3) KESAN lain pada fungsi OTAK:
- NYANYUK
- HILANG INGATAN
- PSIKOTIK @ GILA (auuuuwwwww)
- HILANG UPAYA DERIA
- KELUMPUHAN pada BAHAGIAN tertentu
- EUFORIA iatu KELIHATAN SERONOK TANPA SEBAB

4) TAK DAPAT DIKESAN melalui UJIAN AIR KENCING sebab ianya BUKAN DADAH..so, susah nak kesan mereka yang terlibat kecuali pada masa mereka sedang hisap gam..

5) ada je remaja yang bila dah ketagih, mereka hidu PENCAIR CAT, PETROL & TAHI LEMBU sebagai alternatif lain.. tahi lembu tu diorang BAKAR dan sedut..uwekzzzzz~~~ 

so, kawan-kawan semua..jauhkanlah diri kita daripada aktiviti-aktiviti tak berfaedah ni..banyak lagi aktiviti yang berguna boleh dibuat..contohnya..berblogging..tak pun, bersukan ke..fikirlah masa depan kita..sebab dirimu begitu berharga..ahakz~~

~~oklah..terima kasih sudi baca..take care~~

~~MAKANAN CEGAH BATUK & SELSEMA~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat tak???sekarang ni musim orang demam..nurul harap korang semua tak demam dan sihat walafiat ok...kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua 7 makanan cegah batuk dan selsema..apa????korang sekarang batuk2 ke???cepat2 lar sembuh ye..oklah..jom kita lihat makanan apa yang boleh mencegah batuk dan selsema..

1. SUP AYAM

Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.


2. MAKANAN PEDAS.
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
3. BAWANG PUTIH
Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi, sekiranya korang merokok, korang memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.
6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, korang juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk
7. HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

haaa...amacam..kalau tak nak bagi batuk dan selsema datang..marilah kita amalkan pengambilan makanan ni..nurul sangat tak suka bila batuk dan selsema..satu kerja pun tak boleh buat..nak bercakap memang tak de suara..yang peliknya, awal2 nak batuk, nurul da start tak ade suara..huhu...so, nurul pun nak amalkan makan makanan ni jugaklah..jom kita ramai2 ok...

~~that's all..take care~~

~~KENAPA KITA MENANGIS BILA POTONG BAWANG??~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua sihat???da makan???da cuba resepi yang nurul bagi..hehehe...thankz sangat2 tau sebab korang sangat sporting follow belog nurul honey ni..jasa korang semua dikenang..nurul akan singgah belog2 korang semua dan kis$ ur nuff ok!!!i promise...

banyak cakap lar pulak nurul neyh..takpe..takpe...takpe...nurul pendekkan..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua terutamanya kaum wanita di luar sana yang selalu potong bawang..potong ke, kupas ke???tak kisahlah..kenapa agaknya ea kita menangis bila kita potong bawang???hurm~~nak tau..let's check it out!!~~


1) Bila kite potong bwng, sel2 dlm bwng tu akan koyak dan melepaskan enzim sulfoxides asid amino pastu jadilah asid sulfenic...
2) Enzim tu akan bercampur ngn asid sulfenic untuk hasilkan propanethiol S-oksida, sulfur volatile sebelum masuk ke dlm mata kita...
3) Gas ini akan bertindak balas dengan air mata kita untuk membentuk asid sulfurik...
4) Asid itu akan terbakar dan merangsang mata anda untuk melepaskan lebih banyak air untuk mencuci rasa pedih tu...

tu pasal lar keluar air mata...hah..baru tau..so ape yang patut kita buat kalau tak nak bagi menangis???

potonglah bawang di dalam siraman air..

sebabnye???

1) Sebatian-sebatian sulfur akan terlarut dalam air sebelum mereka mengenai mata korang... 
2) korang juga boleh letakkan bawang dalam penyejuk beku untuk 10 minit sebelum memotongnya. Suhu sejuk memperlahankan tindak balas antara enzim dan sulfur. so,lepas ini tak lagi menangis semasa memotong bawang..nge3x~~

owh...macam tu ea..hehe..baru tau...

amacam korang??lain kali potong bawang dalam air ye..biasanya nurul potong bawang sambil menghadap tanam-tanaman hijau..segar ler sikit mata tu bila mata dah pedih sangat...hehe..

oklah..semoga bermanfaat..terima kasih sebab sudi membaca..

~~that's all..take care~~

~~BAGAIMANA KAPAL TERBANG BERFUNGSI??~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua pernah naik kapal terbang tak???nurul pernah naik dan sangat suka naik kapal terbang, even sekarang pun nurul rasa nak je naik kapal terbang tu..pergilah mana-man pun..nurul tak kisah..part yang nurul suka ialah masa kapal terbang dah nak start naik dan nak turun..senang kata, time tu kita kena pakai tali pinggang keselamatan..hehe...tak pernah naik kapal terbang???jangan risau..insyaAllah, akan ada masanya nanti ok..so, kali ni nurul nak bercerita mengenai kapal terbang..bagaimana kapal terbang berfungsi???bagaimana kapal terbang tu boleh terbang dan sebagainyalah..semoga korang semua terhibur..let's check it out~~

1) Apabila sesebuah pesawat terbang itu terbang, terdapat 4 daya yang bertindak dalam dua paksi. Pada paksi mengufuk (horizontal), terdapat daya tujah dan daya seret, manakala pada paksi menegak (vertical) pula, terdapat daya angkat dan berat..

2) Daya tujah (thrust) ialah daya yang mendorong pesawat terbang bergerak ke hadapan. Daya ini dihasilkan oleh enjin. Semakin kuat dorongan sesuatu enjin, maka semakin laju pesawat terbang bergerak ke hadapan..

3) Daya seret (drag) pula merujuk kepada daya yang menghalang pergerakan ke hadapan. Daya ini wujud disebabkan terdapat rintangan terhadap pergerakan udara. Sebarang objek yang mempunyai rintangan udara yang tinggi akan menghasilkan daya seret yang besar. Oleh itu, sesebuah kapal terbang itu selalunya berbentuk larus dan licin bagi mengurangkan daya seret..

4)  Daya angkat (lift) pula merujuk kepada daya yang mengangkat sesebuah pesawat terbang ke udara. Daya angkat ini dihasilkan oleh sayap dan penaik. Daya angkat yang terhasil bergantung kepada ketumpatan udara persekitaran, halaju pesawat terbang, luas sayap dan jenis sayap yang digunakan..

5) Berat (weight) pula merujuk kepada daya yang menarik pesawat terbang ke bawah dan ianya menghalang daya angkat. Berat wujud disebabkan tarikan graviti bumi dan nilainya bergantung kepada jisim sesuatu pesawat terbang. Semakin besar jisim, semakin berat dan susah untuk ia terbang.

6) Secara umumnya, untuk sesebuah pesawat terbang bergerak ke hadapan, daya tujahnya mestilah lebih besar daripada daya seret manakala untuk terbang ke atas pula, daya angkat mestilah lebih besar daripada berat.

7) Berdasarkan  Prinsip Bernoulli yang telah dikemukan oleh seorang ahli sains Belanda/Swiss yang dikenali sebagai Daniel Bernoulli menyatakan bahawa, jika udara bergerak dengan laju, ia akan menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah di sekelilingnya manakala jika ia bergerak perlahan pula, kawasan bertekanan tinggi terhasil. Lanjutan daripada prinsip inilah yang membawa kepada penemuan konsep aerofoil yang meluas digunakan pada hari ini..


so, disebabkan oleh 4 daya yang terhasil inilah yang menyebabkan kapal terbang ni berfungsi..boleh terbang sekali..hehe...oklah..semoga bermanfaat..

~~that's all..take care~~

~~BUDAYA HIDUP MASYARAKAT KOREA~~


Assalamualaikum dan hi buat korang semua..memandangkan ramai yang suke dengan k-pop, nurul nak bercerita lebih lanjut pasal budaya hidup masyarakat korea ni..let's check it out...~~


Sopan Santun
Memang terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat antara Malaysia dan juga Korea. Perbezaan yang adalah sikap masyarakat Korea di sini lebih bersopan santun berbanding di Malaysia. Masyarakatnya ramah walaupun korang adalah orang luar. Mereka tetap layan dengan baik dan berbudi bahasa.


Tunduk Hormat
Selain daripada itu, sekiranya berjumpa antara satu sama lain, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat antara satu sama lain. Ianya berbeza di Malaysia di mana kita lebih kepada bersalam-salaman sebagai mengeratkan persahabatan. Sekiranya korang masuk ke kedai atau restoran, mereka akan sambut dengan ucapan selamat datang atau salam sejahtera. Sangat jarang perkara macam ini berlaku di Malaysia. Di Malaysia, kita datang tidak bersambut, pergi tidak dihiraukan.


Terima Kasih
Ketika membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di gerai, sekiranya korang mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea, mereka akan tarik plastik korang itu dan tambah lagi sayuran atau buahan ke dalam plastik korang. Mereka amat suka sekiranya masyarakat luar tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Di Malaysia, cakap la macam mana pun, tuan kedai akan buat tak endah aje.


Bersih selepas makan
Di Korea, korang kena buangkan sendiri tray, bekas minuman, dan sebagainya selepas korang makan di kedai fastfood. Sebagai contoh, selepas korang habis makan KFC, korang kena angkat tray, tulang-tulang ayam, kertas tisu dan sebagainya ke tong sampah yang disediakan. Dah tu pulak, korang kena asing-asingkan kertas, plastik dan sampah di ruang yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka kitar semula barang-barang terpakai. Mereka juga kurang menggunakan plastik kerana plastik sukar untuk dikitar semula.


Hormat Orang Tua
Sekiranya korang sedang berjalan-jalan, pastikan korang memberikan laluan kepada mereka yang lebih tua. Ini kerana, mereka akan menolak kau tanpa segan silunya kerana tidak memberikan mereka laluan. Jadi, jika ternampak orang tua sedang berjalan, baik korang ke tepi dan berikan mereka jalan terlebih dahulu.

bagus kan diorang...apa yang nurul suka ialah sikap mereka yang sangat berbudi bahasa dan bersopan santun..lagi-lagi bila dengan orang tua...one more things, diorang sangat  pandai menari..bonus di situ sebab nurul suka menari juga..hehehe~~~

~~oklah...that's all..take care~~

ps: semoga masyarakat Malaysia boleh berbudi bahasa seperti orang korea juga..hehe..Malaysia boleh!!!!~~

~~KESAN ZIKIR KEPADA OTAK~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...nurul sekarang da nak masuk 2 bulan praktikal kat syarikat solartif..oklah..suasana kerja yang best..sekarang ni nurul tak sabar-sabar nak tunggu keputusan final semester hari tu sampai kat umah..hehe..oklaj..selingan je tu...seperti biasa, nurul nak kongsi dengan korang semua kesan zikir kepada otak..bagus kan???semoga terhibur..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.


Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.


Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

har..baguskan berzikir ni..banyak faedahnya...jom kita ramai-ramai berzikir hari neyh..kalau tak tau, tekan sini..jom berzikir..

~~oklah..that's all..take care~~

~~MAKANAN ORANG KOREA~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..kali neyh nurul nak kongsi dengan korang semua makanan yang terdapat di korea..sekarang ni musim k-pop,,nurul pun giler dengan k-pop...hehe..let's check it out..

1) KIMCHI
kepada penggemar citer2 korea..mesti pernah dengarkan pasal kimchi ni. kimchi ni merupakan makanan kegemaran orang Korea. Di setiap restoran, dorang akan serve Kimchi ni. Kimchi diperbuat daripada sayur kobis, atau apa-apa sayur yang dijeruk dan boleh tahan selama 4 bulan lamanya.

2) BUBUR SEAFOOD
Harga dia dalam 8000won (RM20) sahaja. Kenyang gak la makan bubur ni sebab mangkuk dia besar dan banyak sotong, udang, kepah di dalamnya...alar..upgrade sikit daripada bubur mc d..hehe~~

3) NASI AYAM TANDOORI
Dekat Korea, jangan haraplar boleh makan ayam dengan sesenang hatinya sebab dorang tak sembelih pun ayam atau daging tu. Kalau korang nak makan ayam atau daging, korang boleh pergi ke Itaewon, Seoul. Dekat sana memang ada masyarakat Islam di situ yang jual makanan yang halal. Tapi dicadangkan jangan pergi pada waktu malam kerana korang mesti akan berasa gerun dan cuak..

4) IKAN MASAK KARI
nurul  tak tahu la ikan ni masak kari atau apa. Tapi yang pasti, sedap dan mengenyangkan. Ikan-ikan dia besar-besar dan memang kenyang kalau korang makan lauk ni dengan nasi. Lagi satu, di bawah ikan tu ada tauge yang sangat banyak. Kalau korang suka makan tauge, dipersilakan...

5) TELUR IKAN
 Kalau nak merasa telur ikan, korang boleh juga dapatkan ia di Korea ni. Yang macam otak tu sebenarnya bukan otak ikan, tetapi perut ikan. Serius sama seperti yang korang tengok dalam Fear Factor. Tengok je dah tak lalu. Tapi telur ikan tu ok la bagi nurul sebab nurul suka telur ikan... Boleh la kalau korang nak makan time bosan-bosan..

6) BIHUN SEJUK
Bihun tu memang sejuk. Seperti bihun yang baru bawak keluar daripada peti ais dan terus dihidangkan untuk korang makan. Selalunya makanan ini dihidangkan semasa musim panas... 

7) ULAT SUTERA
orang Korea suka makan ulat sutera ni sebab rasa dia yang creamy-creamy dan juga manis...

8) KUIH IKAN
Dalam kuih ni ada inti kacang merah. Inti kaya pun ada kalau korang nak. Memang sedap. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu masa sejuk dan kuih tu masih panas-panas lagi. Ranggup di bahagian tepi-tepinya...

9) NASI SAMBAL SOTONG
Nasi ni amat sedap. Lagi-lagi bila makan bersama dengan sotong yang dimasak pedas dalam mangkuk tu. Ditambah pula dengan telur-telur ikan yang banyak dan meletup-meletup bila korang kunyah.

haaa...cne??best tak???yang paling nurul suka ialah KIMCHI..best woo lau dapat makan..nurul ni pun suka sangat makan sayur neyh..hehe..oklah..semoga bermanfaat..

~~that's all..take care~~

~~KEHEBATAN PERKATAAN TOLONG & TERIMA KASIH~~


Assalamualaikum dan hi buat semua..nurul nak berkongsi hasil pembacaan nurul pada hari ni mengenai kehebatan perkataan tolong dan terima kasih..nurul suka dengan apa yang nurul baca..nak tau kenapa???sebab nurul rasa tak ramai orang yang guna perkataan ni dalam kehidupan seharian..betul tak???kalau guna tu, baguslah..keep it up ok..oklah..let's check it out~~

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.
"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Dalam satu kejadian lain,
"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.
"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~
Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.
*****
Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.
"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."
Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.
Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.
Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.
"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.
Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?
Orang berbudi, kita berbahasa..kan?
Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.
Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"
Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"
Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.
Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?
Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."
Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."
Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.
Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.
Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!
Manners are not born with us, they are acquired.
see what i mean..nurul ni sensitif..bukan sikit tapi banyak..kadang-kadang sensitif tu datang bila ada kawan-kawan yang kejenya mengarah orang je...tak de lar pulak nak cakap tolong dan terima kasih..apatah lagi minta maaf..bukannya susah pun nak cakap tolong..tak mati kalau cakap perkataan tu..tak gitu???emo sekejap..oklah..semoga bermanfaat ye..
~~that's all..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...