Followers

~~BUDAYA HIDUP MASYARAKAT KOREA~~


Assalamualaikum dan hi buat korang semua..memandangkan ramai yang suke dengan k-pop, nurul nak bercerita lebih lanjut pasal budaya hidup masyarakat korea ni..let's check it out...~~


Sopan Santun
Memang terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat antara Malaysia dan juga Korea. Perbezaan yang adalah sikap masyarakat Korea di sini lebih bersopan santun berbanding di Malaysia. Masyarakatnya ramah walaupun korang adalah orang luar. Mereka tetap layan dengan baik dan berbudi bahasa.


Tunduk Hormat
Selain daripada itu, sekiranya berjumpa antara satu sama lain, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat antara satu sama lain. Ianya berbeza di Malaysia di mana kita lebih kepada bersalam-salaman sebagai mengeratkan persahabatan. Sekiranya korang masuk ke kedai atau restoran, mereka akan sambut dengan ucapan selamat datang atau salam sejahtera. Sangat jarang perkara macam ini berlaku di Malaysia. Di Malaysia, kita datang tidak bersambut, pergi tidak dihiraukan.


Terima Kasih
Ketika membeli sayur-sayuran atau buah-buahan di gerai, sekiranya korang mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea, mereka akan tarik plastik korang itu dan tambah lagi sayuran atau buahan ke dalam plastik korang. Mereka amat suka sekiranya masyarakat luar tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Di Malaysia, cakap la macam mana pun, tuan kedai akan buat tak endah aje.


Bersih selepas makan
Di Korea, korang kena buangkan sendiri tray, bekas minuman, dan sebagainya selepas korang makan di kedai fastfood. Sebagai contoh, selepas korang habis makan KFC, korang kena angkat tray, tulang-tulang ayam, kertas tisu dan sebagainya ke tong sampah yang disediakan. Dah tu pulak, korang kena asing-asingkan kertas, plastik dan sampah di ruang yang telah disediakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka kitar semula barang-barang terpakai. Mereka juga kurang menggunakan plastik kerana plastik sukar untuk dikitar semula.


Hormat Orang Tua
Sekiranya korang sedang berjalan-jalan, pastikan korang memberikan laluan kepada mereka yang lebih tua. Ini kerana, mereka akan menolak kau tanpa segan silunya kerana tidak memberikan mereka laluan. Jadi, jika ternampak orang tua sedang berjalan, baik korang ke tepi dan berikan mereka jalan terlebih dahulu.

bagus kan diorang...apa yang nurul suka ialah sikap mereka yang sangat berbudi bahasa dan bersopan santun..lagi-lagi bila dengan orang tua...one more things, diorang sangat  pandai menari..bonus di situ sebab nurul suka menari juga..hehehe~~~

~~oklah...that's all..take care~~

ps: semoga masyarakat Malaysia boleh berbudi bahasa seperti orang korea juga..hehe..Malaysia boleh!!!!~~

4 comments:

  1. oooo cmtu ke... herherher.. nk dok korea ar cani..

    ReplyDelete
  2. budaya hidup rakyat malaysia kini kian merosot...sedih le kalau dibandingkan dengan orang korea dan orang jepun....

    ReplyDelete
  3. wahhhh da boley jd org korea la mcm niiii hahaha :P

    ReplyDelete
  4. liyana zahim: nak dok korea??boleh je...hihi~~

    khairil: betol3x..banyak yang dah berubah sekarang..

    rynn: ni mesti rynn suka sangat dgn korea ni kan??hehe~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...