Followers

~~MAKANAN CEGAH BATUK & SELSEMA~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat tak???sekarang ni musim orang demam..nurul harap korang semua tak demam dan sihat walafiat ok...kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua 7 makanan cegah batuk dan selsema..apa????korang sekarang batuk2 ke???cepat2 lar sembuh ye..oklah..jom kita lihat makanan apa yang boleh mencegah batuk dan selsema..

1. SUP AYAM

Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.


2. MAKANAN PEDAS.
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
3. BAWANG PUTIH
Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah
4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi, sekiranya korang merokok, korang memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.
6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, korang juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk
7. HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

haaa...amacam..kalau tak nak bagi batuk dan selsema datang..marilah kita amalkan pengambilan makanan ni..nurul sangat tak suka bila batuk dan selsema..satu kerja pun tak boleh buat..nak bercakap memang tak de suara..yang peliknya, awal2 nak batuk, nurul da start tak ade suara..huhu...so, nurul pun nak amalkan makan makanan ni jugaklah..jom kita ramai2 ok...

~~that's all..take care~~

8 comments:

  1. hani ader org kate bile selasema kene mkn ais krim vanila wall's ..
    itu membantu ker?hehe

    ReplyDelete
  2. ala...yg no 3. and no 7 nie yg xtermampu nak telan nie...hehehe bgus2 blh dibuat rujukan :D

    ReplyDelete
  3. mish ftin: haha..tak sure kena makan aiskrim vanilla wall's..tapi hani ade dengar dr2 kat mesir suruh makan aiskrim kalau batuk..bagi lawan dgn batuk tu..hehe..

    ku azhar: takpe..yang lain boleh buat..bawang putih dgn halia ni ramai juga yg tak suka..hehe~~

    ReplyDelete
  4. tips ni menarik..harap dapat membantu dapt elak selsema batuk nih.. :)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah..kalau kita berusaha,pasti ada hasilnya..~~

    ReplyDelete
  6. wah nice info..thanks..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...