Followers

~~MaKnA NaMa-nAmA bULaN iSlAm~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..nurul sebenarnya tak sabar-sabar nak balik kampung..kenapa???sebab nak pakai inai..hee~~dah lama x pakai inai..teringin lar pulak nak pakai bila tengok adik pakai..aishkk!!ayat pun dah terabur..oklah..x nak buang masa lagi..nurul nak berkongsi dengan korang semua makna nama bulan2 islam..let's check it out~~

Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiul Awal (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiul Akhir (atau Rabiul thani) (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﺧﻴﺮ/ﺭﺑﻴﻊﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadil Awal (ﺟﻤﺪﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.

Jamadil Akhir (atau Jamadil thani) (ﺟﻤﺪﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤﺪﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadhan (ﺭﻣﻀﻦ)
Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭﺍﻟﻘﻌﺪﻩ)
Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijjah (ﺫﻭﺍﻟﺤﺠﻪ)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

 haa..da tau kan???kan elok bile ade orang tanya hari ni berapa haribulan..kite jawab 5 rejab..wahhh!!!memang terbaek r!!!

~~terima kasih sudi baca..take care~~

~~9 jEnIs SyAItAn~~

Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..korang apa khabar???harap korang semua sihat2 je k..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua 9 musuh paling utama kita semua terutamanya kepada orang islam..let's cekidaut!!!~~

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

semoga korang semua mendapat pengetahuan yang berguna hari ni..syaitan ni adalah musuh kita yang paling utama..tujuan hidup dyorg pun mmg nak menyesatkan umat manusia..oleh itu, kita kenalah sentiasa tetapkan iman dan kuatkan hati supaya kita tak tersesat jauh..insyaAllah..semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah..amin..

~~terima kasih sudi baca..take care~~

~~Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia~~

Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...how's ur day so far???nurul baik2 aje!!heppy sbb laman web kolej dah pun siap..tapi ada lagi lar yg nak kena baiki..korang nak tengok???klik SINI k..

actually, hari ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu pengisian diri..semoga korang semua terhibur..

~~Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia~~

1) Orang yang gemuk tapi kurus
- Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
- Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib.
- Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.
- Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong

2) Orang yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
- Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

3) Orang yang alim tapi jahil
- Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
- Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Nauzubillah..semoga kita semua tidak tergolong dalam 3 golongan di atas..Amin..

semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah S.W.T

~~terima kasih sudi membaca..take care~~

~~KISAH CADBURY DAN AKU~~

Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua....nak tau kisah nurul dengan cadbury..kliklah kat bawah ye..tehee~~


~~tq sudi klik..take care~~

~~JOM BUAT PEACH COBBLER-HLOVATE~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat??ngee~~da lama kan nurul tak kongsi resepi???kali ni nurul akan ajar korang semua buat peach cobbler-hlovate...oklah..jom kite serbu!!


*BAHAN-BAHAN*
secawan tepung gandum
secawan gula halus
satu setengah sudu kecil soda bikarb0nat
250g mentega
secawan susu segar (susu sejat pun boleh gak)
setin buah peach
sesudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu gula besar

*CARA-CARANYA*
1. cairkan mentega didalam oven dengan suhu 190 drjh celcius. gunakan bekas kaserol 13x9x2cm. 
2. adun tepung, gula, sodabikarbonat, didalam bekas berasingan 
3. masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul2. 

cara1: 
-tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol berisi mentega cair 
-siramkan jus peach ke atas adunan 
-susun peach diatas adunan 
-taburkan serbuk kayu manis dan gula 

cara2: 
-susunkan peach di atas mentega cair didalam bekas kaserol 
-tuangkan adunan keatas peach 

4. bakar didalam oven pada suhu 175-190 drjh selsius selama 45minit-sejam atau hingga menjadi perang keemasan. 

haaa!!!da pun siap peach cobbler-hlovate kita!!hee~~nak tau kenapa hlovate???sebabnya kalau korang baca novel hlovate, hlovate ada letak resepi peach cobbler ni dalam bukunye..kalau x salah, 5 tahun apa ntah..ngee~~tapi resepi ni nurul dah ubah sikit2 tau..hee~~

apa lagi???jomlah buat!!!

selamat mencuba!!

~~take care~~

~~Jom TaMbAh TrafIK bLoG!!~~

Assalamualaikum dan hi buat korang semua...korang nak tambah trafik blog???jom terjah SINI k!!~~


~~RiNDu DeNgaN loVeY dOveY~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua!!!lama kita tak bertemu kan???kan???kan???korang sihat???da makan???da solat???ishk!!banyak tanya lar pulak!!sorylah korang semua..nurul bz r...sangat2 bz...banyak sangat nurul nak cerita kat sini tapi x sempat..tapi takpe...kali ni, nurul cite ok...jangan majok ea...alololo~~~~

korang tau tak yang nurul rindu nak berblogging...rindu nak terjah blog bloggers lain...rindu dgn followers nurul..kerana korang semualah, blog HONEYPINKMELLON ni masih hidup ag tau..hee~~terima kasih banyak2 ea buat korang semua!!!korang semua memang cool!!!!!!~~

kalau dulu, korang da tau kan yg nurul praktikal kat solartif...syarikat tu buat fotovoltaik...nurul praktikal kat sana selama 3 bulan...sempat lar 2 hari pose kat sana..and nurul dapat tawaran kerja jadi pensyarah kat KOLEJ TEKNOLOGI DAN INOVASI KRIM (KCTI)..masa tu kan, nurul pening sangat nak buat decision sebab nurul dapat offer dari syarikat lain juga kat kl...dah2, 3 orang lecturer nurul yang kat UKM offer nurul jadi R.A...memang pusing sangat time tu...tapi bila difikir-fikirkan balik, nurul terima je tawaran pensyarah tu sebab memang nurul nak jadik pensayarah pun...hik~~~

so, bermulah kehidupan nurul sebagai pensyarah kat kolej ni...bayangkanlah, raya ke5, nurul dah nak kena lapor diri.huhu~~~cedey sebab tak boleh nak beraya puas2 n stay kat umah puas2...masa tu, nurul masih lagi tak grad tau...tapi syukur alhamdulillah, pointer nurul kali ni sangat memuaskan...nurul dapat 4flat!!!!hoyeahhhhh!!!!!hooray!!!tepuk tangan semua!!!terima kasih2x...hee~~~apa yang nurul nak gtau kat sini, dapatlar nurul merasa jadi dekan kolej...2 kali pe!!!x pe lah...hee~~nak jugak cakap...mesti korang semua meluat kan???huhu~~

hah!!lupe nak gtau, nurul ajar diploma solar technology (green technology)..masa dah kerja ni lar, nurul dah nampak apa gunanya nurul dok belajar masa kat u dulu..sem ni nurul ajar elektrik elekronik...susah dowh!!!nurul takut gak lau nanti student tak faham bila nurul ajar..uhuk...uhukz~~minta2 takde jadi cam2 ea...hee~~

nak gtau juga, da nak masuk sebulan nurul kerja, nurul pun grad dengan jayanya..hee~~26hb hari tu nurul konvo...tau tak yg nurul x pergi pun masa raptai dan time orang lain amek jubah...nak g cane, da keje kan...huhu~~~masa keje, nurul rindu sangat2 dengan UKM, rindu dengan kawan2...rindu nak belajar...rindu kat kolej AMINUDDIN BAKI...rindu kat bilik lama...sob...sob~~

keje nurul????hurm~~~sangat penat kot...keje nak kena guna otak kan???hari2 nurul drive pergi balik...dari rumah ke kolej amek masa setengah jam...time nak balik pulak, ade lar 45 minit jugak sbb jem..huu~~memang gigih giler kot nurul sekarang ni!!!!hee...

nurul juga pegang banyak jawatan tau...tak delah banyak sangat pun..hee...penyelaras bidang dan penyelaras perpustakaan (ketua library)...felo jugak ea...yg bestnye jadi felo ni, nurul dapat rumah free...besar gak r rumah tu...ada 3 bilik, dapur dan ruang tamu yang sangat besar...bonus kat situ sebab ada view yang sangat gorgeous!!!hee~~

korang nak tengok tak pic nurul masa konvo hari tu???kat sini, x banyak yg nurul boleh upload tapi kalau nak tengok lagi, c u at fb ye..jangan lupa like page nurul k...hee~~

~~N.H dgn dearest kyra~~

ape lagi ea???tak de dah kot..hee~~oklah korang semua..harap korang semua terhibur ye...hah!!!nak buat promotion sikit..kalau ada antara korang semua yang berniat nak jumpa secara live dengan nurul...jomlah join kolej nurul ye...lepasan SPM n STPM...nak jadi anak murid nurul, boleh je..amek coz dip solar technology k...hee~~

~~that's all..take care dear!!!muahhhhhhxxxx~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...