Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...how's ur day so far???nurul baik2 aje!!heppy sbb laman web kolej dah pun siap..tapi ada lagi lar yg nak kena baiki..korang nak tengok???klik SINI k..
actually, hari ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu pengisian diri..semoga korang semua terhibur..
~~Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia~~
1) Orang yang gemuk tapi kurus
- Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
- Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib.
- Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.
- Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong
2) Orang yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
- Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).
3) Orang yang alim tapi jahil
- Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
- Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.
Nauzubillah..semoga kita semua tidak tergolong dalam 3 golongan di atas..Amin..
semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah S.W.T
~~terima kasih sudi membaca..take care~~
astagfirullah..daysatny..
ReplyDeletekay sablihan: minta jauh lar semua2 2 kan..~~
ReplyDelete