Followers

Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

~~KMPH, 2F14~~


Assalamualaikum dan hi earthlings..so, how's your day today???hopefully, kita semua sentiasa dalam lindungan Allah k..

actually, there is something i would like to review..about my life in KMPh once ago..nurul pernah pegang title  pelajar KMPh (kolej matrikulasi Pahang)..masa tahun 2007/2008 if i'm not mistaken..nurul belajar kat sana selama setahun dibawah program PST (program satu tahun)..lepas je SPM, nurul dapat masuk matrik..selain dari tu, nurul juga dapat beberapa tawaran lain seperti asasi, tapi entah kenapa masa tu, hati memilih matrik rather than other choices..so, menapak lar nurul kat bumi matrik pahang tu selama setahun..actually tak sampai setahun pun, lebih kurang 10 bulan kalau ditolak dengan cuti bagai..

nurul ingat lagi, mula-mula sampai je kat sana, semua pelajar kena daftar sendiri..parents have to wait outside..so, bayangkanlah, first time sorang-sorang eventhough your parents are there..cuak jugak lar..but it is a good starter to be independent..

then, nurul diberi bilik..blok B2..bilik nurul tingkat 3..paling atas sekali..imagine nak kena bawa barang-barang naik atas tangga..bukannya satu, banyak kot..beg baju da 2, beg buku, baldi..semualah..then, masa tu, berlakulah sesi kenal mengenal dengan roomate semua..ada 4 orang..2 orang sains fizik dan 2 orang lagi sains hayat..kira oklah tu kan, boleh study sama2..

first day kelas???nurul ingat lagi kelas pertama ialah english..nurul lupa nama teacher..tapi teacher tu kecik je orangnya..kecik-kecik pun, tegas tau..masa first kelas, nurul masuk agak lewat berbanding dengan orang lain sebab tak jumpa cari kelas..huhu..sekali dalam kelas, teacher, panggil nama nurul sebab nak suruh jadi penolong kelas..adoi!!terkejut kot!!da lar first day..datang lewat pulak tu..mulalah sesi berkenalan dengan kawan sekelas..pada awalnya ramai, tapi sorang demi sorang keluar..dapat tawaran lain..yang tinggal tak sampai 20 orang..

so, bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi..memang sangat tough!!patutlah ramai student tak nak masuk matrik..alasan susah..biasalar kan..semua susah..nak makan nasi pun susah kalau tak tau cara..tak gitu??kelas hari-hari penuh kot!!start pukul 8 abes pukul 6..gap waktu tengahari..tu pun terkejar-kejar nak sembahyang Zohor..honestly speaking banyak kenangan kat sana..sangat rindu dengan diorang semua..one of my friend, Ina dapat sambung degree in Physics kat Manchester bawah tajaan KPM..terer giler Ina tu..waktu kuliah Fizik, dia buat Kimia..waktu Kimia, dia buat Math..bila tanya, boleh je jawab..ada masa free je, nurul dengan dia pergi lar mencapap kat cubicle lecturer bertanyakan soalan..seriously speaking, nurul bukanlah excelent student pun masa kat matrik..tak pandai macam orang lain..huhu..siapalah nurul nikan..uhuk...

masa kat sana, kejap je masa berlalu..10 bulan je kot..tup tap tup tap da abes.. teringat lagi sorang kawan nurul, Pijah yang hilang beg duit..kesian..so, nurul bagi pinjam duit nurul..tak banyak pun sebab nurul sendiri pun pokai gak..tapi kan,hari-hari kitaorang makan nasi ayam RM2.50 sebab tu je lar nasi yang murah..kalau nak ambil nasi berlauk, kompem-kompem lar mahal kan..huhu..lepas tu, ingat lagi, masa kitaorang bertiga keluar outing masa bulan ramadhan, pijah tercicir beg duit..merata kitaorang cari duit..siap kena kejar dengan  mat pit lagi..takut giler masa tu..dahlar masa tu dah nak buka puasa..kitaorang pusing satu bazar, patah balik dari Mega Mall..lupalah pula nama bazar tu, tapi bazar tu dekat dengan masjid kat Wisma tempat makcik nurul bekerja..penat memang penat tapi bila ingat balik, tersenyum sorang-sorang..dapat tolong kawan yang dalam kesusahan..puas hati..yang penting kami semua bersatu hati bila ada masalah menimpa..hehe..

abes je setahun nurul belajar kat matrik, nurul dapat tawaran masuk ke UKM buat ijazah sains fizik..suka sangat sebab fizik adalah first choice nurul masa tu..hehe..

oklah, buat adik-adik kat luar, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru..sebab tak kira apa yang berlaku, ia akan menjadi suatu pengalaman yang bermakna buat kita..mungkin pada masa itu, kita sedih dan benci dengan keadaan yang berlaku, tapi bila kita ingat kembali, tanpa sedar kita akan tersenyum..semoga kehidupan kita semua sentiasa indah dan penuh dengan warna warni kehidupan ok..
so, enjoy my pic with my classmate, 2F14..


..miss this moment..i'm proud to be one of 2f14 members..2f14 the best!!

i really wish that i can meet with u all again..siti, pijah, alia, naimah, ejen, erul, leha, nabil, amir1, amir 2, arif, sharmi, saidi, yong, saifudin, ehsan, faris...

~~hope to see u soon..take care~~

ps: teringat karipap panas-panas 50sen satu kat kedai bakery..ada lagi ke tak ea karipap 2??hehe~~

~~DIARI HATI~~


Assalamualaikum dan hi semuanya...nurul minta maaf sangat2 sebab da lama tak update blog..seriously speaking, i miss this..writing an enty and chat with all of you..nurul sibuk sangat..banyak sangat keje..tapi tak pe, jap lagi nurul gtau kenapa ea..

so, kenapa nurul sibuk memanjang??huhu..nurul sibuk mengajar..tau tak, yang nurul sekarang kena tambah 2  subjek yang nak kena diajar...so, add up..semua sekali 4 subjek..OMG!!4 subjek ok!!penat sangat..+ tetibe je kena tambah another 2 subject..kena buat nota lagi..tutorial..kuiz..faham2 lar kan..nota semuanya in english, then i have to translate it in malay...usually, lecturer kena mengajar maksimum 12 jam seminggu..tapi sekarang, nurul kena mengajar 19 jam seminggu..sob..sob...sabar je lah!!lecturer yg asalnya mengajar subjek tu dah berhenti kerja sebab nak sambung PHD kat USA..tahniah untuk dia..hee~~

ok..notes untuk nurul..ni dia subjek yang nurul ajar bagi semester 2 sesi Julai 2012

1) ECT 1223 : Introduction to Electrical Technologies
2) ECT 1113: Safety, Health & Environment
3) ENY 1223: Renewable Clean Energy Technologies
4) ENY 1113: Energy & The Environment

haa..semua sekali 4 kan???hihi..utk pengetahuan korang, student nurul ambil 5 subjek per semester..hoho..

then, nak menambahkan kesibukan nurul lagi, nurul dapat panggilan interview bagi skim biasiwa TPM (tenaga pengajar muda) UITM..syukur alhamdulillah..nurul da bersyukur sangat2 kena panggil interview tau..daripada orang yang da dapat TPM, nak kena panggil interview pun da kira bagus, sebab susah..lagipun, ramai student UITM sendiri yang dapat..kena buat mock teaching bagai..macam nak rak prepare untuk TPM..eh, lupa nak gitau, TPM tu adalah biasiswa untuk sambung master di mana-mana universiti daripada UITM dan bila abes master nanti, kena jadi pensyarah UITM..so, nurul memang prepare sungguh-sungguh..siapa yang tak nak kan??biasiswa tu...semua yuran ditanggung beres..setiap bulan dapat elaun pulak..hehe..pilihan nurul FIZIK ELEKTRONIK..masa mock teaching hari tu, hurm..ok je..nurul bolehlar jawab semua soalan juri..cuma agak frust sebab nurul kena tukar tempat interview..masa tu, nurul sorang je wakil dari UKM..yang ramainya dari UITM itself..sebab tu, nurul bersyukur sangat-sangat kena panggil interview..Paling best, nurul dapat kenal kawan-kawan baru..ada yg dari Penang, Sabah, Johor dan Kedah..dan sampai sekarang, kitaorang masih berhubung..Alhamdulillah..pasal mock teaching tu, nurul da kira bagus sebab nurul dah ada slaid presentation..lagipun, semester ni nurul memang mengajar subjek elektrik..so, i have an extra time to focus on other circumstances..

so, kawan-kawan semua..nurul mengharapkan yang korang semua bolehlah tolong doakan nurul biar berjaya ea..berjaya dapatkan skim biasiwa TPM tu..InsyaAllah..nurul nak sangat sambung master..then PHD...InsyaAllah..dengan izin Allah..

haaa!!dalam entry sebelum2 ni, nurul pernah ceritakan pasal my bestfriend, Akma...hee..dia da selamat melahirkan baby girl yang comel sangat..nama baby dia..Tengku Annur Husna bt Tengku Ahmad Hami..hehe..comel kan??nama pun da sedap..best sebab sekarang nurul dah jadi Auntie Yuyu..hee..nanti nurul akan upload gambar baby kat sini tau..hehe..nurul excited sangat macam nurul pulak yang dapat baby..hik..
..nurul dgn akma..yg pakai baju hijau tu nurul..yg coklat tu akma..hee~~

hurm...tau tak, lately, nurul dapat rasakan yang kesihatan nurul makin merosot..nurul selalu pening-pening, muntah-muntah penat seluruh badan sehinggakan tangan kanan nurul tak boleh diangkat..huhu..mb sebab nurul penat sangat kot..lagipun, setiap minggu nurul drive sendiri balik rumah dari Terengganu ke Kelantan..adalah lebih kurang 2 jam perjalanan..korang jangan fikir yang bukan-bukan k..pening-pening dan muntah-muntah tak semestinya..ehem..well, u ol noe...so, untuk menambahkan stamina nurul sekarang..nurul amalkan makan vitamin C + zinc..oklah, boleh tambahkan darah nurul yang memang rendah ni..huhu..plus, nurul pun hari-hari makan jamu..untuk kesihatan dalaman..hihi..dalam pun kena jaga jugak..bukan luaran je..nurul juga amalkan basuh muka sambil selawat..biar bertambah seri muka..hehe..

so, korang semua, how's your day lately??jangan lupa, sentiasa amalkan baca Quran dan doa pendinding..supaya kita semua terhindar dari gangguan dan dilindungi Allah selalu..InsyaAllah..

hope to see you soon!!love you so much!!!

~~PENGALAMAN, HORMAT DAN KEBERKATAN~~


Assalamualaikum and hi to all of you!! missing u so much!!well, tetibe cakap omputih pulak kan..sorry lovey dovey, nurul memang super extra busy..dengan kelas bagai,,semua nak yang terbaik..dan nurul agak sedih sebenarnya sebab terpaksa berhenti mengajar di salah sebuah pusat tuisyen di Terengganu ni..nurul terpaksa sebab penat dan kekangan masa..huhu..


so, kali ni nurul hanya nak bercerita dengan korang je..pengalaman nurul sebagai pensyarah..setakat ni student nurul lah yang paling ramai dan kebanyakannya adalah lelaki..baru-baru ni, kolej telah menerima pelajar baru dan actually kami masih lagi membuka pendaftaran bagi pelajar baru..

PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA..pernah dengar ayat tu???memang betul pun..setiap pengalaman itu bermakna kerana dengan pengalaman itulah kita mampu menghadapi segala cabaran dan masalah baru yang timbul..setiap hari, nurul kena berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar..ada yang bagus, ada yang tak, biasalah tu kan..lumrah alam..kebanyakan pelajar baru ni memang bagus dari segi sikap mereka yang lebih menghormati pensyarah diorang..it's good lar kan..tapi kan kadang-kadang nurul rasa macam kesian dengan dyorang semua sebab nurul tak berapa baik dengan mereka..tak sama dengan senior dyorg..mb nurul takut..takut nak baik sangat dengan dyorang..takut apa yang terjadi dengan student sebelum ni, terjadi lagi..memang betullah kata orang, jangan terlalu baik dengan student, nanti dyorg naik kepala..lupa diri dan langsung tak ingat status dyorang dengan kita..hurm..

nurul mengaku yang nurul memang jenis yang tegas..terutamanya dalam bab2 belajar..sebab nurul mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar nurul..nurul mahu menjadi seorang pensyarah yang bukan sekadar masuk kelas mengajar, tetapi berbaik-baik dengan dyorang dan selami hati dyorg..pensyarah yang boleh menjadi tempat mereka meluahkan perasaan..tapi pada masa yang sama, perlu sedar akan batas-batas seorang pensyarah dengan pelajar-pelajarnya..nurul mengajar di tempat tuisyen dan kebanyakan daripada mereka selalu je menceritakan kisah mereka dengan guru disekolah..guru sekolah yang tak pandang dyorg..guru sekolah yang suka menuduh pelajar sendiri..entahlah, rasa kesian sangat tapi nurul tak berdaya nak menolong..hanya mampu mengajar di tempat tuisyen dan mendoakan yang terbaik buat mereka..

JANGAN PERNAH PERCAYA DENGAN PANDANGAN PERTAMA..pada awal perkenalan,memanglah semuanya baik, manis je..tapi bila kita yang tinggal bersama, makan bersama, lama kelamaan perangai sebenar akan keluar juga...tak gitu??orang yang hanya berjumpa dua tiga kali bolehlar kata, eh, dia ni baiklah..siap belanja aku makan lagi..hurm, familiar dengan situasi ni??hoho..tepuk dada, tanya selera..

korang pernah jumpa dengan kaunselor??kalau masih student, pernah jumpa dengan kaunselor sekolah??tau tak yang dyorg pun ada masalah masing-masing..nurul dulu pun masa kat sekolah pernah menjawat jawatan kaunselor muda...tapi nurul lasih lagi ada masalah dan masih lagi perlukan kawan-kawan untuk menangani masalah tersebut..itulah hidup kan..jangan terkejut kalau kaunselor dan cikgu ni ada yang tak peduli dengan anak-anak mereka..yang abaikan keluarga dan lebih pentingkan kerjaya mereka..ini benar-benar terjadi..huhu..

last but not least, student-student semua, anak-anak semua, kawan-kawan semua, adik-adik semua..HORMATILAH GURU KORANG..tak berkat hidup kamu kalau kecilkan hati guru kamu..kalaulah  cikgu atau pensyarah kamu kecewa dengan sikap kamu, sia-sialah apa yang kamu belajar (tiada keberkatan dalam ilmu)..dan yang paling menakutkan, sia-sialah hidup kamu..kamu hidup dengan ilmu yang guru atau pensyarah ajar..makanya, kalau ada buat salah silap dengan cikgu kamu, mohonlah keampunan dari dia..nurul pun sama.di kesempatan ini, nurul ingin memohon maaf kepada semua guru-guru nurul dari tak kisahlah yang mengajar secara formal ataupun tidak..ampunkanlah nurul sekiranya ada salah silap nurul..terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada nurul sehinggalah sekarang..jasa mu tidak terbalas..semoga Allah membalas jasa semua guru..amin..

ps: kecewa dengan student yang ego dan tak nak mengaku salah..hanya tau menyalahkan orang lain..



~~BICARA HATI~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..entry kali ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang tapi sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga orang di luar sana..kehidupan ini ada pasang surutnya..ada waktu gembira dan ada waktu sedih..waktu gembira bagi nurul??semestinya ketika nurul berada di UKM, menuntut ilmu bersama-sama dengan kawan seperjuangan..dalam ketika itu, banyak pengalaman yang dikutip..ada yang manis dan ada yang pahit..tetapi sebenarnya pengalaman itulah yang  mematangkan nurul selama ini..entry kali ini bukanlah bertujuan untuk menceritakan pengalaman nurul ketika sedang belajar dahulu, tetapi ingin berkongsi dengan korang semua cebisan hidup nurul sewaktu nurul bekerja..semoga korang semua terhibur..

doa orang yang teraniaya

alam pekerjaan nurul bermula di sebuah syarikat solar..disitulah nurul banyak menimba ilmu mengenai panel solar dan pembuatannya..malahan, nurul juga banyak menimba pengalaman baru dalam membuat projek yang diberikan untuk diselesaikan bersama-sama..nurul juga berpeluang untuk melawat tapak projek, bermesyuarat dengan 'orang besar ' dalam menguruskan sesuatu projek..syukur Alhamdulillah kerana nurul diberi kesempatan dan peluang untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai bidang solar dan juga alam pekerjaan..boleh dikatakan, alam pekerjaan ini jauh lebih memenatkan daripada belajar..

seterusnya, dalam bulan terakhir nurul praktikal disana, nurul telah mendapat beberapa tawaran kerja dan termasuklah kerja nurul sekarang..akhirnya setelah dipertimbangkan, nurul memilih kerjaya sekarang ini..bermulanya saat nurul menjadi pensyarah ialah pada 5hb 9 2011..dan sekarang sudah hampir 8 bulan nurul bekerja..banyak dugaan yang  berlaku sepanjang tempoh nurul bekerja..sungguh..tak terkata..tapi nurul tak suka memanjangkan isu..dan disebabkan itulah nurul turut memendam rasa..membiarkan semuanya berlalu dengan semangat bahawa thing are going to be better after this and truth will be known someday..itulah kata-kata yang selalu nurul ucapkan bagi mengatasi rasa sedih dan pedih hati nurul..

kadang-kadang tak terfikir di benak fikiran bahawa apa yang nurul lakukan akan menjadi bahan bualan manusia-manusia yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada akal fikiran..nurul sudah terkena..dan nurul maafkan..tetapi setelah kali kedua terkena dengan orang yang sama, tiada apa yang boleh dikatakan lagi..cukuplah, aku dah tak mahu menerimanya lagi..tak mahu terkena lagi..cukuplah..

pedih, perit, sedih dan kecewa dengan semua yang berlaku..mudahnya manusia membuat kesimpulan berdasarkan kata-kata yang berunsurkan fitnah tanpa menyelidiki terlebih dahulu..dengan satu perkataan boleh membunuh pandangan dan kepercayaan orang..dan dengan satu perkataan yang ditokok-tambah boleh  menjejaskan hubungan antara semua orang..janganlah biarkan hasad dengki menguasai diri..dan janganlah abaikan perasaan orang yang sentiasa menjaga hati dan perasaan kita..yang selama ini menyokong dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada kita..

nurul bukanlah seorang yang baik..nurul juga pernah membuat kesalahan..tetapi nurul cuba untuk berubah..berubah untuk kebaikan..memang benarlah kata pepatah..buat baik berpada-pada, buat jangan jangan sekali..semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa berada di dalam lindunganNya..amin..

di akhir kata, janganlah menganiaya seseorang itu kerana doa orang yang teraniaya akan termakbul..



..itu sahaja..jaga diri dan salam..





~~LUAHAN HATI YANG TERPENDAM~~



Assalamualaikum dan selamat menikmati hari yang indah buat lovey dovey semua..entry kali ni bukannya bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran bagi diri sendiri dan orang di luar sana..kisah ini berlaku pada diri sendiri..pedih, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku..mungkin orang tidak nampak kesedihan pada riak muka, tetapi hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini bila mengingatkannya..

kisah kehidupan nurul taklah sehebat kamu semua dan taklah semalang kamu semua..nurul cuba berfikir dengan mengatakan kisah hidupku ini tak lebih dan tak kurang dengan orang lain di luar sana cuma caranya yang tidak sama..mungkin..

nurul dilahirkan sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga yang agak besar..mengandungi 9 orang termasuklah kedua ibu bapa yang masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini..dengan 4 orang adik lelaki dan 3 orang adik perempuan..kami semua seperti adik beradik yang lain..bermain bersama-sama, bergaduh bersama-sama..nurul akui nurul bukanlah seorang kakak yang baik kerana nurul tidak mahu menjadi matang dalam isu kekeluargaan kecuali dalam isu pembelajaran..semasa belajar, nurul akan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..sanggup untuk turun naik bukit semata-mata untuk berjumpa dengan profesor bertanyakan satu soalan yang nurul tak boleh nak jawab..sangat-sangat berpuas hati apabila berjaya menyelesaikan satu soalan walaupun mengambil masa selama beberapa hari malah berminggu-minggu..tapi kalau bab-bab kekeluargaan, nurul jarang sekali nak menelefon ibubapa nurul semasa belajar..kerana bagi nurul mendengar suara ibu dan abah membuatkan nurul menangis setiap kali menelefon mereka..dan setelah itu, nurul tak boleh nak fokus dalam belajar..berbeza dengan kebanyakan kawan-kawan nurul, sekiranya mereka bergaduh dengan kekasih hati, mereka tidak boleh fokus untuk belajar, malah ada yang berniat untuk membunuh diri sekiranya kekasih tidak mengangkat panggilan telefon..Nauzubillah..nurul bersyukur kerana nurul tidak termasuk dalam golongan tersebut..bagi nurul, biar nurul berusaha sehabis daya mungkin bagi memperolehi kejayaan buat ibu bapa nurul..dan setelah mendapat dekan fakulti dan ijazah dalam sarjana muda fizik, nurul terharu bila abah mengatakan yang abah telah menempah frame untuk meletakkan sijil dekan dan gambar nurul bergraduasi..dan sudah pastinya frame yang ditempah sangat mahal..nurul menyuruh abah untuk membatalkan tempahan kerana tahu situasi keluarga yang lebih memerlukan banyak duit untuk persekolahan adik-adik..nurul hanya menyuruh abah membeli frame di kedai Mydin yang hanya berharga 11 ringgit..cukuplah untuk itu sahaja..peringatan itu lebih penting dari duit..


dan seterusnya, nurul diuji oleh Allah s.w.t, dimana kita sebagai umatNya akan sentiasa diuji..nurul kehilangan orang yang paling nurul sayang dalan hidup nurul iaitu arwah nenek sebelah ibu..akhirnya arwah nenek pergi meninggalkan kami semua pada hari jumaat setelah seminggu nurul pulang cuti semester tahun 1..dalam tempoh seminggu itu, nurul terpaksa menguruskan rumah kerana adik bongsu nurul iaitu humairah menghidap deman kavasaki dimana dia dimasukkan ke ICU dan sedang nazak..ramai yang mengingatkan adik yang akan pergi dahulu tetapi sebaliknya yang berlaku..dalam masa ditahan dalam wad, mama meminta kebenaran doktor  untuk membawa pulang adik untuk melihat jenazah nenek buat kali terakhir..nurul ialah orang yang paling dekat dengan arwah..arwah hanya akan makan ubat dan minum air jika nurul menyuruhnya berbuat sedemikian..ketika sibuk belajar, nurul akan sentiasa meluangkan masa untuk menelefon arwah menyuruhnya makan ubat dan minum air masak..arwah menghidap penyakit kanser pangkal rahim setelah lebih 10 tahun..setiap kali kimoterapi, nurullah yang akan menjaganya di hospital sehinggakan doktor disitu sudah cukup kenal dengan nurul..segala impian dan hajat hidup nurul adanya arwah nenek..tetapi bila arwah pergi, nurul kehilangan punca,,tidak mempu untuk menerima kenyataan bahawa nenek telah pun tiada..pembelajaran semakin merosot..ketika itulah juga kawan yang nurul anggap sebagai kawan baik ketika itu menikam nurul dari belakang dan pergi meninggalkan nurul..sewaktu bersamanya, nurul terkejut kerana setelah mengetahui bahawa sebelum ini dia juga pernah meninggalkan kawan baiknya yang selama ini sentiasa berada di sampingnya demi kawan baru..keyakinan nurul semakin merosot dan syukur Alhamdulillah, nurul berjaya menemukan seorang kawan yang sentiasa memotivasikan nurul dan menerima nurul seadanya..dan sekarang dialah kawan baik nurul..nurul bersyukur kerana mengenalinya..kawan senang dicari tetapi kawan sejati sukar diperolehi..nurul bersyukur kerana nurul telah menjumpai kawan sejati..susah untuk mengenali hati budi seseorang itu tetapi kawan nurul ini cukup kenal dengan nurul walaupun dengan hanya melihat mata kerana mata itu boleh berbicara..susah senang kami hadapi bersama..dan dia juga merupakan pembakar semangat nurul untuk berusaha menjadi lebih baik..kami berjaya mendapat dekan dan 4 flat dalam peperiksaan dan dia telah menyambung pengajian dalam master fizik dan sekali lagi merangkul 4 flat bagi semester 1..nurul begitu bangga dengan dia kerana dalam masa dia yang baru berkahwin dan sedang mengandung anak pertama, dengan bilik yang begitu kecil..hanya menaiki motor untuk ke kuliah..dia sangat tabah dalam menjalani kehidupannya...kami berkongsi masalah bersama-sama, menyelesaikannya bersama-sama..bertahan dan bersabar dengan perangai masing-masing dan akhirnya kami sama-sama merindui..



setelah habis belajar selama 3 tahun di bumi UKM, nurul telah mendapat tawaran kerja..syukur Alhamdulillah rezeki Allah..nurul tak pernah sekali mencari kerja tetapi kerja itu datang dengan sendiri..dengan tawaran kerja semasa praktikal lagi datang bertalu-talu membuatkan nurul pening dan buntu untuk menerima yang mana satu..tetapi setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya nurul memilih kerjaya sebagai pensyarah..sebagai pensyarah di negeri orang, nurul cuba buat yang terbaik..pada bulan pertama bekerja, boleh dikatakan setiap hari nurul menangis dalam tandas kerana tertekan dengan suasana bekerja..tertekan kerana rindu dengan zaman belajar..rindu dengan UKM, rindu dengan kawan baik..rindu dengan rumah..rindu dengan adik-adik...kadang-kadang nurul terfikir, baik sangatkah aku untuk dijadikan role model untuk berdengki??cantik sangatkah aku sehinggakan yang menegur pun terkena tempias..kita bagi madu, dia bagi racun..banyak hal yang berlaku ketika bekerja..ditikam dari belakang..dengan masalah pelajar..nurul susah sangat nak percayakan orang..berdasarkan pengalaman lepas, kepercayaan seseorang boleh disalah ertikan buat kepentingan sendiri..tak sangka sekali yang nurul akan terkena sekali lagi..ditikam dari belakang setelah apa yang nurul lakukan pada dia..setelah nurul kehilangan adik..kerana meninggal..Ya Allah, berat sekali dugaan ini..setiap hari nurul rindukan arwah adik..setiap kali naik bas untuk pulang ke rumah, setiap kali itulah air mata tumpah mengingatkan yang nurul tak boleh berjumpa lagi dengan arwah walaupun nurul berada di rumah..my sweet little boy..i miss u so much..

kadang-kadang tak terfikir dek akal kenapa wujudnya hasad dengki pada diriku sedangkan nurul bukanlah seorang yang cantik, baik mahupun bijak..nurul hanyalah seorang yang wanita biasa yang setiap hari berusaha mencari diri sendiri dan menilai apa yang baik dan apa yang buruk kelakuan nurul pada setiap hari..setiap hari sebelum tidur, nurul akan muhasabah diri apa yang nurul telah lakukan pada hari ini..apa kejayaan yang nurul capai pada hari ini..dan kenapa masih ada segelintir manusia yang dengki dengan diriku??pelik..tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti, nurul akan menjadi bahan dengkian orang..apa yang nurul banyak belajar sepanjang tempoh bekerja ialah buat kerja dengan bersungguh-sungguh,,jangan tangguh kerja..dan nurul seorang yang paling pantang dengan orang yang kurang ajar dan hipokrit..tolonglah wahai manusia, gunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya..wajarkah kamu untuk bermuka-muka dengan manusia lain??di akhirat nanti, segala kebenaran akan terbongkar dan pada masa itu, lebih ramai umat manusia yang bakal menjadi saksi atas perbuatanmu di dunia ini..


mengenai kisah adik nurul yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 26hb 11 2011..kami semua tidak pernah menjangka bahawa arwah yang kan pergi dahulu dan begitu cepat arwah meninggalkan kami..pada usia 15 tahun dan sedang menunggu keputusan PMR, arwah aliff pergi meninggalkan kami..arwah seorang yang dari kecil memang dikenali sebagai budak genius kerana pandai dalam serba-serbi..setiap semester arwah akan mendapat anugerah pengetua..mendapat pelajar terbaik..menjadi imam di sekolahnya, MRSM KK..aktif dalam sukan..tapi Allah lebih sayangkan dia..sepanjang proses menanti jenazah arwah, abah dan nurul yang membuat pengecaman..pedih, perit tetapi sebagai anak sulung, nurul kuatkan hati, tabahkan diri untuk terus bertahan sehinggalah jenazah selesai dikebumikan..sehingga sekarang hampir genap 5 bulan arwah meninggalkan kami, kami masih lagi terasa kehadirannya..arwah sentiasa dalam hati kami sekeluarga..dan setiap kali nurul teringatkan arwah, air mata mengalir..ini merupakan tahun pertama  nurul menyambut sambutan hari jadi tanpa arwah disisi..nurul seorang yang mementingkan keluarga, kesan kepada nurul sangatlah besar..apa yang nurul fikir ialah untuk ibubapa dan adik-adik nurul..biarlah mereka mendapat kebahagian dan kejayaan melebihi daripada apa yang nurul dapat sekarang..nurul bangga mempunyai kalian semua..

 
sepanjang bergelar sebagai seorang pensyarah, banyak yang sudah dilalui..hubungan dengan pelajar boleh dikatakan bagus sehinggalah ada yang membuat onar..biasalah, lumrah kehidupan..tidak boleh senang dengan kejayaan atau hubungan orang lain..tetapi, nurul akan sentiasa mempertahankan pelajar-pelajar nurul walaupun mereka tidak mengetahui dan tidak mengerti keadaan sebenar..semoga pelajar-pelajar nurul sentiasa bersemangat dan berjaya dalam kehidupan..amin..

nurul bangga dengan kehidupan nurul sekarang..nurul bangga menjadi anak sulung bagi ibu bapa nurul..nurul sayang ibu bapa nurul..nurul sayang adik-adik nurul dan nurul sayang denga kolej nurul..kolej kami ialah kolej terbaik dan sentiasa akan menjadi yang terbaik...

ps: saya.bukan.manusia.sempurna








~~TAWARAN HEBAT DARI LADANG~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian..teruja tak tengok tajuk entry kali ni???hehehe..nurul dengan berbesar hatinya mahu menolong korang semua untuk mendapatkan kesihatan yang baik..malah bertambah baik..korang semua ada alahan kulit???penyakit gatal-gatal ataupun tak cukup nutrien???haa..korang bolehlah  dapatkan 4LIFE TRANSFER FACTOR ni..banyak sangat khasiatnya...student???lagilagi lah digalakkan..bagus untuk meningkatkan stamina dan kecerdasan otak...kalau korang nak tau lebih lanjut. korang kliklah sini ea..


dan kalau korang berminat, korang boleh terus pm kawan nurul ni..actually, nurul tolong promote je..nurul tak jual pun..tolong kawan kan..hee..korang klik fb dia k..kat bawah ni..


nama kawan nurul ni : FAZRIN..nanti dy boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi pasal tramsfer factor ni..kalau korang tanya pendapat nurul, nurul memang suggest habes-habesan untuk korang semua amek suplemen ni..lagipun, untuk kesihatan kan..memang lah semua nak yang terbaik kan???lagipun, kesihatan ni tak boleh dibeli dengan duit semua tu...so, apa tunggu lagi, jom pakat-pakat beli transfer factor tu!!ngee..

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: jangan lupa klik my nuff k..tq so much!!


~~BERBAHAGIALAH WAHAI ANAK2 SULUNG~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian..nurul rasa terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua mengenai artikel yang nurul baca ni..sangat menyentuh perasaan..almaklumlah, nurul ni anak sulung..so, sedikit sebanyak, memang terkena batang hidung..oklah..semoga korang semua terbuka hati untuk membaca kisah menarik ni..
"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".

Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?


Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.


Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?


Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??


Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?


Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.


Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah..
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil


Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

haaa!!amacam???tersentuh hati tak??nurul menangis baca artikel ni..teringat susah payah nurul dari kecil sampai sekarang terutamanya masa belajar dulu..dan sekarang bila dah kerja, keutamaan nurul hanyalah pada ibu bapa dan adik-adik nurul..kalau urusan keluarga, nurul yang uruskan..urusan pendaftaran sekolah adik, akaun bank adik, kereta..macam-macam lagi lah..tapi satu je yang buatkan nurul boleh bertahan ialah perasaan setelah berbakti untuk keluarga..rasa bahagia tau..sangat!!kalaulah ada orang yang cuba cari pasal dengan keluarga nurul, nurul memang tak akan diamkan diri..memang akan fight untuk mencari keadilan..sekarang nurul bersyukur sangat-sangat sebab adik-adik nurul semuanya berjaya..nurul dapat 4 flat dan dekan UKM, adik bawah nurul dapat dekan dalam kejuruteraan kimia, yang terbaru ni, adik laki dapat 8A+ SPM, sorang lagi dapat pelajar terbaik dan 8A PMR..syukur Alhamdulillah..Allah itu Maha Adil..segala yang Dia lakukan memang yang terbaik..
~~semoga bermanfaat..take care~~
ps: plis klik my nuff k..nk bawa pg haji..insyaAllah..sama2lah doakan ye..



~~KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM~~


Assalamualaikum dan hi earthlings..entry kali ni direquestkan oleh my bestfriend yang sekarang ni sedang mengandung anak sulung..semoga dia berpuas hati dan nurul mendoakan hanya yang terbaik buat dirinya, anaknya dan familynya..InsyaAllah..



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil..
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari..
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji..

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat..

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

oklah..semoga akmal dan hami mendapat baby yang sihat dan comel just like both of u..can't wait 2 see ur baby..

pesanan iklas: jaga anak dengan baik k..berikan didikan agama dari awal lagi..hehe

~~semoga bermanfaat..take care~~




~~DRAMA KOREA TERHANGAT DI PASARAN~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey sekalian..korang semua apa khabar??may all of u have a blessing day today an forever..insyaAllah..

sekarang ni kan musim batuk selsema..ramai sangat yang kena penyakit ni..so, diharapkan korang semua berjaga-jaga dan amalkan makan makanan yang mengandungi banyak vitamin c k...hehe..

sebenarnya entry kali ni, nurul nak bercerita mengenai korean latest drama..siapa yang suka tengok citer korea???rasanya ramai kot yang memang dah fanatik dgn korea ni..termasuklah k-pop, fesyennye..semuanya kalau boleh nak korea...ada jugak yang jadikan impian mereka untuk menetap di korea dan berkahwin dengan orang korea..inilah penangan hallyu wave..hehe..oklah..tanpa melengahkan masa lagi, inilah senarai korean drama yang nurul tunggu-tunggukan tahun ini..serious best siot!!!!!

1) ROOFTOP PRINCE
haaa...korang kenal dengan JYJ YOOCHUN???nurul minat giler2 dengan mamat ni..siyes...kali ni dia akan berlakon bersama-sama dengan HAN JI MIN...memang siyes comel sangat citer ni..korang layan lar teaser dy ni k..memang funny lol..~~
ok..so how???this is the most anticipating drama for me..i really can't wait 2 watch this..hihi..


sorry, teaser dlm bahasa arab..x boleh nak upload teaser yang eng sub..kalau korang nak tengok, teaser dlam eng sub, add nurul dlm fb k..hehe~~

2) KING 2 HEART
ok..yang ni pulak LEE SEUNG GI (mc STRONG HEART dan co-actor MY GIRFRIENS IS A GUMIHO)   yang jadi hero..hehe..heroinnya..HA JI WON (SECRET GARDEN)..cuba korang bayangkan best actor meet best actress..pergh!!!terbaik r!!!~~


3)  LOVE RAIN
siapa peminat SNSD???hehe...korang tunggulah ye..the goddess YOONA (CINDERELLA'S MAN) berlakon sebagai heroin kepada JANG GEUN SUK (MARRY ME MARY)..memang best lar citer ni..jom kita sama-sama nantikan k!!


ok..so, amacam??terbaik kan??tak sabar rasanya nak tunggu drama ni on air..hehe...terbaik!!!

~~take care~~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...