Followers

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

~~CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN..MARI AMALKAN~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua warga bumi..semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya...InsyaAllah..

SubhanaAllah..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Allah swt masih lagi memberi kita peluang untuk menghirup udara yang segar ini..free of charge pula tu..hehe..oklah..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua 6 cara untuk meningkatkan daya ingatan..semua ini boleh diamalkan tetapi jangan lupa untuk sentiasa basahkan bibir dengan berzikir dan membaca Al-Quran kerana amalan itulah yang lebih mujarab..

1. BANGUN PAGI DAN CIUM ROSEMARY
Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian..
- Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak berbau, beberapa bilik dengan bebauan dari minyak aroma rosemary, dan selebihnya bekerja dengan bebauan minya lavender.
- Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan bauan minyak aroma rosemary mempunyai keputusan yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih buruk dalam hal kerja ingatan..
 - Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan)..
- yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.

2. MAKANAN UNTUK BERFIKIR
- Untuk menjaga ingatan tetap muda meskipun otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
- Antioksidan = molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut sebagai ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah..
- Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak..
 sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega-3.. 
- supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak..
- omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan

3. KUNYAH GULA-GULA GETAH
Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggeris mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka panjang dan jangka pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa..
- tindakan mengunyah gula-gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyutan jantung, atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak (hippocampus) yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.

4. PERMAINAN OTAK
- Sebuah program Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintis saraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka..
- Sudoku dan teka-teki silang boleh menambah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di dalam otak saling bersambungan..

5. TIDUR
- Dalam kajian menggunakan tikus, ketika tikus tidur, dua kawasan di otak iaitu hippocampus dan medial prefrontal cortex, iaitu kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu..
- Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk..

6. BERJALAN KAKI
- Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring  dengan usia..
- Namun kajian pada tahun 2011 menyatakan orang dewasa yang beranjak tua yang sentiasa berjalan kaki dapat mempertahankan aktiviti hippocampus..
Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun; Mereka melakukan aktiviti berjalan kaki tiga kali seminggu selama 40 minit..

-  Aktiviti ini berjaya meningkatkan denyut jantung mereka..
- Peserta lain dengan jumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan,dalam tempoh yang sama..
- Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang 1 peratus daripada volumenya, secara purata..
- Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan kira-kira 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus ,membalikkan penuaan semulajadi hippocampus selama dua tahun..
- Ilmuwan percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak..
-  Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~KELEBIHAN BERWUDHU' SEBELUM TIDUR~~


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat kalian semua..kalian semua apa khabar? semoga kalian semua sihat walafiat dan sentiasa diredhai Allah SWT selalu..

kali ni, nurul  ingin berkongsi satu pengisian rohani yang bagus untuk kita semua iaitu kelebihan berwudhu' sebelum tidur..semoga kita cuba mengamalkannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah..


Rasulullah SAW bersabda : 
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci." (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Pertama
Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.

Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua
Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga
Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: Selamat Hari Raya AidilFitri..nurul mohon maaf sekiranya nurul ada berbuat salah kepada kalian semua..dan seandainya ilmu yang diberi ada khilafnya, maafkan nurul,,yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari khilaf nurul sendiri..semoga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah selalu..Amin~~







~~APA YANG BERLAKU KETIKA MEMBUNYIKAN JARI JEMARI~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua..untuk pengetahuan korang, nurul akan sambung pelajaran dalam peringkat Master in Physics kat UKM bermula bulan September ni..perasaan????berbaur-baur..tak sabar nak pergi belajar..rindu sangat dengan suasana belajar..bagi nurul, belajar lebih baik dari bekerja..ahaks..iyelar kan..stress belajar tak sama dengan stress bekerja..nurul sekarang dah bekerja sebagai Pensyarah selama dua tahun..baru lagi tuu..and banyak yg nurul belajar..diharapkan urusan Master nanti dipermudahkan Allah..Amin..

oklah..nurul nak tanya sikit..korang pernah tak patah-patahkan jari jemari korang.. i mean, bukan patahkan terus jari tu tapi bunyi-bunyikan dia..biasanya orang buat bila dah lama sangat mengadap komputer..nak rileks-rielks bila dah abes waktu bekerja..nurul pun pernah buat tapi nurul berazam nak cuba kurangkan buat tu lagi..sebab bahaya..nak tau apa yang bahayanya??let's check it out..

- Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari bila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher..
- kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana..
- pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak..
- Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan..


- Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.

- Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.
- Saat anda menarik jari, hal ini membuat 
ruang sendi makin besar..
- Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun..
- Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam..
- Ketika tekanan menurun, muncullah gelembung (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat..
- Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama..
-Gelembung itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar..
- Kerana ruang sendi diisi oleh gelembung, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula..
Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua..
- Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang..
-Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya..
- Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka..
- Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya..- Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang..

so, diharapkan kita semua dapat menahan diri daripada membunyikan sendi sendi kita ye..

~~semoga bermanfaat..take care~~

pembetulan: apa yang ditulis disini adalah sekadar kajian..ada juga yang mengatakan hanya bunyi gas sahaja yang didengari tetapi penyakit sendi tidak akan berlaku..khilaf itu datang dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT..mohon maaf kerana terdapat kekeliruan disitu..

boleh rujuk: scientific american

~~KENAPA MENGUAP BOLEH BERJANGKIT??~~


Assalamualaikum dan hi semua!!baru-baru ni nurul dengan kawan-kawan nurul ada bercakap pasal menguap..diorang tertanya-tanya kenapa kita menguap..dan yang peliknya, menguap ni boleh berjangkit pulak..ada something special ke dengan menguap ni??so, bagi menjawab pertanyaan kawan nurul tu..sini nurul nak kongsi dengan korang semua kenapa menguap boleh berjangkit..

menguap adalah proses yang tidak dapat dikawal (involuntary process) yang membuatkan kita  menyedut nafas secara mendalam, meregangkan otot di sekitar telinga dan diakhiri dengan hembusan nafas..
Terdapat beberapa teori mengapa manusia menguap..

 1. Teori fisiologi
Dikatakan menguap mampu menarik lebih banyak oksigen ke dalam badan dan membuang pembentukan karbon dioksida yang berlebihan. Persoalannya, jika menguap mampu menyedut lebih banyak oksigen, yang anehnya tidak pula kita menguap semasa sedang bersenam? Menurut kajian seorang saintis neuro, bekalan oksigen tambahan atau mengurangkan bekalan karbon dioksida tidak akan mencegah perbuatan menguap.
2. Teori bosan

Kita cenderung untuk menguap semasa kita bosan menunggu giliran membayar bil air atau bil elektrik di pejabat pos, berada dalam trafik kesesakan lalu lintas. Tetapi  teori ini tidak menjelaskan kenapa atlet suka menguap sebelum bermulanya pertandingan. Ini membawa kepada teori seterusnya..

3. Teori menyejukkan otak (brain-cooling theory)
Menguap sedikit sebanyak mampu membekalkan aliran keluar masuk oksigen ke dalam otak melalui saluran darah. Suhu otak akan lebih sejuk dan ini mampu membantu menajamkan fikiran dan seseorang itu kembali fokus. Secara tidak langsung, menguap membantu kita untuk lebih berjaga-jaga. Bayangkan jika satu kelompok menguap serentak, maka semua orang akan lebih alert sama ada dalam menentang musuh atau fokus di dalam kelas.


Kenapa menguap boleh berjangkit?
Ini semua adalah kerana mirror neuron (neuron yang menyebabkan satu makhluk dalam satu spesis yang sama mengajuk perbuatan masing-masing). Jadi tidak salahlah jika dikatakan manusia itu suka meniru perbuatan orang lain kerana mereka memang dilahirkan, diimplantkan sebegitu..
- Kajian mendapati mereka yang menghidapi penyakit autism (tidak mempunyai social skill yang baik) tidak banyak 'mangajuk' perbuatan menguap ini. Oleh itu, ini menyokong bahawa teori menguap berjangkit ini juga bergantung kepada keboleh upayaan empati (perasaan) seseorang..

nak tau lebih lanjut lagi pasal mengantuk ni...tekan KENAPA KITA MENGUAP..
~~oklah..semoga bermanfaat...take care~~

~~MENGAPA PERUT BERBUNYI KETIKA LAPAR??~~

Assalamualaikum dan hi my lovey dovey semua..korang semua apa khabar?? semoga sihat2 semuanya k!!kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu fakta menarik..pernah tak perut korang berbunyi-bunyi bila lapar??kadang-kadang tu siap bergendang-gendut lagi dalam perut tu..jom kita kaji kenapa perut berbunyi-bunyi bila lapar...

1) sebenarnya, rasa LAPAR TIDAK ada kaitan langsung dengan PERUT KOSONG...
2) rasa LAPAR datang ketika: BAHAN2 YANG BERGIZI HILANG di dalam darah..
3) bila itu terjadi, PEMBULUH-PEMBULUH DARAH akan menghantar signal ke bahagian  OTAK yang bernama PUSAT RASA LAPAR..
4) PUSAT RASA LAPAR bertindak seperti BRAKE atau ALAT PENAHAN..
5) selama mana DARAH MENDAPAT MAKANAN YANG CUKUP, maka PUSAT LAPAR akan MEMPERLAMBATKAN GERAKAN PERUT..
6) sekiranya GIZI MAKANAN HILANG DARI DARAH, PUSAT RASA LAPAR akan membuat PERUT semakin AKTIF..
7) ketika LAPAR, PERUT MENJADI KOSONG  tetapi setelah MAKAN, PERUT akan menjadi PADAT..
8) setelah 6 JAM kemudian, HAMPIR SEMUA MAKANAN yang masuk tadi DICERNAKAN..
9) akhirnya, makanan sudah tiada dan yang tinggal hanyalah RUANG UDARA..
10) PERUT & USUS yang sentiasa BERGERAK, membuatkan UDARA YANG ADA SENTIASA BERPUSAR-PUSAR dan menghasilkan BUNYI..
11) BUNYI dihasilkan ketika waktu LAPAR & TIDAK LAPAR..

haaa!!!da tau kan??so, lepas ni, jangan lak kata perut berbunyi tu tandanya lapar..tak de kena mengena pun dengan lapar ke tidak..hehehe...

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: terima kasih banyak2 buat semua yang dah tekan nuff nurul...syukur Alhamdulillah, duit nuff da dapat..and nurul nak kotakan janji nurul..duit tu nurul kasi kat mak abah nurul sebab bulan 9 ni, InsyaAllah, mereka akan pergi Makkah buat haji..walaupun sedikit, at least ada kan..hehe..terima kasih ye semua!!!!~~

~~NAMA LAIN BAGI BABI~~


Assalamualaikum wbt dan hello semua..i'm back again with lots of info to be share..so, stay tune..ahakz!!

korang suka tak tengok rancangan masakan??nurul suka!!terutamanya channel 703 dan 707..macam2 masakan nurul dapat belajar dari chef yang memang pakar lah..antaranya Anna Olson, Jimmy Oliver, Chuck, Buddy, Nigella dan banyak lagi..tapi kan, dyorang ni semua chef oversea..so, kebanyakan masakan dyorg menggunakan bahan2 yang kita sebagai umat Islam tak boleh guna..contohnya, pork ataupun wine..apa yang nurul perasan, banyak sangat jenis-jenis daging babi yang dyorang guna..so, nurul trylah godek-godek pakcik Google mencari nama2 lain bagi daging babi..here it comes..i present to all of u other names of pig...


1) PORK
- daging babi dalam masakan

2) SWINE
- keseluruhan spesies babi

3) PIG
untuk seekor babi
bermaksud babi muda, berat kurang 50kg

4) HOG
babi dewasa, berat melebihi 50kg

5) PORCINE
sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi
digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi

6) BOAR
- babi liar

7) SOW
babi betina dewasa yang jarang digunakan

8) LARD
Lemak babi
digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun

9) BACON
daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam
 juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi

10) HAM
Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan

diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat bagi semua kawan-kawan nurul diluar sana..semoga kita semua terhindar dari memakan makanan yang haram..jaga akidah kita ye..

~~take care~~

~~KEINDAHAN BUNGA LAVENDER~~


Assalamualaikum dan hello semua..lama kan nurul tak berentry-entry??sibuk sangat..sory ye geng!!kali ni nurul akan cuba post entry sebanyak yang mungkin ok!!hee~~

sekarang ni, nurul sedang belajar crochet..so, dah banyak projek yang nurul buat..headband, phone case, bag, bekas botol air..nurul happy sangat2 dapat belajar crochet..dah lama sangat nurul nak belajar tau..baru sekarang jumpa seorang hamba Allah yang bernama Kak Mira sanggup ajar nurul..free of charge pulak tu...semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezekinya..Amin..InsyaAllah, ada masa nanti, nurul upload gambar-gambar project nurul k..

so, kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua kecantikan dan keunikan bunga lavender..cantik sangat tau.. tapi sayang, kat Malaysia ni, bunga lavender tak boleh ditanam sebab cuaca kita yang tak mengizinkan..tapi takpelah, tengok gambar pun jadi gak..hehe..semoga kita semua boleh mendapat iktibar dari ciptaan Allah swt ini..

- Lavender aka lavendel aka Lavandula = sejenis tumbuhan berbunga dalam suku Lamiaceae yang memiliki 25-30 spesies..
berbentuk kecil dan berwarna ungu..
mengandungi linalool..
- berasal  dari = wilayah selatan Laut Tengah sampai Afrika tropis dan ke timur sampai India.. 
- Tanaman ini juga tersebar di Kepulauan Canaria, Afrika Utara dan Timur, Eropa selatan (terutama Perancis selatan), Arabia, dan India..
- tumbuh liar di daerah di luar daerah di tempat asal..

- KHASIAT
 = bunganya boleh digosok-gosok ke tubuh untuk mengelakkan gigitan nyamuk
salah satu dari dua belas minyak esensial dalam aromatherapi..
digunakan untuk menyeimbangkan kelembapanan kulit, sekaligus menyejukkan dan menghaluskannya..
memiliki khasiat menurunkan stress..
mengandung antiseptik yang boleh membunuh kuman dan bakteria..
 sebagai pembersih dan pengharum lantai..






















SubhanaAllah..Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan begitu indah sekali..

~~semoga terhibur...take care~~

~~KENAPA DARAH KELUAR BILA GOSOK GIGI??~~


Assalamualaikum dan hi earthlings...harap korang semua sihat walafiat..In Sya Allah..kali ni nurul nak bercerita pada korang kenapa bila gosok gigi..darah keluar???familiar tak dengan situasi ni???well..jom kita selidik mengapa terjadi sedemikian..

1. Berus gigi

Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft'. Selain itu, tukarlah berus gigi setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai..

2. Cara menggosok gigi

Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah. Kita harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi. Pastikan menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi)..

3. Gingivitis@ Gusi bengkak

Jika telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi masih berdarah ketika memberus gigi, gigi mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.

Ia terjadi akibat jangkitan bakteria yang terkandung di dalam plak yang terkumpul pada gigi. Bakteria-bakteria ini menghasilkan asid dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan gusi. Cara untuk mengatasinya, anda harus lebih meningkatkan prosedur menjaga kebersihan gigi anda. Anda sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan floss dan cecair kumur di samping menggosok gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).


Jika plak telah bertukar menjadi tartar @ karang gigi, masalah akan menjadi lebih teruk kerana plak akan lebih mudah terkumpul di kawasan tersebut. Jadi, anda disarankan untuk membuat rawatan 'scaling'@ cuci gigi bagi membuang tartar@karang gigi (2 kali setahun). Selepas itu, In Sya Allah, gusi akan menjadi lebih sihat dan tidak berdarah..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~KHASIAT KACANG BOTOL~~


Assalamualaikum dan hello semua!!!lama tak berentry-entry ni kan??huhu..so, kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua khasiat kacang botol..kenal tak dengan ulam yang best ni??hehe..kalau kat rumah nurul, memang ada je kacang botol ni..kitaorang tanam..makan gitu jek..memang best!!crunchy gitu..hehe..


-  biasanya  dijadikan ulam bagi masyarakat melayu.
- Psophocarpus tetragonolobus =  nama botani 
- tumbuh secara menjalar.
- Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda atau hijau gelap.
- sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.


 khasiat kacang botol ialah:
-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.

-Ia mempunyai banyak protein.
-Daunnya mempunyai 5-7% protein,vitamin A,vitamin C dan garam galian.
-Kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-Kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
-Akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-Air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-Daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-Kacang botol mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

haa!!da tau kan??so, jomlah kita ramai-ramai cuba semaikan amalan makan ulam ni..banyak khasitanya..awet muda lagi..dapat mencegah kanser lagi..hee..

thats all..tq and take care my precious friends

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...