Followers

~~APA YANG BERLAKU KETIKA MEMBUNYIKAN JARI JEMARI~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua..untuk pengetahuan korang, nurul akan sambung pelajaran dalam peringkat Master in Physics kat UKM bermula bulan September ni..perasaan????berbaur-baur..tak sabar nak pergi belajar..rindu sangat dengan suasana belajar..bagi nurul, belajar lebih baik dari bekerja..ahaks..iyelar kan..stress belajar tak sama dengan stress bekerja..nurul sekarang dah bekerja sebagai Pensyarah selama dua tahun..baru lagi tuu..and banyak yg nurul belajar..diharapkan urusan Master nanti dipermudahkan Allah..Amin..

oklah..nurul nak tanya sikit..korang pernah tak patah-patahkan jari jemari korang.. i mean, bukan patahkan terus jari tu tapi bunyi-bunyikan dia..biasanya orang buat bila dah lama sangat mengadap komputer..nak rileks-rielks bila dah abes waktu bekerja..nurul pun pernah buat tapi nurul berazam nak cuba kurangkan buat tu lagi..sebab bahaya..nak tau apa yang bahayanya??let's check it out..

- Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari bila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher..
- kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana..
- pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak..
- Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan..


- Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.

- Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.
- Saat anda menarik jari, hal ini membuat 
ruang sendi makin besar..
- Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun..
- Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam..
- Ketika tekanan menurun, muncullah gelembung (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat..
- Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama..
-Gelembung itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar..
- Kerana ruang sendi diisi oleh gelembung, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula..
Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua..
- Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang..
-Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya..
- Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka..
- Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya..- Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang..

so, diharapkan kita semua dapat menahan diri daripada membunyikan sendi sendi kita ye..

~~semoga bermanfaat..take care~~

pembetulan: apa yang ditulis disini adalah sekadar kajian..ada juga yang mengatakan hanya bunyi gas sahaja yang didengari tetapi penyakit sendi tidak akan berlaku..khilaf itu datang dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT..mohon maaf kerana terdapat kekeliruan disitu..

boleh rujuk: scientific american

4 comments:

  1. uiii...memang selalu buat ni. dah jadi tabiat. kalau tak buat rasa lengoh plak. huhu. info yang baik. lepas ni tak buat dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dgn nurul..
      cuba ubah perlahan-lahan..
      insyaAllah boleh kekalkan..

      Delete
  2. Bagi saya ini hanyalah mitos dan kajian perubatan pernah djialankan untuk membuat korelasi diantara 'knuckles cracking' dengan artritis.

    Info lanjut boleh didapati dari sini, http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=crack-research

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for da info..
      insyaAllah..
      nurul akan cuba tengok dan perbaiki sekiranya ada yg salah..
      ~~

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...