Followers

Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

~~KELEBIHAN BERWUDHU' SEBELUM TIDUR~~


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat kalian semua..kalian semua apa khabar? semoga kalian semua sihat walafiat dan sentiasa diredhai Allah SWT selalu..

kali ni, nurul  ingin berkongsi satu pengisian rohani yang bagus untuk kita semua iaitu kelebihan berwudhu' sebelum tidur..semoga kita cuba mengamalkannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah..


Rasulullah SAW bersabda : 
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci." (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Pertama
Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.

Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua
Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga
Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: Selamat Hari Raya AidilFitri..nurul mohon maaf sekiranya nurul ada berbuat salah kepada kalian semua..dan seandainya ilmu yang diberi ada khilafnya, maafkan nurul,,yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari khilaf nurul sendiri..semoga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah selalu..Amin~~







~~KENAPA DARAH KELUAR BILA GOSOK GIGI??~~


Assalamualaikum dan hi earthlings...harap korang semua sihat walafiat..In Sya Allah..kali ni nurul nak bercerita pada korang kenapa bila gosok gigi..darah keluar???familiar tak dengan situasi ni???well..jom kita selidik mengapa terjadi sedemikian..

1. Berus gigi

Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft'. Selain itu, tukarlah berus gigi setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai..

2. Cara menggosok gigi

Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah. Kita harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi. Pastikan menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi)..

3. Gingivitis@ Gusi bengkak

Jika telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi masih berdarah ketika memberus gigi, gigi mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.

Ia terjadi akibat jangkitan bakteria yang terkandung di dalam plak yang terkumpul pada gigi. Bakteria-bakteria ini menghasilkan asid dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan gusi. Cara untuk mengatasinya, anda harus lebih meningkatkan prosedur menjaga kebersihan gigi anda. Anda sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan floss dan cecair kumur di samping menggosok gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).


Jika plak telah bertukar menjadi tartar @ karang gigi, masalah akan menjadi lebih teruk kerana plak akan lebih mudah terkumpul di kawasan tersebut. Jadi, anda disarankan untuk membuat rawatan 'scaling'@ cuci gigi bagi membuang tartar@karang gigi (2 kali setahun). Selepas itu, In Sya Allah, gusi akan menjadi lebih sihat dan tidak berdarah..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~KHASIAT BUAH EPAL~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..korang semua tengah buat apa tu??semoga korang semua ceria2 selalu k..

so, this time i'm going to shareto all of you khasiat buah epal..korang kenal kan dengan buah epal??ni haa..hee


ini ke buah epal???naaa!!ini buah dabai lar..totally bluffing..

haa...ni lar baru betul buah epal!!gaaa!!

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut..

digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya..

Epal hijau boleh membantu mencegah:

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Membantu kesihatan membran paru-paru
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
Membantu mengekalkan berat badan
Mengurangkan tekanan penyakit asma
Mengurangkan risiko barah

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik..

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit..

so, apa tunggu lagi kawan2..jom kita berlari beli epal sekrang juga!!hehe..

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: kliklah my nuff k..hee~~





~~TAWARAN HEBAT DARI LADANG~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian..teruja tak tengok tajuk entry kali ni???hehehe..nurul dengan berbesar hatinya mahu menolong korang semua untuk mendapatkan kesihatan yang baik..malah bertambah baik..korang semua ada alahan kulit???penyakit gatal-gatal ataupun tak cukup nutrien???haa..korang bolehlah  dapatkan 4LIFE TRANSFER FACTOR ni..banyak sangat khasiatnya...student???lagilagi lah digalakkan..bagus untuk meningkatkan stamina dan kecerdasan otak...kalau korang nak tau lebih lanjut. korang kliklah sini ea..


dan kalau korang berminat, korang boleh terus pm kawan nurul ni..actually, nurul tolong promote je..nurul tak jual pun..tolong kawan kan..hee..korang klik fb dia k..kat bawah ni..


nama kawan nurul ni : FAZRIN..nanti dy boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi pasal tramsfer factor ni..kalau korang tanya pendapat nurul, nurul memang suggest habes-habesan untuk korang semua amek suplemen ni..lagipun, untuk kesihatan kan..memang lah semua nak yang terbaik kan???lagipun, kesihatan ni tak boleh dibeli dengan duit semua tu...so, apa tunggu lagi, jom pakat-pakat beli transfer factor tu!!ngee..

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: jangan lupa klik my nuff k..tq so much!!


~~BAHAYA BAHAN KIMIA DALAM KOSMETIK~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..nurul ada baca banyak testimoni pasal keberkesanan baham kosmetik..tau tak banyak sangat bahan kimia yang berbahaya dalam alat kosmetik yang dipakai sehari-hari..almaklumlah, perempuan..mestilah nak menempek bedak..gincu ler..eyeshadow..macam2 lah..kalau lelaki lak, hurm..tak reti nak cakap..nurul nak kongsi beberapa bahan kimia yang berbahaya yang kita tak sedar akan kewujudannya..let's check it out~~

1) Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA)
         - sejenis agen pelembap yg mudah bertukar menjadi agen kanser nitrosamines...
- terdapat di dalam syampu dan sabun jenis cecair...

2) Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6
                                      - bahan pewarna yang sering digunakan pada hari ini..
- menyebabkan kanser kulit..

3) Sodium Lauryl sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Alefin Sulfinate
- dikenali sebagai surfactants..
- digunakan untuk membersiihkan rambut & mengeluarkan buih..
- terdapat di dalam syampu, sebahagian ubat gigi, krim pencukur & sabun pembasuh baju..
- menyebabkan kerosakan hati & kanser..

4) Isopropyl Alcohol
- diperolehi drp minyak petroleum..
- terdapat dlm alat pewarna rambut, losyen tangan, badan dan pencukur..
- kesan sampingan; pening kepala, kemurungan, depression, & koma...

haa..baru tau kan???rupa-rupanya banyak bahan kimia dalam alatan yang kita guna sehari-hari..jom kita check ada ke tak bahan-bahan kimia  ni dalam alat kosmetik kita..elakkan daripada membeli barang-barang yang mengandungi bahan kimia ni..check dulu sebelum beli..mencegah itu lebih baik drp mengubati..

~~semoga bermanfaat..terima kasih sudi membaca..take care~~

~~TIPS PENJAGAAN TANGAN~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat???N.H jugak ler yg tak sihat..makan hati..auwww~~hehe..stop3x!!!mengarut jer..oklah..kali neyh nurul nak kongsi tips penjagaan kuku..pernah dengar perkataan pedicure & manicure..ni semua merupakan penjagan kuku tangan dan kaki..walaupun kuku ni kecik je, kite tetap kena jaga juga..sebab dari kuku, kita boleh tau orang tu pengotor ke tak..tak gitu???hoho..ape lagi, jomlah..let's check it out!!!~~



1) MELICINKAN TAPAK TANGAN

a) urut tapak tangan dengan MINYAK SAYUR-SAYURAN sekurang-kurangnya seminggu sekali. Atau sebaik sahaja melakukan kerja-kerja yang agak kasar.
b. gunakan campuran JUS LEMON dan AIR MAWAR ke dalam MENTEGA. Sapukan di seluruh tangan. ahli gimnastik selalunya buat cara macm gini..
c.  untuk menghilangkan kesan hitam dibahagian sendi-sendi jari, gunakan campuran JUS LEMON dengan SERBUK BARLI. lakukannya dua kali sebulan...
d.  Kebanyakan lelaki yang melakukan angkat berat sering berdepan dengan masalah permukaan kulit tangan yang kasar. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan merendamkan tangan anda dalam BUIH SABUN..
e.  gunakan campuran 1    sudu teh GLYCERIN, 1 sudu teh JUS LEMON dan lima titis  AIR MAWAR, kemudian simpan di dalam botol. Gunakannya untuk mengurut tangan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Ulang jika perlu...
f.  TIMUN juga dikenal pasti mampu melembutkan kulit tangan. Hancurkan timun dan sapukan ke seluruh tangan anda. Biarkan selama 10 minit, kemudian bersihkan dan ulang jika perlu...

2) MENGILATKAN KUKU
a. Apabila kuku senang patah, bermakna kita kekurangan kalsium. Untuk mengatasinya, amalkan pengambilan KALSIUM TAMBAHAN atau mengambil makanan yang mengandungi kalsium tinggi. la sudah cukup untuk membuatkan kuku jadi  kuat dan tidak mudah patah.
b. Apabila kuku kelihatan pucat, atasinya dengan menyapukannya dengan LEMON. Kandungan bahan kimia dalam jus lemon akan membuatkan kuku berkilat.

~~semoga bermanfaat..that's all..take care~~

~~TIPs KecAnTikAn MenGgUNaKaN lIMaU nIPiS~~


Assalamualaikum dan hi to all my dearest readers..kali neyh nurul nak kongsi tips petua kecantikan dengan menggunakan limau nipis..alar, limau nipis, buah hijau yg kecik2 tu..x kan x kenal kot??kalau x kenal. skroll kat bawah ye...
jajang!!!!nilar dy limau nipis~~

kalau nak tau, limau nipis ni banyak sangat khasiatnya..dr apa yg nurul baca dlm majalah, perahn limau nipis ni boleh menyembuhkan batuk bila dicampurkan dengan kicap dan sedikit garam..selain itu, air limau nipis ni dikatakan boleh menghilangkan rasa dahaga..konon2nye lar, air limau nipis ni mampu menyeimbangkan makanan berlemak..rasa masam pada limau nipis dan sejenis dengannya berperanan untuk membuang toksin dan juga membantu dlm menghilangkan racun dlm badan..oklah..apa tunggu lagi, let's check it out!!!

untuk rambut
limau nipis boleh menghilangkan kelemumur dekat kepala...kepada sape2 yg sangat x suka menggunakan bahan kimia tuh, eloklah amalkan pengambilan air perahan asam limau nih..then letak kat rambut..kalau bley, bungkus sekali rambut tuh.. biarkan beberapa minit...di samping boleh hilangkan kelemumur ianya juga baik untuk org yang selalu migrain.

untuk kulit badan

sapa yang nak hilangkan daki pd kulit elok lah gosok buah ni kat kulit...lepas tu boleh mencerahkan kulit....tp klau nak betul2 berkesan jangan lar buat sekali jer lepas tu, terus give up....kena amalkan selalu lah baru lar nampak hasilnya kan~~

Untuk ketiak yang berbau
siapkan limau nipis yang dicampur dengan kapur sirih... Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa jam sebelum dibasuh. Lakukan pada waktu pagi dan petang.

Untuk kuruskan badan
buat sesiapa  yg tengah risau dgn berat badan masing2, eloklah cuba petua ni....teh + air perahan limau nipis tanpa gula...ingat ye!!!!tanpa gula...gula ni sebenarnya boleh mempercepatkan proses penuaan..so, kurangkan gula dlm makanan...ngee~~teh + limau nipis ni eloklah di amalkan pada waktu pagi dan petang...

ketika demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam...Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

ketika batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini juga baik untuk menyembuhkan selesema.
menghentikan tabiat merokok
Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

see!!banyakkan khasiat limau nipis ni..selain kaya dengan vitamin c, ia juga kaya dgn kandungan mineral spt kalsium, pospor, potasium dan juga besi..dan utk pengetahuan korang, besi ni adalah antioksidan yg boleh mencegah kanser..btw, take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...