Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua warga bumi..semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya...InsyaAllah..
SubhanaAllah..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Allah swt masih lagi memberi kita peluang untuk menghirup udara yang segar ini..free of charge pula tu..hehe..oklah..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua 6 cara untuk meningkatkan daya ingatan..semua ini boleh diamalkan tetapi jangan lupa untuk sentiasa basahkan bibir dengan berzikir dan membaca Al-Quran kerana amalan itulah yang lebih mujarab..
1. BANGUN PAGI DAN CIUM ROSEMARY
- Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian..
- Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak berbau, beberapa bilik dengan bebauan dari minyak aroma rosemary, dan selebihnya bekerja dengan bebauan minya lavender.
- Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan bauan minyak aroma rosemary mempunyai keputusan yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih buruk dalam hal kerja ingatan..
- Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan)..
- yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.
2. MAKANAN UNTUK BERFIKIR
- Untuk menjaga ingatan tetap muda meskipun otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
- Antioksidan = molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut sebagai ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah..
- Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak..
sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega-3..
- supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak..
- omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan
3. KUNYAH GULA-GULA GETAH
- Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggeris mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka panjang dan jangka pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa..
- tindakan mengunyah gula-gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyutan jantung, atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak (hippocampus) yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.
4. PERMAINAN OTAK
- Sebuah program Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintis saraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka..
- Sudoku dan teka-teki silang boleh menambah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di dalam otak saling bersambungan..
5. TIDUR
- Dalam kajian menggunakan tikus, ketika tikus tidur, dua kawasan di otak iaitu hippocampus dan medial prefrontal cortex, iaitu kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu..
- Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk..
6. BERJALAN KAKI
- Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring dengan usia..
- Namun kajian pada tahun 2011 menyatakan orang dewasa yang beranjak tua yang sentiasa berjalan kaki dapat mempertahankan aktiviti hippocampus..
- Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun; Mereka melakukan aktiviti berjalan kaki tiga kali seminggu selama 40 minit..
- Aktiviti ini berjaya meningkatkan denyut jantung mereka..
- Peserta lain dengan jumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan,dalam tempoh yang sama..
- Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang 1 peratus daripada volumenya, secara purata..
- Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan kira-kira 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus ,membalikkan penuaan semulajadi hippocampus selama dua tahun..
- Ilmuwan percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak..
- Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya..
~~semoga bermanfaat..take care~~
rosemary? kena cari ni...
ReplyDeletehaha..rosemary ni kalau x salah dlm golongan herba gak lar..rosemary is good with lamb..hehe~~
DeletePengambilan habbatus sauda boleh kuatkan ingatan kita..
ReplyDeletehttp://www.muslimchoices.com/?p=minsyam_habbatus_sauda
betul tu..tak boleh disangkal~~
ReplyDelete