Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..entry kali ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang tapi sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga orang di luar sana..kehidupan ini ada pasang surutnya..ada waktu gembira dan ada waktu sedih..waktu gembira bagi nurul??semestinya ketika nurul berada di UKM, menuntut ilmu bersama-sama dengan kawan seperjuangan..dalam ketika itu, banyak pengalaman yang dikutip..ada yang manis dan ada yang pahit..tetapi sebenarnya pengalaman itulah yang mematangkan nurul selama ini..entry kali ini bukanlah bertujuan untuk menceritakan pengalaman nurul ketika sedang belajar dahulu, tetapi ingin berkongsi dengan korang semua cebisan hidup nurul sewaktu nurul bekerja..semoga korang semua terhibur..
doa orang yang teraniaya
alam pekerjaan nurul bermula di sebuah syarikat solar..disitulah nurul banyak menimba ilmu mengenai panel solar dan pembuatannya..malahan, nurul juga banyak menimba pengalaman baru dalam membuat projek yang diberikan untuk diselesaikan bersama-sama..nurul juga berpeluang untuk melawat tapak projek, bermesyuarat dengan 'orang besar ' dalam menguruskan sesuatu projek..syukur Alhamdulillah kerana nurul diberi kesempatan dan peluang untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai bidang solar dan juga alam pekerjaan..boleh dikatakan, alam pekerjaan ini jauh lebih memenatkan daripada belajar..
seterusnya, dalam bulan terakhir nurul praktikal disana, nurul telah mendapat beberapa tawaran kerja dan termasuklah kerja nurul sekarang..akhirnya setelah dipertimbangkan, nurul memilih kerjaya sekarang ini..bermulanya saat nurul menjadi pensyarah ialah pada 5hb 9 2011..dan sekarang sudah hampir 8 bulan nurul bekerja..banyak dugaan yang berlaku sepanjang tempoh nurul bekerja..sungguh..tak terkata..tapi nurul tak suka memanjangkan isu..dan disebabkan itulah nurul turut memendam rasa..membiarkan semuanya berlalu dengan semangat bahawa thing are going to be better after this and truth will be known someday..itulah kata-kata yang selalu nurul ucapkan bagi mengatasi rasa sedih dan pedih hati nurul..
kadang-kadang tak terfikir di benak fikiran bahawa apa yang nurul lakukan akan menjadi bahan bualan manusia-manusia yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada akal fikiran..nurul sudah terkena..dan nurul maafkan..tetapi setelah kali kedua terkena dengan orang yang sama, tiada apa yang boleh dikatakan lagi..cukuplah, aku dah tak mahu menerimanya lagi..tak mahu terkena lagi..cukuplah..
pedih, perit, sedih dan kecewa dengan semua yang berlaku..mudahnya manusia membuat kesimpulan berdasarkan kata-kata yang berunsurkan fitnah tanpa menyelidiki terlebih dahulu..dengan satu perkataan boleh membunuh pandangan dan kepercayaan orang..dan dengan satu perkataan yang ditokok-tambah boleh menjejaskan hubungan antara semua orang..janganlah biarkan hasad dengki menguasai diri..dan janganlah abaikan perasaan orang yang sentiasa menjaga hati dan perasaan kita..yang selama ini menyokong dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada kita..
nurul bukanlah seorang yang baik..nurul juga pernah membuat kesalahan..tetapi nurul cuba untuk berubah..berubah untuk kebaikan..memang benarlah kata pepatah..buat baik berpada-pada, buat jangan jangan sekali..semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa berada di dalam lindunganNya..amin..
di akhir kata, janganlah menganiaya seseorang itu kerana doa orang yang teraniaya akan termakbul..
..itu sahaja..jaga diri dan salam..
hmm btul tue. doa orang yg teraniaya selalu dimakbulkan :)
ReplyDelete..huhu..
Delete..semoga Allah berikan ketenangan hati baginya..
..amin~~