Followers

~~PENGALAMAN, HORMAT DAN KEBERKATAN~~


Assalamualaikum and hi to all of you!! missing u so much!!well, tetibe cakap omputih pulak kan..sorry lovey dovey, nurul memang super extra busy..dengan kelas bagai,,semua nak yang terbaik..dan nurul agak sedih sebenarnya sebab terpaksa berhenti mengajar di salah sebuah pusat tuisyen di Terengganu ni..nurul terpaksa sebab penat dan kekangan masa..huhu..


so, kali ni nurul hanya nak bercerita dengan korang je..pengalaman nurul sebagai pensyarah..setakat ni student nurul lah yang paling ramai dan kebanyakannya adalah lelaki..baru-baru ni, kolej telah menerima pelajar baru dan actually kami masih lagi membuka pendaftaran bagi pelajar baru..

PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA..pernah dengar ayat tu???memang betul pun..setiap pengalaman itu bermakna kerana dengan pengalaman itulah kita mampu menghadapi segala cabaran dan masalah baru yang timbul..setiap hari, nurul kena berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar..ada yang bagus, ada yang tak, biasalah tu kan..lumrah alam..kebanyakan pelajar baru ni memang bagus dari segi sikap mereka yang lebih menghormati pensyarah diorang..it's good lar kan..tapi kan kadang-kadang nurul rasa macam kesian dengan dyorang semua sebab nurul tak berapa baik dengan mereka..tak sama dengan senior dyorg..mb nurul takut..takut nak baik sangat dengan dyorang..takut apa yang terjadi dengan student sebelum ni, terjadi lagi..memang betullah kata orang, jangan terlalu baik dengan student, nanti dyorg naik kepala..lupa diri dan langsung tak ingat status dyorang dengan kita..hurm..

nurul mengaku yang nurul memang jenis yang tegas..terutamanya dalam bab2 belajar..sebab nurul mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar nurul..nurul mahu menjadi seorang pensyarah yang bukan sekadar masuk kelas mengajar, tetapi berbaik-baik dengan dyorang dan selami hati dyorg..pensyarah yang boleh menjadi tempat mereka meluahkan perasaan..tapi pada masa yang sama, perlu sedar akan batas-batas seorang pensyarah dengan pelajar-pelajarnya..nurul mengajar di tempat tuisyen dan kebanyakan daripada mereka selalu je menceritakan kisah mereka dengan guru disekolah..guru sekolah yang tak pandang dyorg..guru sekolah yang suka menuduh pelajar sendiri..entahlah, rasa kesian sangat tapi nurul tak berdaya nak menolong..hanya mampu mengajar di tempat tuisyen dan mendoakan yang terbaik buat mereka..

JANGAN PERNAH PERCAYA DENGAN PANDANGAN PERTAMA..pada awal perkenalan,memanglah semuanya baik, manis je..tapi bila kita yang tinggal bersama, makan bersama, lama kelamaan perangai sebenar akan keluar juga...tak gitu??orang yang hanya berjumpa dua tiga kali bolehlar kata, eh, dia ni baiklah..siap belanja aku makan lagi..hurm, familiar dengan situasi ni??hoho..tepuk dada, tanya selera..

korang pernah jumpa dengan kaunselor??kalau masih student, pernah jumpa dengan kaunselor sekolah??tau tak yang dyorg pun ada masalah masing-masing..nurul dulu pun masa kat sekolah pernah menjawat jawatan kaunselor muda...tapi nurul lasih lagi ada masalah dan masih lagi perlukan kawan-kawan untuk menangani masalah tersebut..itulah hidup kan..jangan terkejut kalau kaunselor dan cikgu ni ada yang tak peduli dengan anak-anak mereka..yang abaikan keluarga dan lebih pentingkan kerjaya mereka..ini benar-benar terjadi..huhu..

last but not least, student-student semua, anak-anak semua, kawan-kawan semua, adik-adik semua..HORMATILAH GURU KORANG..tak berkat hidup kamu kalau kecilkan hati guru kamu..kalaulah  cikgu atau pensyarah kamu kecewa dengan sikap kamu, sia-sialah apa yang kamu belajar (tiada keberkatan dalam ilmu)..dan yang paling menakutkan, sia-sialah hidup kamu..kamu hidup dengan ilmu yang guru atau pensyarah ajar..makanya, kalau ada buat salah silap dengan cikgu kamu, mohonlah keampunan dari dia..nurul pun sama.di kesempatan ini, nurul ingin memohon maaf kepada semua guru-guru nurul dari tak kisahlah yang mengajar secara formal ataupun tidak..ampunkanlah nurul sekiranya ada salah silap nurul..terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada nurul sehinggalah sekarang..jasa mu tidak terbalas..semoga Allah membalas jasa semua guru..amin..

ps: kecewa dengan student yang ego dan tak nak mengaku salah..hanya tau menyalahkan orang lain..



2 comments:

  1. teringin jugak nak jadi pensyarah satu hari nanti.

    ingatkan pensyarah ni senang je,masuk kuliah, terang sikit2 then, bagi assignment.

    mencabar jugak kalau dpt student tak matang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bguslah kalau ada keinginan..
      pensyarah ni kejenye profesional..
      letih, sterss x yah cakap lar kan..
      budak2 tak matang???
      memang menyusahkan..
      tapi nak buat cm mana??
      terima je lah..
      semoga dyorg semua sedar suatu hari nnt..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...