Followers

~~KHASIAT BUAH EPAL~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..korang semua tengah buat apa tu??semoga korang semua ceria2 selalu k..

so, this time i'm going to shareto all of you khasiat buah epal..korang kenal kan dengan buah epal??ni haa..hee


ini ke buah epal???naaa!!ini buah dabai lar..totally bluffing..

haa...ni lar baru betul buah epal!!gaaa!!

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut..

digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya..

Epal hijau boleh membantu mencegah:

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Membantu kesihatan membran paru-paru
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
Membantu mengekalkan berat badan
Mengurangkan tekanan penyakit asma
Mengurangkan risiko barah

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksik dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik..

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit..

so, apa tunggu lagi kawan2..jom kita berlari beli epal sekrang juga!!hehe..

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: kliklah my nuff k..hee~~





~~BICARA HATI~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..entry kali ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan maruah seseorang tapi sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga orang di luar sana..kehidupan ini ada pasang surutnya..ada waktu gembira dan ada waktu sedih..waktu gembira bagi nurul??semestinya ketika nurul berada di UKM, menuntut ilmu bersama-sama dengan kawan seperjuangan..dalam ketika itu, banyak pengalaman yang dikutip..ada yang manis dan ada yang pahit..tetapi sebenarnya pengalaman itulah yang  mematangkan nurul selama ini..entry kali ini bukanlah bertujuan untuk menceritakan pengalaman nurul ketika sedang belajar dahulu, tetapi ingin berkongsi dengan korang semua cebisan hidup nurul sewaktu nurul bekerja..semoga korang semua terhibur..

doa orang yang teraniaya

alam pekerjaan nurul bermula di sebuah syarikat solar..disitulah nurul banyak menimba ilmu mengenai panel solar dan pembuatannya..malahan, nurul juga banyak menimba pengalaman baru dalam membuat projek yang diberikan untuk diselesaikan bersama-sama..nurul juga berpeluang untuk melawat tapak projek, bermesyuarat dengan 'orang besar ' dalam menguruskan sesuatu projek..syukur Alhamdulillah kerana nurul diberi kesempatan dan peluang untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai bidang solar dan juga alam pekerjaan..boleh dikatakan, alam pekerjaan ini jauh lebih memenatkan daripada belajar..

seterusnya, dalam bulan terakhir nurul praktikal disana, nurul telah mendapat beberapa tawaran kerja dan termasuklah kerja nurul sekarang..akhirnya setelah dipertimbangkan, nurul memilih kerjaya sekarang ini..bermulanya saat nurul menjadi pensyarah ialah pada 5hb 9 2011..dan sekarang sudah hampir 8 bulan nurul bekerja..banyak dugaan yang  berlaku sepanjang tempoh nurul bekerja..sungguh..tak terkata..tapi nurul tak suka memanjangkan isu..dan disebabkan itulah nurul turut memendam rasa..membiarkan semuanya berlalu dengan semangat bahawa thing are going to be better after this and truth will be known someday..itulah kata-kata yang selalu nurul ucapkan bagi mengatasi rasa sedih dan pedih hati nurul..

kadang-kadang tak terfikir di benak fikiran bahawa apa yang nurul lakukan akan menjadi bahan bualan manusia-manusia yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada akal fikiran..nurul sudah terkena..dan nurul maafkan..tetapi setelah kali kedua terkena dengan orang yang sama, tiada apa yang boleh dikatakan lagi..cukuplah, aku dah tak mahu menerimanya lagi..tak mahu terkena lagi..cukuplah..

pedih, perit, sedih dan kecewa dengan semua yang berlaku..mudahnya manusia membuat kesimpulan berdasarkan kata-kata yang berunsurkan fitnah tanpa menyelidiki terlebih dahulu..dengan satu perkataan boleh membunuh pandangan dan kepercayaan orang..dan dengan satu perkataan yang ditokok-tambah boleh  menjejaskan hubungan antara semua orang..janganlah biarkan hasad dengki menguasai diri..dan janganlah abaikan perasaan orang yang sentiasa menjaga hati dan perasaan kita..yang selama ini menyokong dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada kita..

nurul bukanlah seorang yang baik..nurul juga pernah membuat kesalahan..tetapi nurul cuba untuk berubah..berubah untuk kebaikan..memang benarlah kata pepatah..buat baik berpada-pada, buat jangan jangan sekali..semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa berada di dalam lindunganNya..amin..

di akhir kata, janganlah menganiaya seseorang itu kerana doa orang yang teraniaya akan termakbul..



..itu sahaja..jaga diri dan salam..





~~BAHAYA KEPAK AYAM PADA WANITA~~


Assalamualaikum dan hi semua..korang apa khabar??semoga korang semua sihat-sihat dan ceria je bila berada di tanah Nurul Honey ni ea..hihihi..

oklah..korang semua suka tak makan kepak ayam??oklah, nurul mengaku...nurul pun suka jugak..tambah-tambah lagi kalau kepak ayam digoreng rangup..memang sedap..hee..tapi kan..korang tau tak,yang sebenarnya kepak ayam ni bahaya sangat..terutamanya pada wanita..aipp..lelaki jangan lah suka pulak ye..korang pun boleh terdedah dengan bahayanya juga..actually, apa yang bahayanya??let's check it out!!

alamak..sedap lar pulak nampak gaya ayam ni..gulp..

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut.


Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah.

Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian.

Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya.

Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.


Doktor bertanyakan adakah dia seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya.


Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan STEROID untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi.

Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di LEHER atau KEPAK.

Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud.

Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita.

Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di

 dalam rahim.

Oleh itu, dinasihatkan orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan

KEPAK AYAM.


haa..dah tau kan??nurul pun dah stop makan kepak ayam..dulu masa zaman rambut tocang. makanlah kepak ayam tu, sekarang dah tau, memang dah tak makan lar kan..hee~~

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: plis ee my fello friend, klik my nuff..nak kumpul bawa pergi haji..tak cukup lagi ni simpanan..huhu..



~~BILA 2 SUNGAI BERTEMU~~


Assalamualaikum dan hello everyone!!how are you today??let's start our day with Bismillah and stay positive ok!!

so, today, nurul akan berkongsi dengan korang semua gambar yang menakjubkan..gambar bila air dari dua sungai yang berbeza bertemu..haaa...amacam???menarik tak???korang pernah terfikir tak cam mana air yang berbeza bertemu??so, apa lagi, let's check it out!!

mengikut gambar ni, kita dapat melihat pertemuan di antara Sungai Rhone dan Arve di Geneva, Switzerland...yang sebelah kiri tu Sungai Rhone, mengalir dari Tasik Lehman..yang sebelah kanan pula, Sungai Arve yang menerima air dari glasier dari Lembah Chamonix terutamanya dari Mer de polos sebelum mengalir utara-barat ke Rhone di sebelah barat Geneva, which u can see tahap kelodak air Sungai Rhone yang lebih tinggi mewujudkan satu perbezaan ketara diantara kedua-dua sungai ini..




subhanaAllah..Maha Suci Allah...cantik kan??

~~take care~~

ps: plis klik my nuff k..boleh bawa pergi haji...tak sabar nak pergi ni..hee~~



~~LUAHAN HATI YANG TERPENDAM~~



Assalamualaikum dan selamat menikmati hari yang indah buat lovey dovey semua..entry kali ni bukannya bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran bagi diri sendiri dan orang di luar sana..kisah ini berlaku pada diri sendiri..pedih, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku..mungkin orang tidak nampak kesedihan pada riak muka, tetapi hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini bila mengingatkannya..

kisah kehidupan nurul taklah sehebat kamu semua dan taklah semalang kamu semua..nurul cuba berfikir dengan mengatakan kisah hidupku ini tak lebih dan tak kurang dengan orang lain di luar sana cuma caranya yang tidak sama..mungkin..

nurul dilahirkan sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga yang agak besar..mengandungi 9 orang termasuklah kedua ibu bapa yang masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini..dengan 4 orang adik lelaki dan 3 orang adik perempuan..kami semua seperti adik beradik yang lain..bermain bersama-sama, bergaduh bersama-sama..nurul akui nurul bukanlah seorang kakak yang baik kerana nurul tidak mahu menjadi matang dalam isu kekeluargaan kecuali dalam isu pembelajaran..semasa belajar, nurul akan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..sanggup untuk turun naik bukit semata-mata untuk berjumpa dengan profesor bertanyakan satu soalan yang nurul tak boleh nak jawab..sangat-sangat berpuas hati apabila berjaya menyelesaikan satu soalan walaupun mengambil masa selama beberapa hari malah berminggu-minggu..tapi kalau bab-bab kekeluargaan, nurul jarang sekali nak menelefon ibubapa nurul semasa belajar..kerana bagi nurul mendengar suara ibu dan abah membuatkan nurul menangis setiap kali menelefon mereka..dan setelah itu, nurul tak boleh nak fokus dalam belajar..berbeza dengan kebanyakan kawan-kawan nurul, sekiranya mereka bergaduh dengan kekasih hati, mereka tidak boleh fokus untuk belajar, malah ada yang berniat untuk membunuh diri sekiranya kekasih tidak mengangkat panggilan telefon..Nauzubillah..nurul bersyukur kerana nurul tidak termasuk dalam golongan tersebut..bagi nurul, biar nurul berusaha sehabis daya mungkin bagi memperolehi kejayaan buat ibu bapa nurul..dan setelah mendapat dekan fakulti dan ijazah dalam sarjana muda fizik, nurul terharu bila abah mengatakan yang abah telah menempah frame untuk meletakkan sijil dekan dan gambar nurul bergraduasi..dan sudah pastinya frame yang ditempah sangat mahal..nurul menyuruh abah untuk membatalkan tempahan kerana tahu situasi keluarga yang lebih memerlukan banyak duit untuk persekolahan adik-adik..nurul hanya menyuruh abah membeli frame di kedai Mydin yang hanya berharga 11 ringgit..cukuplah untuk itu sahaja..peringatan itu lebih penting dari duit..


dan seterusnya, nurul diuji oleh Allah s.w.t, dimana kita sebagai umatNya akan sentiasa diuji..nurul kehilangan orang yang paling nurul sayang dalan hidup nurul iaitu arwah nenek sebelah ibu..akhirnya arwah nenek pergi meninggalkan kami semua pada hari jumaat setelah seminggu nurul pulang cuti semester tahun 1..dalam tempoh seminggu itu, nurul terpaksa menguruskan rumah kerana adik bongsu nurul iaitu humairah menghidap deman kavasaki dimana dia dimasukkan ke ICU dan sedang nazak..ramai yang mengingatkan adik yang akan pergi dahulu tetapi sebaliknya yang berlaku..dalam masa ditahan dalam wad, mama meminta kebenaran doktor  untuk membawa pulang adik untuk melihat jenazah nenek buat kali terakhir..nurul ialah orang yang paling dekat dengan arwah..arwah hanya akan makan ubat dan minum air jika nurul menyuruhnya berbuat sedemikian..ketika sibuk belajar, nurul akan sentiasa meluangkan masa untuk menelefon arwah menyuruhnya makan ubat dan minum air masak..arwah menghidap penyakit kanser pangkal rahim setelah lebih 10 tahun..setiap kali kimoterapi, nurullah yang akan menjaganya di hospital sehinggakan doktor disitu sudah cukup kenal dengan nurul..segala impian dan hajat hidup nurul adanya arwah nenek..tetapi bila arwah pergi, nurul kehilangan punca,,tidak mempu untuk menerima kenyataan bahawa nenek telah pun tiada..pembelajaran semakin merosot..ketika itulah juga kawan yang nurul anggap sebagai kawan baik ketika itu menikam nurul dari belakang dan pergi meninggalkan nurul..sewaktu bersamanya, nurul terkejut kerana setelah mengetahui bahawa sebelum ini dia juga pernah meninggalkan kawan baiknya yang selama ini sentiasa berada di sampingnya demi kawan baru..keyakinan nurul semakin merosot dan syukur Alhamdulillah, nurul berjaya menemukan seorang kawan yang sentiasa memotivasikan nurul dan menerima nurul seadanya..dan sekarang dialah kawan baik nurul..nurul bersyukur kerana mengenalinya..kawan senang dicari tetapi kawan sejati sukar diperolehi..nurul bersyukur kerana nurul telah menjumpai kawan sejati..susah untuk mengenali hati budi seseorang itu tetapi kawan nurul ini cukup kenal dengan nurul walaupun dengan hanya melihat mata kerana mata itu boleh berbicara..susah senang kami hadapi bersama..dan dia juga merupakan pembakar semangat nurul untuk berusaha menjadi lebih baik..kami berjaya mendapat dekan dan 4 flat dalam peperiksaan dan dia telah menyambung pengajian dalam master fizik dan sekali lagi merangkul 4 flat bagi semester 1..nurul begitu bangga dengan dia kerana dalam masa dia yang baru berkahwin dan sedang mengandung anak pertama, dengan bilik yang begitu kecil..hanya menaiki motor untuk ke kuliah..dia sangat tabah dalam menjalani kehidupannya...kami berkongsi masalah bersama-sama, menyelesaikannya bersama-sama..bertahan dan bersabar dengan perangai masing-masing dan akhirnya kami sama-sama merindui..



setelah habis belajar selama 3 tahun di bumi UKM, nurul telah mendapat tawaran kerja..syukur Alhamdulillah rezeki Allah..nurul tak pernah sekali mencari kerja tetapi kerja itu datang dengan sendiri..dengan tawaran kerja semasa praktikal lagi datang bertalu-talu membuatkan nurul pening dan buntu untuk menerima yang mana satu..tetapi setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya nurul memilih kerjaya sebagai pensyarah..sebagai pensyarah di negeri orang, nurul cuba buat yang terbaik..pada bulan pertama bekerja, boleh dikatakan setiap hari nurul menangis dalam tandas kerana tertekan dengan suasana bekerja..tertekan kerana rindu dengan zaman belajar..rindu dengan UKM, rindu dengan kawan baik..rindu dengan rumah..rindu dengan adik-adik...kadang-kadang nurul terfikir, baik sangatkah aku untuk dijadikan role model untuk berdengki??cantik sangatkah aku sehinggakan yang menegur pun terkena tempias..kita bagi madu, dia bagi racun..banyak hal yang berlaku ketika bekerja..ditikam dari belakang..dengan masalah pelajar..nurul susah sangat nak percayakan orang..berdasarkan pengalaman lepas, kepercayaan seseorang boleh disalah ertikan buat kepentingan sendiri..tak sangka sekali yang nurul akan terkena sekali lagi..ditikam dari belakang setelah apa yang nurul lakukan pada dia..setelah nurul kehilangan adik..kerana meninggal..Ya Allah, berat sekali dugaan ini..setiap hari nurul rindukan arwah adik..setiap kali naik bas untuk pulang ke rumah, setiap kali itulah air mata tumpah mengingatkan yang nurul tak boleh berjumpa lagi dengan arwah walaupun nurul berada di rumah..my sweet little boy..i miss u so much..

kadang-kadang tak terfikir dek akal kenapa wujudnya hasad dengki pada diriku sedangkan nurul bukanlah seorang yang cantik, baik mahupun bijak..nurul hanyalah seorang yang wanita biasa yang setiap hari berusaha mencari diri sendiri dan menilai apa yang baik dan apa yang buruk kelakuan nurul pada setiap hari..setiap hari sebelum tidur, nurul akan muhasabah diri apa yang nurul telah lakukan pada hari ini..apa kejayaan yang nurul capai pada hari ini..dan kenapa masih ada segelintir manusia yang dengki dengan diriku??pelik..tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti, nurul akan menjadi bahan dengkian orang..apa yang nurul banyak belajar sepanjang tempoh bekerja ialah buat kerja dengan bersungguh-sungguh,,jangan tangguh kerja..dan nurul seorang yang paling pantang dengan orang yang kurang ajar dan hipokrit..tolonglah wahai manusia, gunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya..wajarkah kamu untuk bermuka-muka dengan manusia lain??di akhirat nanti, segala kebenaran akan terbongkar dan pada masa itu, lebih ramai umat manusia yang bakal menjadi saksi atas perbuatanmu di dunia ini..


mengenai kisah adik nurul yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 26hb 11 2011..kami semua tidak pernah menjangka bahawa arwah yang kan pergi dahulu dan begitu cepat arwah meninggalkan kami..pada usia 15 tahun dan sedang menunggu keputusan PMR, arwah aliff pergi meninggalkan kami..arwah seorang yang dari kecil memang dikenali sebagai budak genius kerana pandai dalam serba-serbi..setiap semester arwah akan mendapat anugerah pengetua..mendapat pelajar terbaik..menjadi imam di sekolahnya, MRSM KK..aktif dalam sukan..tapi Allah lebih sayangkan dia..sepanjang proses menanti jenazah arwah, abah dan nurul yang membuat pengecaman..pedih, perit tetapi sebagai anak sulung, nurul kuatkan hati, tabahkan diri untuk terus bertahan sehinggalah jenazah selesai dikebumikan..sehingga sekarang hampir genap 5 bulan arwah meninggalkan kami, kami masih lagi terasa kehadirannya..arwah sentiasa dalam hati kami sekeluarga..dan setiap kali nurul teringatkan arwah, air mata mengalir..ini merupakan tahun pertama  nurul menyambut sambutan hari jadi tanpa arwah disisi..nurul seorang yang mementingkan keluarga, kesan kepada nurul sangatlah besar..apa yang nurul fikir ialah untuk ibubapa dan adik-adik nurul..biarlah mereka mendapat kebahagian dan kejayaan melebihi daripada apa yang nurul dapat sekarang..nurul bangga mempunyai kalian semua..

 
sepanjang bergelar sebagai seorang pensyarah, banyak yang sudah dilalui..hubungan dengan pelajar boleh dikatakan bagus sehinggalah ada yang membuat onar..biasalah, lumrah kehidupan..tidak boleh senang dengan kejayaan atau hubungan orang lain..tetapi, nurul akan sentiasa mempertahankan pelajar-pelajar nurul walaupun mereka tidak mengetahui dan tidak mengerti keadaan sebenar..semoga pelajar-pelajar nurul sentiasa bersemangat dan berjaya dalam kehidupan..amin..

nurul bangga dengan kehidupan nurul sekarang..nurul bangga menjadi anak sulung bagi ibu bapa nurul..nurul sayang ibu bapa nurul..nurul sayang adik-adik nurul dan nurul sayang denga kolej nurul..kolej kami ialah kolej terbaik dan sentiasa akan menjadi yang terbaik...

ps: saya.bukan.manusia.sempurna








~~TAWARAN HEBAT DARI LADANG~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian..teruja tak tengok tajuk entry kali ni???hehehe..nurul dengan berbesar hatinya mahu menolong korang semua untuk mendapatkan kesihatan yang baik..malah bertambah baik..korang semua ada alahan kulit???penyakit gatal-gatal ataupun tak cukup nutrien???haa..korang bolehlah  dapatkan 4LIFE TRANSFER FACTOR ni..banyak sangat khasiatnya...student???lagilagi lah digalakkan..bagus untuk meningkatkan stamina dan kecerdasan otak...kalau korang nak tau lebih lanjut. korang kliklah sini ea..


dan kalau korang berminat, korang boleh terus pm kawan nurul ni..actually, nurul tolong promote je..nurul tak jual pun..tolong kawan kan..hee..korang klik fb dia k..kat bawah ni..


nama kawan nurul ni : FAZRIN..nanti dy boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi pasal tramsfer factor ni..kalau korang tanya pendapat nurul, nurul memang suggest habes-habesan untuk korang semua amek suplemen ni..lagipun, untuk kesihatan kan..memang lah semua nak yang terbaik kan???lagipun, kesihatan ni tak boleh dibeli dengan duit semua tu...so, apa tunggu lagi, jom pakat-pakat beli transfer factor tu!!ngee..

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: jangan lupa klik my nuff k..tq so much!!


~~KEINDAHAN ESTONIA SELEPAS RIBUT SALJI~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian??how's your day going on???i hope u olz always be in good health and mind too!!

so, hari ni nurul nak berkongsi dengan korang semua mengenai keindahan negara Estonia selepas ribut salji..apa???kat mana negara Estonia tu??ia ada dekat2 dengan Latvia dan Finland..apa lagi, jom kita tengok!!

korang semua pernah tengok cite Narnia???sangat putih ok!!!and actually its pretty awesome looking something like this cause white can warm your heart,isn't??

owh..how i wish i can have this kind of hiding place..









amazing isn't???cantik kan??kalau lah nurul dapat pergi sana..hee~~

nak tolong nurul laksanakan impian nurul??boleh je..tolong klik my nuff k..hee..tq~~

~~take care~~


~~HUTAN DI LANGIT YANG PERTAMA DI DUNIA~~


Assalamualaikum and hi to everyone..so, i'm back again with lots of interesting touch to share with all of you..so, today, jom kita pakat-pakat tengok this amazing construction..HUTAN DI LANGIT YANG PERTAMA DI DUNIA aka MENARA POKOK..


Pembinaan sedang dijalankan ke atas dua blok rumah pangsa yang diliputi pokok di Itali - aka 'hutan di langit'..

Direka bentuk oleh Stefano Boeri, bangunan Verticale Bosco 27 tingkat - yang diterjemahkan sebagai 'hutan menegak' - akan menempatkan 730 pokok termasuk oak dan amelanchier..

Menara 365 kaki dan 260 kaki di Milan juga akan menjadi rumah kepada 5,000 pokok renek dan 11,000 tumbuh-tumbuhan tanah..

Satu pasukan horticulturalis akan menjaga pokok-pokok tersebut, dijangkakan akan membesar sehingga 30 kaki..

 ia akan mewakili bersamaan satu hektar hutan, menyerap CO2 dan menyediakan tempat teduh penjimatan tenaga untuk pangsapuri..

Menara itu juga akan dilengkapi dengan sistem angin, solar dan kitar semula..

Bosco Verticale akan menelan kos EUR65 juta (US $87.5 juta dolar) dan diharapkan dapat mewujudkan kawasan hijau di sekitar bandar.


haha..terbaik!!!sekarang ni semuanya dah maju..menggunakan sains dan teknologi serta kepakaran, anything can happen..

..semoga bermanfaat..take care..
ps: do click my nuff k..tq..















~~10 KERETA MASA HADAPAN~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian??korang semua sihat???dah makan??dah solat??kalau yang belum solat, cepat2 lah pergi solat k..dosa tinggalkan solat..

kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua10 kereta pada masa hadapan..kereta-kereta ni direka dengan menggunakan sumber yang boleh diperbaharui sepeti solar, angin dan macam2 lagi..let's start our tours k!!

1) Kereta konsep Aiolus

- Direka khusus oleh pereka Korea Selatan Kyoung Soo Na, kereta ini menggunakan tenaga angin yang ada di sekitar bangunan pencakar langit di Seoul.
- Dijana menggunakan enjin mesra alam sekitar dan diberikan bentuk yang futuristik.
- Kereta konsep Aiolos kenderaan jenis monowheeler dengan bahagian dalaman kokpit mengawal segalanya daripada lampu isyarat kepada kamera.
2) Kinetia Cuboy
- Kereta kompak dua tempat duduk dengan bentuk satu kotak.
- Direka oleh Sasank Gopinanthan, Kinetia memberikan saingan kepada Volkswagen Beetle dan Austin Mini.
- Bentuknya yang comel dengan tiga tempat duduk memudahkan pemandu meletakkan kenderaan di tempat yang sesak.
3) TriMove
- TriMove tiga tayar mempunyai gaya aerodinamik yang diharapkan daripada motosikal.
- Rekaan motor dengan tiga tayar Mohammad Ghezel memberikan keseimbangan walaupun ketika berhenti.
4) Kereta elektrik Chevrolet
- Kereta sukan mikro ini direka khusus bagi pemanduan bandar. Kereta elektrik berkenaan direka oleh pereka industri Guatemala, Cristian Polanco.
Kereta kompak ini lebih baik dan selesa berbanding kereta elektrik lain.
5) Kereta solar Midier
- Direka oleh Siyang Liu, kereta berkenaan dilihat bukan hanya satu kereta konsep tetapi sebuah kereta masa depan.
- Solar panel yang terdapat di atas kereta yang bagi memenuhi keperluan menyerap tenaga solar..
6) Kereta konsep Vieria
- Kereta konsep Vieria dijana oleh tenaga elektrik dengan satu tempat duduk. Reka bentuk yang pendek dan nipis membolehkan pemanduan lebih jauh sebelum minyak diisi semula.
- Bahagian hadapan Vieria menapis habuk dan kekotoran di udara dan membebaskan udara yang bersih ke dalam kereta.
7) Kereta konsep Renault Captur

Captur adalah kereta konsep dalam strategi baru reka bentuk Renault yang ‘sporty’.
- Konsep enjin turbo kembar 160 dCi menggabungkan pemanduan ceria, bergaya, selesa dengan pelepasan gas CO2 yang rendah.
8) Kereta konsep Foow
Kereta konsep Foow daripada Pietro Russomanno dijana dengan tenaga solar telah direka khusus bagi kawasan sesak.
- Ia mempunyai rekaan trisikal aerodinamik yang boleh memuatkan hanya seorang pemandu.
- Hampir sama dengan konsep Land Glider Nissan, Foow seakan sama dengan motosikal dengan pengalaman memandu yang unik.
9) Kereta keluarga Logma
- Logma adalah kereta keluarga yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kesedaran ekologi di luar.
- Logma bermakna ‘cebisan makanan’ merupakan kereta kompak yang direka oleh Dr. Hussien Al-Jammazi bagi memenuhi keperluan keluarga kecil yang tinggal di bandar besar..
10) Kereta terbang Audi
- Pemenang Pertandingan Reka Bentuk Auto Dunia 2009, satu pertandingan anjuran Akademi Domus di Itali bagi mengiktiraf rekaan automotif paling inovasi.
- Audi Sharks menjanjikan salah satu kereta masa depan yang paling menarik.
- Pereka Karim Doku mendapat ilham daripada motosikal dan kapal terbang bagi menghasilkan model 3D bagi kereta futuristik yang tidak mempunyai tayar tetapi boleh terbang.
amazing isn't??kan cool kalau dapat drive kereta2 ni semua..agak-agak koranglar, bila agaknya siap kereta2 ni semua??mampu ke kalau nak beli??
~~semoga bermanfaat..take care~~
ps: plis klik my nuff k..tq u olz!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...