Followers

~~NAMA LAIN BAGI BABI~~


Assalamualaikum wbt dan hello semua..i'm back again with lots of info to be share..so, stay tune..ahakz!!

korang suka tak tengok rancangan masakan??nurul suka!!terutamanya channel 703 dan 707..macam2 masakan nurul dapat belajar dari chef yang memang pakar lah..antaranya Anna Olson, Jimmy Oliver, Chuck, Buddy, Nigella dan banyak lagi..tapi kan, dyorang ni semua chef oversea..so, kebanyakan masakan dyorg menggunakan bahan2 yang kita sebagai umat Islam tak boleh guna..contohnya, pork ataupun wine..apa yang nurul perasan, banyak sangat jenis-jenis daging babi yang dyorang guna..so, nurul trylah godek-godek pakcik Google mencari nama2 lain bagi daging babi..here it comes..i present to all of u other names of pig...


1) PORK
- daging babi dalam masakan

2) SWINE
- keseluruhan spesies babi

3) PIG
untuk seekor babi
bermaksud babi muda, berat kurang 50kg

4) HOG
babi dewasa, berat melebihi 50kg

5) PORCINE
sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi
digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi

6) BOAR
- babi liar

7) SOW
babi betina dewasa yang jarang digunakan

8) LARD
Lemak babi
digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun

9) BACON
daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam
 juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi

10) HAM
Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan

diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat bagi semua kawan-kawan nurul diluar sana..semoga kita semua terhindar dari memakan makanan yang haram..jaga akidah kita ye..

~~take care~~

~~GAMBAR EKSLUSIF BARANGAN NABI MUHAMMAD SAW~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua rakan-rakan..korang semua apa khabar?? nurul harap korang semua sihat walafiat dan sentiasa diberkati Allah selalu..InsyaAllah..
hari ni nurul terdetik nak berkongsi dengan korang semua gambar-gambar ekslusif barangan nabi junjungan kita, NABI MUHAMMAD SAW...jujur nurul katakan, menitis air mata nurul melihatkan gambar-gambar ini semua..Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …


Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Cop surat rasmi Rasulullah SAW...
Baju, tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW..
Sandal Rasulullah S.A.W..
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW..
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW..
Busur panah Rasulullah SAW..
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek..

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW..
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW..
Bendera Rasulullah SAW..
Topi perang Rasulullah SAW.. 
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW..
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan..
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7..
Pedang yang pernah digunakan Rasulullah SAW..


Cuba kita bermuhasabah diri sekejap. Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami..
~~Semoga bermanfaat~~

~~KEINDAHAN BUNGA LAVENDER~~


Assalamualaikum dan hello semua..lama kan nurul tak berentry-entry??sibuk sangat..sory ye geng!!kali ni nurul akan cuba post entry sebanyak yang mungkin ok!!hee~~

sekarang ni, nurul sedang belajar crochet..so, dah banyak projek yang nurul buat..headband, phone case, bag, bekas botol air..nurul happy sangat2 dapat belajar crochet..dah lama sangat nurul nak belajar tau..baru sekarang jumpa seorang hamba Allah yang bernama Kak Mira sanggup ajar nurul..free of charge pulak tu...semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezekinya..Amin..InsyaAllah, ada masa nanti, nurul upload gambar-gambar project nurul k..

so, kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua kecantikan dan keunikan bunga lavender..cantik sangat tau.. tapi sayang, kat Malaysia ni, bunga lavender tak boleh ditanam sebab cuaca kita yang tak mengizinkan..tapi takpelah, tengok gambar pun jadi gak..hehe..semoga kita semua boleh mendapat iktibar dari ciptaan Allah swt ini..

- Lavender aka lavendel aka Lavandula = sejenis tumbuhan berbunga dalam suku Lamiaceae yang memiliki 25-30 spesies..
berbentuk kecil dan berwarna ungu..
mengandungi linalool..
- berasal  dari = wilayah selatan Laut Tengah sampai Afrika tropis dan ke timur sampai India.. 
- Tanaman ini juga tersebar di Kepulauan Canaria, Afrika Utara dan Timur, Eropa selatan (terutama Perancis selatan), Arabia, dan India..
- tumbuh liar di daerah di luar daerah di tempat asal..

- KHASIAT
 = bunganya boleh digosok-gosok ke tubuh untuk mengelakkan gigitan nyamuk
salah satu dari dua belas minyak esensial dalam aromatherapi..
digunakan untuk menyeimbangkan kelembapanan kulit, sekaligus menyejukkan dan menghaluskannya..
memiliki khasiat menurunkan stress..
mengandung antiseptik yang boleh membunuh kuman dan bakteria..
 sebagai pembersih dan pengharum lantai..






















SubhanaAllah..Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan begitu indah sekali..

~~semoga terhibur...take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...