Followers

~~KENAPA DARAH KELUAR BILA GOSOK GIGI??~~


Assalamualaikum dan hi earthlings...harap korang semua sihat walafiat..In Sya Allah..kali ni nurul nak bercerita pada korang kenapa bila gosok gigi..darah keluar???familiar tak dengan situasi ni???well..jom kita selidik mengapa terjadi sedemikian..

1. Berus gigi

Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft'. Selain itu, tukarlah berus gigi setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai..

2. Cara menggosok gigi

Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah. Kita harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi. Pastikan menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi)..

3. Gingivitis@ Gusi bengkak

Jika telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi masih berdarah ketika memberus gigi, gigi mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.

Ia terjadi akibat jangkitan bakteria yang terkandung di dalam plak yang terkumpul pada gigi. Bakteria-bakteria ini menghasilkan asid dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan gusi. Cara untuk mengatasinya, anda harus lebih meningkatkan prosedur menjaga kebersihan gigi anda. Anda sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan floss dan cecair kumur di samping menggosok gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).


Jika plak telah bertukar menjadi tartar @ karang gigi, masalah akan menjadi lebih teruk kerana plak akan lebih mudah terkumpul di kawasan tersebut. Jadi, anda disarankan untuk membuat rawatan 'scaling'@ cuci gigi bagi membuang tartar@karang gigi (2 kali setahun). Selepas itu, In Sya Allah, gusi akan menjadi lebih sihat dan tidak berdarah..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~JEPUN RANCANG BINA LIF KE ANGKASA~~

Assalamualaikum dan hi semua..nurul tertarik dengan tajuk entry kali ni dan berniat ingin berkongsi dengan korang semua..so,here it is!!







TOKYO – Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.


Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.


Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.


“Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi,” katanya.


Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.


Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.


Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. – AFP


agak2 korang macam mana??boleh ke???jepun memang terkenal dengan kepakaran dan teknologi yang extremely canggih...pape hal pun, nurul harapkan yang terbaik!!

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~APAKAH ITU TEKNOLOGI MIKROCIP??~~


Assalamualaikum dan hi my dear..korang semua apa khabar??sihat??semoga semua sihat dan sentiasa dirahmati Allah selaku k!! 

ok..untuk hari ini, nurul nak berkongsi dengan korang semua mengenai teknologi mikrocip..apa tu???sabar ye..nurul akan explain buat readers sekalian..lets's check it out!!

TEKNOLOGI MIKROCIP


- MIKROCIP = sebuah litar bersepadu (IC)..

- idea penciptaan dicetus oleh = GEOFFREY W.A. DUMMER, seorang ahli sains radar yang bertugas di Kementerian Pertahanan Kerajaan British pada 7 Mei 1952..

- KETABALAN = 1 hingga 2 sentimeter, namun boleh dihasilkan lebih nipis..

- sebuah mikrocip memiliki BERIBU atau BERJUTA perkakasan SEMIKONDUKTOR yang saling BERSAMBUNG, kebanyakannya = TRANSISTOR & PERINTANG (komponen pasif)..

IC paling MAJU = PEMPROSES MIKRO , digunakan dalam  KOMPUTER, TELEFON SELULAR, KETUHAR GELOMBANG MIKRO dll..

- CIP INGATAN KOMPUTER = ialah KELUARGA CIP BERSEPADU aka LITAR TERKAMIL..

- IC pertama dihasilkan = 6 FEBRUARI 1959 oleh JACK KILBY yg bekerja dengan syarikat Texas Instruments..

- pada ketika itu, litar tersebut hanya diperbuat drp GERMANIUM dan KILBY telah menerima paten untuk ciptaannya..

- 25 APRIL 1961 = ROBERT NOYCE drp syarikat Fairchild Semiconductor pula telah dianugerahkan HAK CIPTA ASAL (PATEN) untuk sebuah unit litar bersepadu yang lebih komples diperbuat dr SILIKON..

so, how is it??do you gain something from here??harap korang semua dapat sesuatu yang bermakna pada hari ini..

~~semoga bermanfaat..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...