Followers

~~LUAHAN HATI YANG TERPENDAM~~



Assalamualaikum dan selamat menikmati hari yang indah buat lovey dovey semua..entry kali ni bukannya bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran bagi diri sendiri dan orang di luar sana..kisah ini berlaku pada diri sendiri..pedih, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku..mungkin orang tidak nampak kesedihan pada riak muka, tetapi hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini bila mengingatkannya..

kisah kehidupan nurul taklah sehebat kamu semua dan taklah semalang kamu semua..nurul cuba berfikir dengan mengatakan kisah hidupku ini tak lebih dan tak kurang dengan orang lain di luar sana cuma caranya yang tidak sama..mungkin..

nurul dilahirkan sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga yang agak besar..mengandungi 9 orang termasuklah kedua ibu bapa yang masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini..dengan 4 orang adik lelaki dan 3 orang adik perempuan..kami semua seperti adik beradik yang lain..bermain bersama-sama, bergaduh bersama-sama..nurul akui nurul bukanlah seorang kakak yang baik kerana nurul tidak mahu menjadi matang dalam isu kekeluargaan kecuali dalam isu pembelajaran..semasa belajar, nurul akan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik..sanggup untuk turun naik bukit semata-mata untuk berjumpa dengan profesor bertanyakan satu soalan yang nurul tak boleh nak jawab..sangat-sangat berpuas hati apabila berjaya menyelesaikan satu soalan walaupun mengambil masa selama beberapa hari malah berminggu-minggu..tapi kalau bab-bab kekeluargaan, nurul jarang sekali nak menelefon ibubapa nurul semasa belajar..kerana bagi nurul mendengar suara ibu dan abah membuatkan nurul menangis setiap kali menelefon mereka..dan setelah itu, nurul tak boleh nak fokus dalam belajar..berbeza dengan kebanyakan kawan-kawan nurul, sekiranya mereka bergaduh dengan kekasih hati, mereka tidak boleh fokus untuk belajar, malah ada yang berniat untuk membunuh diri sekiranya kekasih tidak mengangkat panggilan telefon..Nauzubillah..nurul bersyukur kerana nurul tidak termasuk dalam golongan tersebut..bagi nurul, biar nurul berusaha sehabis daya mungkin bagi memperolehi kejayaan buat ibu bapa nurul..dan setelah mendapat dekan fakulti dan ijazah dalam sarjana muda fizik, nurul terharu bila abah mengatakan yang abah telah menempah frame untuk meletakkan sijil dekan dan gambar nurul bergraduasi..dan sudah pastinya frame yang ditempah sangat mahal..nurul menyuruh abah untuk membatalkan tempahan kerana tahu situasi keluarga yang lebih memerlukan banyak duit untuk persekolahan adik-adik..nurul hanya menyuruh abah membeli frame di kedai Mydin yang hanya berharga 11 ringgit..cukuplah untuk itu sahaja..peringatan itu lebih penting dari duit..


dan seterusnya, nurul diuji oleh Allah s.w.t, dimana kita sebagai umatNya akan sentiasa diuji..nurul kehilangan orang yang paling nurul sayang dalan hidup nurul iaitu arwah nenek sebelah ibu..akhirnya arwah nenek pergi meninggalkan kami semua pada hari jumaat setelah seminggu nurul pulang cuti semester tahun 1..dalam tempoh seminggu itu, nurul terpaksa menguruskan rumah kerana adik bongsu nurul iaitu humairah menghidap deman kavasaki dimana dia dimasukkan ke ICU dan sedang nazak..ramai yang mengingatkan adik yang akan pergi dahulu tetapi sebaliknya yang berlaku..dalam masa ditahan dalam wad, mama meminta kebenaran doktor  untuk membawa pulang adik untuk melihat jenazah nenek buat kali terakhir..nurul ialah orang yang paling dekat dengan arwah..arwah hanya akan makan ubat dan minum air jika nurul menyuruhnya berbuat sedemikian..ketika sibuk belajar, nurul akan sentiasa meluangkan masa untuk menelefon arwah menyuruhnya makan ubat dan minum air masak..arwah menghidap penyakit kanser pangkal rahim setelah lebih 10 tahun..setiap kali kimoterapi, nurullah yang akan menjaganya di hospital sehinggakan doktor disitu sudah cukup kenal dengan nurul..segala impian dan hajat hidup nurul adanya arwah nenek..tetapi bila arwah pergi, nurul kehilangan punca,,tidak mempu untuk menerima kenyataan bahawa nenek telah pun tiada..pembelajaran semakin merosot..ketika itulah juga kawan yang nurul anggap sebagai kawan baik ketika itu menikam nurul dari belakang dan pergi meninggalkan nurul..sewaktu bersamanya, nurul terkejut kerana setelah mengetahui bahawa sebelum ini dia juga pernah meninggalkan kawan baiknya yang selama ini sentiasa berada di sampingnya demi kawan baru..keyakinan nurul semakin merosot dan syukur Alhamdulillah, nurul berjaya menemukan seorang kawan yang sentiasa memotivasikan nurul dan menerima nurul seadanya..dan sekarang dialah kawan baik nurul..nurul bersyukur kerana mengenalinya..kawan senang dicari tetapi kawan sejati sukar diperolehi..nurul bersyukur kerana nurul telah menjumpai kawan sejati..susah untuk mengenali hati budi seseorang itu tetapi kawan nurul ini cukup kenal dengan nurul walaupun dengan hanya melihat mata kerana mata itu boleh berbicara..susah senang kami hadapi bersama..dan dia juga merupakan pembakar semangat nurul untuk berusaha menjadi lebih baik..kami berjaya mendapat dekan dan 4 flat dalam peperiksaan dan dia telah menyambung pengajian dalam master fizik dan sekali lagi merangkul 4 flat bagi semester 1..nurul begitu bangga dengan dia kerana dalam masa dia yang baru berkahwin dan sedang mengandung anak pertama, dengan bilik yang begitu kecil..hanya menaiki motor untuk ke kuliah..dia sangat tabah dalam menjalani kehidupannya...kami berkongsi masalah bersama-sama, menyelesaikannya bersama-sama..bertahan dan bersabar dengan perangai masing-masing dan akhirnya kami sama-sama merindui..



setelah habis belajar selama 3 tahun di bumi UKM, nurul telah mendapat tawaran kerja..syukur Alhamdulillah rezeki Allah..nurul tak pernah sekali mencari kerja tetapi kerja itu datang dengan sendiri..dengan tawaran kerja semasa praktikal lagi datang bertalu-talu membuatkan nurul pening dan buntu untuk menerima yang mana satu..tetapi setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya nurul memilih kerjaya sebagai pensyarah..sebagai pensyarah di negeri orang, nurul cuba buat yang terbaik..pada bulan pertama bekerja, boleh dikatakan setiap hari nurul menangis dalam tandas kerana tertekan dengan suasana bekerja..tertekan kerana rindu dengan zaman belajar..rindu dengan UKM, rindu dengan kawan baik..rindu dengan rumah..rindu dengan adik-adik...kadang-kadang nurul terfikir, baik sangatkah aku untuk dijadikan role model untuk berdengki??cantik sangatkah aku sehinggakan yang menegur pun terkena tempias..kita bagi madu, dia bagi racun..banyak hal yang berlaku ketika bekerja..ditikam dari belakang..dengan masalah pelajar..nurul susah sangat nak percayakan orang..berdasarkan pengalaman lepas, kepercayaan seseorang boleh disalah ertikan buat kepentingan sendiri..tak sangka sekali yang nurul akan terkena sekali lagi..ditikam dari belakang setelah apa yang nurul lakukan pada dia..setelah nurul kehilangan adik..kerana meninggal..Ya Allah, berat sekali dugaan ini..setiap hari nurul rindukan arwah adik..setiap kali naik bas untuk pulang ke rumah, setiap kali itulah air mata tumpah mengingatkan yang nurul tak boleh berjumpa lagi dengan arwah walaupun nurul berada di rumah..my sweet little boy..i miss u so much..

kadang-kadang tak terfikir dek akal kenapa wujudnya hasad dengki pada diriku sedangkan nurul bukanlah seorang yang cantik, baik mahupun bijak..nurul hanyalah seorang yang wanita biasa yang setiap hari berusaha mencari diri sendiri dan menilai apa yang baik dan apa yang buruk kelakuan nurul pada setiap hari..setiap hari sebelum tidur, nurul akan muhasabah diri apa yang nurul telah lakukan pada hari ini..apa kejayaan yang nurul capai pada hari ini..dan kenapa masih ada segelintir manusia yang dengki dengan diriku??pelik..tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti, nurul akan menjadi bahan dengkian orang..apa yang nurul banyak belajar sepanjang tempoh bekerja ialah buat kerja dengan bersungguh-sungguh,,jangan tangguh kerja..dan nurul seorang yang paling pantang dengan orang yang kurang ajar dan hipokrit..tolonglah wahai manusia, gunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya..wajarkah kamu untuk bermuka-muka dengan manusia lain??di akhirat nanti, segala kebenaran akan terbongkar dan pada masa itu, lebih ramai umat manusia yang bakal menjadi saksi atas perbuatanmu di dunia ini..


mengenai kisah adik nurul yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 26hb 11 2011..kami semua tidak pernah menjangka bahawa arwah yang kan pergi dahulu dan begitu cepat arwah meninggalkan kami..pada usia 15 tahun dan sedang menunggu keputusan PMR, arwah aliff pergi meninggalkan kami..arwah seorang yang dari kecil memang dikenali sebagai budak genius kerana pandai dalam serba-serbi..setiap semester arwah akan mendapat anugerah pengetua..mendapat pelajar terbaik..menjadi imam di sekolahnya, MRSM KK..aktif dalam sukan..tapi Allah lebih sayangkan dia..sepanjang proses menanti jenazah arwah, abah dan nurul yang membuat pengecaman..pedih, perit tetapi sebagai anak sulung, nurul kuatkan hati, tabahkan diri untuk terus bertahan sehinggalah jenazah selesai dikebumikan..sehingga sekarang hampir genap 5 bulan arwah meninggalkan kami, kami masih lagi terasa kehadirannya..arwah sentiasa dalam hati kami sekeluarga..dan setiap kali nurul teringatkan arwah, air mata mengalir..ini merupakan tahun pertama  nurul menyambut sambutan hari jadi tanpa arwah disisi..nurul seorang yang mementingkan keluarga, kesan kepada nurul sangatlah besar..apa yang nurul fikir ialah untuk ibubapa dan adik-adik nurul..biarlah mereka mendapat kebahagian dan kejayaan melebihi daripada apa yang nurul dapat sekarang..nurul bangga mempunyai kalian semua..

 
sepanjang bergelar sebagai seorang pensyarah, banyak yang sudah dilalui..hubungan dengan pelajar boleh dikatakan bagus sehinggalah ada yang membuat onar..biasalah, lumrah kehidupan..tidak boleh senang dengan kejayaan atau hubungan orang lain..tetapi, nurul akan sentiasa mempertahankan pelajar-pelajar nurul walaupun mereka tidak mengetahui dan tidak mengerti keadaan sebenar..semoga pelajar-pelajar nurul sentiasa bersemangat dan berjaya dalam kehidupan..amin..

nurul bangga dengan kehidupan nurul sekarang..nurul bangga menjadi anak sulung bagi ibu bapa nurul..nurul sayang ibu bapa nurul..nurul sayang adik-adik nurul dan nurul sayang denga kolej nurul..kolej kami ialah kolej terbaik dan sentiasa akan menjadi yang terbaik...

ps: saya.bukan.manusia.sempurna








2 comments:

  1. Sedihnya cerita sis ni...tapi sy bangga sebab sis sngat tabah mengharungi semuanya..kehilangan org yg kita syg dan pelbgai lg rintang...ena dapat merasai perasaan sis, tapi sy mungkin xdpt jd seperti sis yg tabah ini...Alhamdulillah...segala kejadian ada hikmahnyew =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..terima kasih ainaa..
      ..nurul tau yg ainaa pun boleh jd tabah..
      ..sbb Allah x akan uji hambaNya yang tidak mampu menanggung semua ujianNya..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...