Followers

~~KENAPA TAK BOLEH MINUM DAN MAKAN SAMBIL BERDIRI??~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..selamat bertemu dengan bulan April ye!!wee..kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua kenapa kita tak boleh minum air sambil berdiri..dalam islam pun, tak benarkan umatnya minum air berdiri..nak tau kenapa??let's cekidaut!!~~


- Dalam hadis disebutkan “JANGANLAH KAMU MINUM SAMBIL BERDIRI”. Dari segi kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh SFRINGER.. Sfinger adalah suatu struktur MUSKULER (berotot) yang boleh MEMBUKA(sehingga air kencing boleh keluar) dan MENUTUP..

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘POS-POS’ PENYARINGAN yang berada di GINJAL.. Jika kita minum sambil BERDIRI.. Air yang kita minum automatik masuk TANPA DISARING lagi menuju ke KANDUNGAN AIR KENCING..

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi PEMENDAPAN di saluran sepanjang perjalanan (URETER).. Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah PENYAKIT KRISTAL GINJAL muncul..

- penyakit ini sangat MERBAHAYAkerana ia akan MENYEKAT SALURAN KENCING dan menyebabkan kita SUKAR UNTUK KENCING...

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.. Adapun minum sambil BERDIRI,  maka ia akan menyebabkan CAIRAN JATUH DENGAN KERAS KE DASAR USUS, melanggarnya dengan keras..

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan USUS MEMBESAR danJATUH, yang kemudian menyebabkan PENCERNAAN TIDAK BERFUNGSI.

Manusia pada masa BERDIRI, ia dalam keadaan TEGANG, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna..

KETENANGAN hanya boleh dihasilkan pada masa DUDUK, di mana SARAF berada dalam keadaanTENANG dan TIDAK TEGANG, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat..

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa BERDIRI, boleh memberi kesan pada REFLEKSI SARAF yang dilakukan oleh REAKSI SARAF KELANA (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan ENDOTEL yang mengelilingi USUS..

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan SARAF TIDAK BERFUNGSI (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik MEMATIKAN JANTUNG, sehingga menyebabkan PENGSAN atau MATI MENDADAK..

so, amacam???dah tau kan sekarang..korang boleh nampak kan apa yang rasulullah saw suruh amalkan tu memang yang terbaik.,,jomlah kita sama-sama mengamalkan minum dan makan sambil duduk..bagus untuk kesihatan dan ketenangan jiwa..

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: silalah klik my nuff k..jangan malu2..wee~~



6 comments:

  1. skang dh belajar minum duduk. haha. *cuak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..hee..
      ..memang pun..
      ..slow2 ubah cara minum..
      ..hee~~

      Delete
  2. Replies
    1. ..sekarang en frogos kena cuba belajar minum duduk lar pulak..
      ..bahaya..
      ..huhu~~

      Delete
  3. ada jugak tbaca kat fb..tp sebab dh biasa susah jgak nk mnum smbil duduk huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..aah..
      ..kena belajar minum sambil duduk lar skrg..slow2 cuba buat..
      insyaAllah..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...