Followers

~~KENAPA BOLA GOLF ADA LESUNG PIPIT?~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua apa khabar??? Nurul di sini sihat2 je..sekarang nurul ada kat rumah.pulang untuk menyambut tahun baru china..hee~~buat kawan-kawan yang berbangsa Cina..Happy Chinese New Year ok!!kali ni nurul nak mengajar korang semua mengenai Fizik...huargh!!!ngantuknya!!ishk...janganlah gitu, nurul tak start pun lagi..nurul nak menjawab soalan fizik yang korang selalu tertanya-tanya..kalau ada yang tanyalah..so, this is the question..kenapa bola golf ada lesung pipit???

Korang semua pernah tengok tak bola golf???bola golf ada lubang-lubang kecil kat permukaannya yang juga dipanggil lesung pipit..haaa!!!jangan ingat manusia je yang ada lesung pipit tau..bola golf pun ada juga..ok, meh sini nurul nak jelaskan mengapa bola golf kena ada lesung pipit...



1) act, lesung pipt tu akan mengurangkan daya seretan(drag force) dimana daya seretan ini akan membuatkan suatu jasad kehilangan sejumlah tenaga ketika melalui bendalir ataupun gas dan membenarkan bola golf tersebut untuk meluncur lebih laju di udara berbanding dengan bola yang licin..semakin laju bola meluncur, semakin jauh jarak bola golf boleh pergi dan semakin berpotensilah untuk pemain menang...yiehaaaa!!!~~

2) apa yang tejadi semasa bola golf meluncur ke udara???
 - ketika bola golf berada di udara, udara disekeliling bola golf tu akan berpaut pada bola tersebut dengan lebih lama..ini akan mengurangkan eddies ataupun kesan sedar (wake effect) yang boleh mengurangkan tenaga bola (tenaga keupayaan dan tenaga kinetik). Semakin banyak tenaga bola, semakin lama bola akan berada di udara dan semakin jauh bola itu boleh meluncur laju..

3) sejauh mana bola golf boleh meluncur laju berbanding dengan bola biasa???
- bola golf boleh meluncur sehingga 300 yard (275meter). Sebaliknya , bola yang licin hanya boleh meluncur sehingga 70 yard (65 meter) sahaja..

4) berapa banyak lesung pipit yang boleh dimiliki oleh sesuatu bola???
- bola boleh memiliki lesung pipit sebanyak 300 hingga 500 lesung pipit dengan kedalaman 0.01 inci (0.25milimeter)...

5) ada cara lain tak untuk membolehkan bola golf meluncur laju di udara???
- kesan lain yang boleh menambahkan jarak bola golf meluncur laju ialah dengan memukul bola tersebut dengan cara backspin aka underspin (putaran belakang). Bola itu akan berputar ke belakang seolah-olah ianya akan bergolek semula ke arah pemain setelah ia dipukul. Putaran belakang akan membawa bola ke udara dengan lebih laju dan lebih jauh kerana kurangnya tekanan pada permukaan atas bola golf itu tadi..

So,amacam???finally, korang da tau kan kenapa bola golf ada lesung pipit..diharapkan perkongsian ini bermanfaat buat korang semua k!!that’s all..tqvm and take care!!

Sumber: the handy science book

4 comments:

  1. Replies
    1. kalau nak copy cam2 memang x boleh,,fauzan kena taip sendiri..dipersilakan utk share knowledge ok!!~~

      Delete
  2. wow!sy yang mnt sukan ni baru tahu kot...rasanya pkcik hasbullah awang pon tak tahu ni....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa!!!baguslah macam 2.nnt boleh dipraktikkkan masa main nnt.hee~~

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...