Assalamualaikum wbt dan hi buat lovey dovey semua..korang semua apa khabar???nurul tak berapa nak sihat sebab demam..huhu..tapi tak pelah, sakit ni boleh menghilangkan dosa-dosa kecil kita..tak gitu???
nurul nak gitau korang semua..29hb november 2011, nurul telah pun kehilangan seorang ahli keluarga nurul..adik nurul, Muhammad Aliff Razuan Bin Azman telah pun kembali ke rahmatullah. semoga arwah tenang di syurga sana..Amin..nurul ingin minta tolong pada korang semua, sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah. semoga dia bahagia berada di samping Allah..terima kasih ye semua..
kali ni, nurul nak berkongsi dengan korang semua 12 azab bagi mereka yang tinggalkan solat..no, no, no..nurul menyeru kawan-kawan semua, janganlah tinggalkan solat..solat ini tiang agama kita, cuba bayangkan kalau rumah tanpa tiang, pasti roboh berkecai..macam tu lah kita, solat ini boleh mencegah kita daripada melakukan kemungkaran..ingatlah, kita semua pasti akan kembali kepadaNya..oklah, tak nak cakap lebih2, jom teruskan pembacaan kita k..
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1) Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2) Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3) Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
bahaya ketika hendak mati :
4) Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
5) Dia akan merasa yang amat pedih ketika Roh dicabut keluar.
6) Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur :
7) Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
8) Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
9) Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
azab di hari kiamat :
10) Hisab ke atasnya menjadi sangat berat
11) Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
12) Allah S.W.T akan menyeksanya dengan api neraka.
haa..amacam kawan-kawan semua???dah tau kan???jangan lupa sembahyang k..bila kita meninggal, soalan pertama yang akan dihisab ialah solat kita..kalau dah soalan pertama pun kantoi, apatah lagi soalan yg ke 2, betul tak??semoga kita semua memperoleh hidayah dan petunjuk dari Allah swt..Amin..
semoga bermanfaat..jangan lupa tolong klik nuffnang nurul k..macam biasa, nak kumpul duit, pergi haji..kali ni nak buat haji buat arwah adik pulak..amin..
~~take care~~
salam..terima kasih berkongsi! dakwah itu dituntut~
ReplyDeletethx sharing..dakwah itu dituntut!
ReplyDeleteamirul hafizin: salam..sama-sama..marilah kita semua sama2 berdakwah k...~~
ReplyDelete