Followers

~~10 NEGARA PALING BERSIH DI DUNIA~~


Assalamualaikun dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat???nurul tak berapa sihat..demam selsema..datang dengan pakej lagi..batuk..huhuhu~~tapi tak pe,,nurul pun da lama tak buat entry baru..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua 10 negara paling bersih di dunia..let's check it out~~

1) ICELAND

EPI score: 93.5
Pendapatan per capita: $36,000
Populasi: 311,000
 Iceland merupakan negara yang paling bersih di dunia.. mungkinkah sebab populasinya sedikit dan kurang manusia yang tak bertanggungjawab untuk mencemarkan negara itu? hahaha..suke hati je..~~
2) SWITZERLAND
EPI score: 89.1
Pendapatan per capita: $37,000
Populasi: 7.6 Juta
Switzerland merupakan negara yang mempunyai tinggi scorenya dalam kualiti air, diodiversiti dan sebagainya. Tetapi sama seperti negara maju yang lain, tahap udaranya agak kurang sedikit.. sikit je kurang pun...
3) COSTA RICA
EPI score: 86.4
Pendapatan per capita: $9,600
Populasi: 4.5 Juta
Negara yang sedang miskin dan sedang membangun ini berada di tangga ke 3. Dengan kekayaan hasil bumi yang pelbagai dan banyak hutan yang terjaga mampu menjadikan Costa Rica negara yang bersih dan cantik..
4) SWEDEN
EPI score: 86
Pendapatan per capita: $33,400
Populasi: 9.1 Juta
Agak jauh beza antara negara di tangga ke 5 dan ke 4. Sweeden sentiasa mengekalkan kehijauan di negara itu dan sering berlawan dengan negara sekeliling untuk menjadi negara yang paling hijau..
5) NORWAY
EPI score: 81.1
Pendapatan per capita: $48,000
Populasi: 4.7 Juta
hohoho..tak tau nak tulis apa pasal norway ni.. tapi apa yang nurul boleh katakan, ia antara negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang sangat tinggi tapi masih boleh mengekalkan kebersihan.. bravo~~
6) MAURITIUS
EPI score: 80.6
Pendapatan per capita: $10,000
Populasi: 1.3 Juta
Mauritius adalah satu kepulauan kecil di lautan India, mungkin kerana tempatnya yang agak terpencil menyebabkan populasinya sangat rendah. Tetapi ia juga merupakan tarikan pelancong yang inginkan udara segar dan bersih serta tempat yang sunyi dan bersih..
7) FRANCE
EPI score: 78.2
Pendapatan per capita: $31,000
Populasi: 62 Juta
France merupakan negara yang paling ramai populasi dalam senarai Top 10 ini tetapi ia tidak menghalangnya utnuk menjadi negara yang bersih. Dipercayai, kualiti udara dan air di France sangat tinggi.. hurm~~
8) AUSTRIA
EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $35,000
Populasi: 8.3 Juta
Austria memang terkenal dengan negara yang cantik, dan sila jangan keliru Austria dengan Australia ye.. hoho kedua-duanya adalah negara yang berbeza..
9) CUBA
EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $8,500
Populasi: 11.3 Juta
Walaupun Cuba merupakan negra fahaman komunis, namun ia berjaya membuktikan bahawa ia bukan satu penghalang untuk menjadi negara yang bersih.. hohoo..
10) COLUMBIA
EPI score: 76.8
Pendapatan per capita: $7,600
Populasi: 44 Juta
Ini merupakan negara termiskin yang tersenarai dalam top 10. Mungkin kerana kurang pembangunan maka banyak lagi alam sekitar yang terpelihara dan menyebabkan Columbia menjadi negara yang bersih..

Malaysia???hurm..tempat ke 54..oklar tu..asalkan kita semua pandai jaga kebersihan..jangan buang sampah merata-rata..alar..benda simple je tu..tapi kalau da sorang buat, orang lain pun akan buat juga kan??hehe..let's protect our country!!!~~

~~oklah..semoga bermanfaat..terima kasih sudi baca..take care~~

2 comments:

  1. singapore rasa bersih gak..kalau tak silap sape buang sampak kene saman kat sana hehee

    ReplyDelete
  2. areliff: memang bersih pun, pembangunan pun pesat..kalau tak salah, chewing gum pun kena ban kat sana~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...