Followers

~~BAGAIMANA KAPAL TERBANG BERFUNGSI??~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua pernah naik kapal terbang tak???nurul pernah naik dan sangat suka naik kapal terbang, even sekarang pun nurul rasa nak je naik kapal terbang tu..pergilah mana-man pun..nurul tak kisah..part yang nurul suka ialah masa kapal terbang dah nak start naik dan nak turun..senang kata, time tu kita kena pakai tali pinggang keselamatan..hehe...tak pernah naik kapal terbang???jangan risau..insyaAllah, akan ada masanya nanti ok..so, kali ni nurul nak bercerita mengenai kapal terbang..bagaimana kapal terbang berfungsi???bagaimana kapal terbang tu boleh terbang dan sebagainyalah..semoga korang semua terhibur..let's check it out~~

1) Apabila sesebuah pesawat terbang itu terbang, terdapat 4 daya yang bertindak dalam dua paksi. Pada paksi mengufuk (horizontal), terdapat daya tujah dan daya seret, manakala pada paksi menegak (vertical) pula, terdapat daya angkat dan berat..

2) Daya tujah (thrust) ialah daya yang mendorong pesawat terbang bergerak ke hadapan. Daya ini dihasilkan oleh enjin. Semakin kuat dorongan sesuatu enjin, maka semakin laju pesawat terbang bergerak ke hadapan..

3) Daya seret (drag) pula merujuk kepada daya yang menghalang pergerakan ke hadapan. Daya ini wujud disebabkan terdapat rintangan terhadap pergerakan udara. Sebarang objek yang mempunyai rintangan udara yang tinggi akan menghasilkan daya seret yang besar. Oleh itu, sesebuah kapal terbang itu selalunya berbentuk larus dan licin bagi mengurangkan daya seret..

4)  Daya angkat (lift) pula merujuk kepada daya yang mengangkat sesebuah pesawat terbang ke udara. Daya angkat ini dihasilkan oleh sayap dan penaik. Daya angkat yang terhasil bergantung kepada ketumpatan udara persekitaran, halaju pesawat terbang, luas sayap dan jenis sayap yang digunakan..

5) Berat (weight) pula merujuk kepada daya yang menarik pesawat terbang ke bawah dan ianya menghalang daya angkat. Berat wujud disebabkan tarikan graviti bumi dan nilainya bergantung kepada jisim sesuatu pesawat terbang. Semakin besar jisim, semakin berat dan susah untuk ia terbang.

6) Secara umumnya, untuk sesebuah pesawat terbang bergerak ke hadapan, daya tujahnya mestilah lebih besar daripada daya seret manakala untuk terbang ke atas pula, daya angkat mestilah lebih besar daripada berat.

7) Berdasarkan  Prinsip Bernoulli yang telah dikemukan oleh seorang ahli sains Belanda/Swiss yang dikenali sebagai Daniel Bernoulli menyatakan bahawa, jika udara bergerak dengan laju, ia akan menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah di sekelilingnya manakala jika ia bergerak perlahan pula, kawasan bertekanan tinggi terhasil. Lanjutan daripada prinsip inilah yang membawa kepada penemuan konsep aerofoil yang meluas digunakan pada hari ini..


so, disebabkan oleh 4 daya yang terhasil inilah yang menyebabkan kapal terbang ni berfungsi..boleh terbang sekali..hehe...oklah..semoga bermanfaat..

~~that's all..take care~~

10 comments:

  1. huhu..thanks..entri yang bermanfaat..masa belajar fizik, tak lengkap macam nie.. nice ^_^

    ReplyDelete
  2. =3 uh i miss fizik, entry ni buatkan i teringat kenangan manis fizik time skul dulu

    ReplyDelete
  3. hehe...physis is interesting isn't???semoga bermanfaat buat korang semua..

    ReplyDelete
  4. waahh dia cerita psl physics la :D .. hehehe

    ReplyDelete
  5. waahh dia cerita pasal physics la . hehehe :D

    ReplyDelete
  6. hahaha..kelakar lar alif haris ni..nurul kan suka fizik..grad pun dengan fizik..nak sambung master pun still fizik jugak..nurul akan explain banyak pasal fizik ye nanti..hehe~~

    ReplyDelete
  7. wahhhh..yg nie pasal fizik plak..
    mmg hebatlah.. :)

    ReplyDelete
  8. kam_hafiz: kita belajar semua ea..biar semua pandai ok..hee~~

    ReplyDelete
  9. betul2...
    dah ingat dah..
    dulu time praktikal asyik kena tanya ngan technician je...

    ReplyDelete
  10. shafiqabdbhukor:hehe..baguslah dah ingat..nnt boleh lah jawab soklan technician 2.ngee~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...