Followers

~~KECANTIKAN LELAKI & WANITA ISLAM~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua sihat???da makan belom???da solat???hehe..jom kita ramai2 baca entry ni pulak..kecantikan lelaki dan wanita islam...

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani...
Lelaki yang cantik, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
 
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati...Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

jomlah ye kita semua jadi lelaki dan wanita islam yang sebenarnya..jangan main2..semoga kita semua diberkati ALLAH..Amin...

~~that's all..take care~~

2 comments:

  1. yer... jadi wanita yang terbaik...
    good entry..
    salam perkenalan... droup by baca netry n klik2 utk tabung..
    sama 2 jana tabung.. daa~

    ReplyDelete
  2. thankz normaliza~~sma2 klik ok!!!1 more cool person klick my nuff..hee~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...