Followers

~~CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN..MARI AMALKAN~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua warga bumi..semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya...InsyaAllah..

SubhanaAllah..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Allah swt masih lagi memberi kita peluang untuk menghirup udara yang segar ini..free of charge pula tu..hehe..oklah..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua 6 cara untuk meningkatkan daya ingatan..semua ini boleh diamalkan tetapi jangan lupa untuk sentiasa basahkan bibir dengan berzikir dan membaca Al-Quran kerana amalan itulah yang lebih mujarab..

1. BANGUN PAGI DAN CIUM ROSEMARY
- Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian..
- Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak berbau, beberapa bilik dengan bebauan dari minyak aroma rosemary, dan selebihnya bekerja dengan bebauan minya lavender.
- Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan bauan minyak aroma rosemary mempunyai keputusan yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih buruk dalam hal kerja ingatan..
 - Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan)..
- yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.

2. MAKANAN UNTUK BERFIKIR
- Untuk menjaga ingatan tetap muda meskipun otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
- Antioksidan = molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut sebagai ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah..
- Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak..
 sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega-3.. 
- supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak..
- omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan

3. KUNYAH GULA-GULA GETAH
- Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggeris mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka panjang dan jangka pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa..
- tindakan mengunyah gula-gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyutan jantung, atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak (hippocampus) yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.

4. PERMAINAN OTAK
- Sebuah program Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintis saraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka..
- Sudoku dan teka-teki silang boleh menambah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di dalam otak saling bersambungan..

5. TIDUR
- Dalam kajian menggunakan tikus, ketika tikus tidur, dua kawasan di otak iaitu hippocampus dan medial prefrontal cortex, iaitu kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu..
- Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk..

6. BERJALAN KAKI
- Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring  dengan usia..
- Namun kajian pada tahun 2011 menyatakan orang dewasa yang beranjak tua yang sentiasa berjalan kaki dapat mempertahankan aktiviti hippocampus..
- Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun; Mereka melakukan aktiviti berjalan kaki tiga kali seminggu selama 40 minit..

-  Aktiviti ini berjaya meningkatkan denyut jantung mereka..
- Peserta lain dengan jumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan,dalam tempoh yang sama..
- Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang 1 peratus daripada volumenya, secara purata..
- Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan kira-kira 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus ,membalikkan penuaan semulajadi hippocampus selama dua tahun..
- Ilmuwan percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak..
-  Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~KELEBIHAN BERWUDHU' SEBELUM TIDUR~~


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat kalian semua..kalian semua apa khabar? semoga kalian semua sihat walafiat dan sentiasa diredhai Allah SWT selalu..

kali ni, nurul  ingin berkongsi satu pengisian rohani yang bagus untuk kita semua iaitu kelebihan berwudhu' sebelum tidur..semoga kita cuba mengamalkannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah..


Rasulullah SAW bersabda : 
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci." (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Pertama
Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.

Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua
Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga
Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: Selamat Hari Raya AidilFitri..nurul mohon maaf sekiranya nurul ada berbuat salah kepada kalian semua..dan seandainya ilmu yang diberi ada khilafnya, maafkan nurul,,yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari khilaf nurul sendiri..semoga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah selalu..Amin~~







~~PINK BUKAN SEJENIS WARNA~~


Assaamualaikum dan hi lovey dovey semua..nurul tertarik untuk berkongsi dengan korang semua satu pembacaan mengenai warna pink..pink dikatakan bukan sejenis warna..kenapa ea??susuah untuk percaya..iye lar kan..nurul sendiri pun memang minat sangat dengan pink ni..kalau boleh nak semua barang wana pink..tapi tak adalah obses sangat..hahaha..oklah..jom kita kaji benarkah apa yang dikatakan itu..


-semua orang sedia maklum terdapat 7 warna asas pelangi..but where the heck is pink???tak ada pun dalam warna pelangi..Maksudnya warna pink ini ialah bukan termasuk dalam warna spektrum cahaya. Persoalannya, bagaimana otak kita boleh mentafsir warna pink itu wujud dalam dunia kita..

- Satu cara untuk membuktikan pink ialah bukan sejenis warna adalah dengan melihat objek dibawah secara terus lebih kurang 30 saat dan selepas lihat backgroud putih blog ini. Apa yang dapat dilihat? Warna apa yang dilihat?
 - Kalau seorang manusia yang normal yang mempunyai daya penglihatan yang sempurna, kita akan dapat melihat satu objek bulat yang berwarna hijau.

 Ya tidak? 
- Warna yang terhasil iaitu hijau yang kita nampak tadi sebenarnya ialah warna yang dipanggil warna pelengkap kepada asal yang kita tengok. 
- Warna pelengkap ialah warna yang ditafsir terbalik oleh mata. Merah dan warna pelengkapnya ialah biru muda, oren kepada biru dan kuning kepada violet.
- Semua warna yang disebut diatas, warna pelengkapnya ada dalam spektrum warna kecuali hijau. 
- Sebenarnya spektrum warna mempunyai range wavelengths masing-masing. 
- Merah wavelength paling panjang, violet paling pendek dan lain-lain warna adalah di antara merah dan violet. 

Jadi, macam mana mata membezakan warna-warna kat atas dunia ni?
- Bila mata melihat sesuatu objek yang berwarna, retina sebenarnya melihat dan membezakan panjang wavelength sesuatu objek itu. Senang cerita, warna dibezakan oleh panjang wavelength dan otak mentafsir wavelength yang kita nampak itu sebagai experience dan tersimpan kemas dalam memori otak. Contohnya, sebenarnya dari kecik lagi kita diajar wavelength panjang ini, warna ini. Tapi masih tak menjawab persoalan pink bukan sejenis warna.

Hurmm. Bagaimana pula bila mata melihat dua wavelength yang berlainan pada satu masa? Contoh violet dan merah dilihat pada satu masa. 
- Ada dua pilihan yang diinterpret oleh otak apabila berlaku situasi ini.
1. Otak akan mengambil jalan mudah dengan mengambil warna yang berada di tengah-tengan antara merah dan violet iaitu hijau (bukan hasil campuran dua warna itu)
2. Atau mencipta warna baru pertengahan antara merah dan violet.

Pink adalah bukti otak melakukan pilihan yang ke-2. Warna pink telah dicipta oleh otak untuk merapatkan hubungan antara merah dan violet kerana warna itu tidak wujud dalam spektrum cahaya. Pink tidak mempunyai wavelength yang boleh dikaitkan dengannya tidak seperti warna-warna spektrum lain. Spektrum cahaya mempuyai warna yang hilang kerana otak kita sendiri sudah boleh mentafsir warna yang hilang itu...
Lihat pusingan titik objek di atas. Apa yang ditafsir oleh otak? Warna pelengkap kepada pink iaitu warna hijau. 

- Tetapi bila saintis superimposed the red end of the spectrum to the blue end, warna pink terhasil. maksudnya cahaya putih melalu satu prisma laluh menghasilkan 7 warna dan sekali lagi warna merah dan biru melalui prisma lalu menghasilkan warna pink. Pink ialah satu-satunya warna yang tidak mempunya wavelength sebagai satu single wavelength kepada cahaya. Ramai pula bertanya bagaimana dengan warna coklat? Warna coklat mepunyai wavelengthnya sendiri kerana warna coklat sebenarnya terletak antara warna merah dan kuning dalam spektrum cahaya. Dalam erti kata lain coklat ialah warna merah yang mempunyai intesiti yang rendah. 
- Kesimpulannya, pink ialah bukan sejenis cahaya disebabkan pink tidak mempunyai wavelengthnya sendiri dan otaklah yang mencipta warna pink dan disimpan sebagai satu memori.

nurul harap korang semua boleh faham dengan penjelasan itu tadi..jadi buat semua peminat tegar pink...jangan sedih-sedih walaupun pink itu bukan jenis warna..try to think positive..pink ni warna yang unik kerana dicipta oleh otak sendiri..so, appreciate more k!!hehe~~

~~semoga bermanfaat..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...