Assalamualaikum dan hi earthlings..so, how's your day today???hopefully, kita semua sentiasa dalam lindungan Allah k..
actually, there is something i would like to review..about my life in KMPh once ago..nurul pernah pegang title pelajar KMPh (kolej matrikulasi Pahang)..masa tahun 2007/2008 if i'm not mistaken..nurul belajar kat sana selama setahun dibawah program PST (program satu tahun)..lepas je SPM, nurul dapat masuk matrik..selain dari tu, nurul juga dapat beberapa tawaran lain seperti asasi, tapi entah kenapa masa tu, hati memilih matrik rather than other choices..so, menapak lar nurul kat bumi matrik pahang tu selama setahun..actually tak sampai setahun pun, lebih kurang 10 bulan kalau ditolak dengan cuti bagai..
nurul ingat lagi, mula-mula sampai je kat sana, semua pelajar kena daftar sendiri..parents have to wait outside..so, bayangkanlah, first time sorang-sorang eventhough your parents are there..cuak jugak lar..but it is a good starter to be independent..
then, nurul diberi bilik..blok B2..bilik nurul tingkat 3..paling atas sekali..imagine nak kena bawa barang-barang naik atas tangga..bukannya satu, banyak kot..beg baju da 2, beg buku, baldi..semualah..then, masa tu, berlakulah sesi kenal mengenal dengan roomate semua..ada 4 orang..2 orang sains fizik dan 2 orang lagi sains hayat..kira oklah tu kan, boleh study sama2..
first day kelas???nurul ingat lagi kelas pertama ialah english..nurul lupa nama teacher..tapi teacher tu kecik je orangnya..kecik-kecik pun, tegas tau..masa first kelas, nurul masuk agak lewat berbanding dengan orang lain sebab tak jumpa cari kelas..huhu..sekali dalam kelas, teacher, panggil nama nurul sebab nak suruh jadi penolong kelas..adoi!!terkejut kot!!da lar first day..datang lewat pulak tu..mulalah sesi berkenalan dengan kawan sekelas..pada awalnya ramai, tapi sorang demi sorang keluar..dapat tawaran lain..yang tinggal tak sampai 20 orang..
so, bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar matrikulasi..memang sangat tough!!patutlah ramai student tak nak masuk matrik..alasan susah..biasalar kan..semua susah..nak makan nasi pun susah kalau tak tau cara..tak gitu??kelas hari-hari penuh kot!!start pukul 8 abes pukul 6..gap waktu tengahari..tu pun terkejar-kejar nak sembahyang Zohor..honestly speaking banyak kenangan kat sana..sangat rindu dengan diorang semua..one of my friend, Ina dapat sambung degree in Physics kat Manchester bawah tajaan KPM..terer giler Ina tu..waktu kuliah Fizik, dia buat Kimia..waktu Kimia, dia buat Math..bila tanya, boleh je jawab..ada masa free je, nurul dengan dia pergi lar mencapap kat cubicle lecturer bertanyakan soalan..seriously speaking, nurul bukanlah excelent student pun masa kat matrik..tak pandai macam orang lain..huhu..siapalah nurul nikan..uhuk...
masa kat sana, kejap je masa berlalu..10 bulan je kot..tup tap tup tap da abes.. teringat lagi sorang kawan nurul, Pijah yang hilang beg duit..kesian..so, nurul bagi pinjam duit nurul..tak banyak pun sebab nurul sendiri pun pokai gak..tapi kan,hari-hari kitaorang makan nasi ayam RM2.50 sebab tu je lar nasi yang murah..kalau nak ambil nasi berlauk, kompem-kompem lar mahal kan..huhu..lepas tu, ingat lagi, masa kitaorang bertiga keluar outing masa bulan ramadhan, pijah tercicir beg duit..merata kitaorang cari duit..siap kena kejar dengan mat pit lagi..takut giler masa tu..dahlar masa tu dah nak buka puasa..kitaorang pusing satu bazar, patah balik dari Mega Mall..lupalah pula nama bazar tu, tapi bazar tu dekat dengan masjid kat Wisma tempat makcik nurul bekerja..penat memang penat tapi bila ingat balik, tersenyum sorang-sorang..dapat tolong kawan yang dalam kesusahan..puas hati..yang penting kami semua bersatu hati bila ada masalah menimpa..hehe..
abes je setahun nurul belajar kat matrik, nurul dapat tawaran masuk ke UKM buat ijazah sains fizik..suka sangat sebab fizik adalah first choice nurul masa tu..hehe..
oklah, buat adik-adik kat luar, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru..sebab tak kira apa yang berlaku, ia akan menjadi suatu pengalaman yang bermakna buat kita..mungkin pada masa itu, kita sedih dan benci dengan keadaan yang berlaku, tapi bila kita ingat kembali, tanpa sedar kita akan tersenyum..semoga kehidupan kita semua sentiasa indah dan penuh dengan warna warni kehidupan ok..
so, enjoy my pic with my classmate, 2F14..
..miss this moment..i'm proud to be one of 2f14 members..2f14 the best!!
i really wish that i can meet with u all again..siti, pijah, alia, naimah, ejen, erul, leha, nabil, amir1, amir 2, arif, sharmi, saidi, yong, saifudin, ehsan, faris...
~~hope to see u soon..take care~~
ps: teringat karipap panas-panas 50sen satu kat kedai bakery..ada lagi ke tak ea karipap 2??hehe~~