Followers

~~10 KERETA MASA HADAPAN~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey sekalian??korang semua sihat???dah makan??dah solat??kalau yang belum solat, cepat2 lah pergi solat k..dosa tinggalkan solat..

kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua10 kereta pada masa hadapan..kereta-kereta ni direka dengan menggunakan sumber yang boleh diperbaharui sepeti solar, angin dan macam2 lagi..let's start our tours k!!

1) Kereta konsep Aiolus

- Direka khusus oleh pereka Korea Selatan Kyoung Soo Na, kereta ini menggunakan tenaga angin yang ada di sekitar bangunan pencakar langit di Seoul.
- Dijana menggunakan enjin mesra alam sekitar dan diberikan bentuk yang futuristik.
- Kereta konsep Aiolos kenderaan jenis monowheeler dengan bahagian dalaman kokpit mengawal segalanya daripada lampu isyarat kepada kamera.
2) Kinetia Cuboy
- Kereta kompak dua tempat duduk dengan bentuk satu kotak.
- Direka oleh Sasank Gopinanthan, Kinetia memberikan saingan kepada Volkswagen Beetle dan Austin Mini.
- Bentuknya yang comel dengan tiga tempat duduk memudahkan pemandu meletakkan kenderaan di tempat yang sesak.
3) TriMove
- TriMove tiga tayar mempunyai gaya aerodinamik yang diharapkan daripada motosikal.
- Rekaan motor dengan tiga tayar Mohammad Ghezel memberikan keseimbangan walaupun ketika berhenti.
4) Kereta elektrik Chevrolet
- Kereta sukan mikro ini direka khusus bagi pemanduan bandar. Kereta elektrik berkenaan direka oleh pereka industri Guatemala, Cristian Polanco.
Kereta kompak ini lebih baik dan selesa berbanding kereta elektrik lain.
5) Kereta solar Midier
- Direka oleh Siyang Liu, kereta berkenaan dilihat bukan hanya satu kereta konsep tetapi sebuah kereta masa depan.
- Solar panel yang terdapat di atas kereta yang bagi memenuhi keperluan menyerap tenaga solar..
6) Kereta konsep Vieria
- Kereta konsep Vieria dijana oleh tenaga elektrik dengan satu tempat duduk. Reka bentuk yang pendek dan nipis membolehkan pemanduan lebih jauh sebelum minyak diisi semula.
- Bahagian hadapan Vieria menapis habuk dan kekotoran di udara dan membebaskan udara yang bersih ke dalam kereta.
7) Kereta konsep Renault Captur

Captur adalah kereta konsep dalam strategi baru reka bentuk Renault yang ‘sporty’.
- Konsep enjin turbo kembar 160 dCi menggabungkan pemanduan ceria, bergaya, selesa dengan pelepasan gas CO2 yang rendah.
8) Kereta konsep Foow
Kereta konsep Foow daripada Pietro Russomanno dijana dengan tenaga solar telah direka khusus bagi kawasan sesak.
- Ia mempunyai rekaan trisikal aerodinamik yang boleh memuatkan hanya seorang pemandu.
- Hampir sama dengan konsep Land Glider Nissan, Foow seakan sama dengan motosikal dengan pengalaman memandu yang unik.
9) Kereta keluarga Logma
- Logma adalah kereta keluarga yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kesedaran ekologi di luar.
- Logma bermakna ‘cebisan makanan’ merupakan kereta kompak yang direka oleh Dr. Hussien Al-Jammazi bagi memenuhi keperluan keluarga kecil yang tinggal di bandar besar..
10) Kereta terbang Audi
- Pemenang Pertandingan Reka Bentuk Auto Dunia 2009, satu pertandingan anjuran Akademi Domus di Itali bagi mengiktiraf rekaan automotif paling inovasi.
- Audi Sharks menjanjikan salah satu kereta masa depan yang paling menarik.
- Pereka Karim Doku mendapat ilham daripada motosikal dan kapal terbang bagi menghasilkan model 3D bagi kereta futuristik yang tidak mempunyai tayar tetapi boleh terbang.
amazing isn't??kan cool kalau dapat drive kereta2 ni semua..agak-agak koranglar, bila agaknya siap kereta2 ni semua??mampu ke kalau nak beli??
~~semoga bermanfaat..take care~~
ps: plis klik my nuff k..tq u olz!!



2 comments:

  1. wah.. memang cool! sy nak order kereta yang last tu ye.. (^____^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..hehe...
      ..nurul pun nak kereta terbang audy 2 jugak..
      ..huhu~~

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...