Followers

~~TIPS BUAT GIGI KUNING JADI PUTIH~~


Assalamualaikum wbt dan hi buat lovey dovey sekalian..dah lama kan kita tak berjumpa???fuhh..fuhh...tiup habuk jap..

sory ea sebab nurul memang sibuk sangat kebelakangan ni..banyak kerja..and, btw, semalam hari jadi nurul..hahaha...selamat hari lahir nurul..hee~~

azam tahun ni..nurul nak dekatkan diri kepada Allah..mahu berusaha menjadi wanita solehah..insyaAllah..dan berbakti sepenuh hati kepada kedua ibu bapa nurul..doakan hajat nurul tercapai k..

oklah..kali ni, nurul nak berkongsi dgn korang semua cara untuk memutihkan gigi...let's cekidaut!!~~

1) ARANG KAYU
sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi..

2) LEMON DAN GARAM
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi..

3) KULIT LIMAU
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4) DAUN KARI
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

5) STRAWBERI
- hurm..sedapnya buah starberi..feveret nurul ni..hihi...selain kaya vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatkan gigi menjadi putih berseri.

6) EKSTRAK EPAL DAN CUKA PUTIH
kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan kotoran dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel. Selain itu, rasanya juga sangat pahit.

haa..amacam???boleh lah mencuba k..hehe~~

ps: tolong klik my nuff k..hihi..

~~take care dear~~




6 comments:

  1. dah tak payah pg buat whitening lagi la.hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..betol3x..
      mahal tu nak buat whitening..
      hehe~~

      Delete
  2. best je..hehee..:) suka je entry ni..ble pakai yudung putih dah pas ni..heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..hee..
      ..baguslah..
      ..lepas ni boleh senyum lebar..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...