Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...korang semua sihat???nurul rindu dgn korang semua..terima kasih tau sebab sudi singgah dan follow blog nurul ni...kepada yang dah like blog nurul, terima kasih banyak2 tau..jasamu dikenang..tanpa korang semua, sapelah saye ini..huhu~~
1st update, nurul da pun mula kerja...hee~~excited???x delah sangat sebab masih dalam mood nak bermalas-malas lagi kan...hihee~~hari ni da masuk 2 hari nurul kerja...pensyarah di kolej KCTI kat terengganu..sekarang ni nurul menetap sementara kat rumah kawan..syukur Alhamdulillah kawan sanggup tumpangkan nurul...hehe~~
oklah, x nak cakap panjang...kali ni, nurul nak berkongsi dengan lovey dovey semua kenapa kita tidur berdengkur???agak2 korang lar kan, nape ea???let's check it out!!!~~
1) APA KEMENDENYE BERDENGKUR NIE???
Berdengkur adalah BUNYI BISING semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat.
2) MACAM MANE PULAK BENDA HALAH TU BOLEH BERLAKU??
Ia berlaku apabila terdapat SEKATAN pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila TISU BAHAGIAN ATAS SALURAN PERNAFASAN bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
3) OWH, MACAM TU KE???DAH TU KENAPA BOLEH BERDENGKUR PULAK??
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.
- Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.
- Tisu tekak yang besar dan tebal.
- Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.
- Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar juga mudah berdengkur.
4) HAAA...DA TAU PUN...SO, APA KESAN BILA KITA BERDENGKUR EA???BAHAYA TAK??
boleh mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya...
5) WAAAA...TATOTNYE!!!TULUN2X!!!!CAM MANA NAK ELAKKAN DRP BERDEGKUR NIE??
- Kurangkan berat badan jika mengalami masalah berat badan berlebihan...
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
- Dicegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang..
HURM...DA TAU PUN..TERIMA KASIH CIK NURUL...SAMA2!!!HEE~~
haa....amacam????da tau kan???biasanya kita tak sedar pun yang kita ni tidur berdengkur....orang yang tidur bersama je yang tau...hehe~~
oklah...semoga bermanfaat...take care...