Followers

~~TIPS PENJAGAAN TANGAN~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat???N.H jugak ler yg tak sihat..makan hati..auwww~~hehe..stop3x!!!mengarut jer..oklah..kali neyh nurul nak kongsi tips penjagaan kuku..pernah dengar perkataan pedicure & manicure..ni semua merupakan penjagan kuku tangan dan kaki..walaupun kuku ni kecik je, kite tetap kena jaga juga..sebab dari kuku, kita boleh tau orang tu pengotor ke tak..tak gitu???hoho..ape lagi, jomlah..let's check it out!!!~~



1) MELICINKAN TAPAK TANGAN

a) urut tapak tangan dengan MINYAK SAYUR-SAYURAN sekurang-kurangnya seminggu sekali. Atau sebaik sahaja melakukan kerja-kerja yang agak kasar.
b. gunakan campuran JUS LEMON dan AIR MAWAR ke dalam MENTEGA. Sapukan di seluruh tangan. ahli gimnastik selalunya buat cara macm gini..
c.  untuk menghilangkan kesan hitam dibahagian sendi-sendi jari, gunakan campuran JUS LEMON dengan SERBUK BARLI. lakukannya dua kali sebulan...
d.  Kebanyakan lelaki yang melakukan angkat berat sering berdepan dengan masalah permukaan kulit tangan yang kasar. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan merendamkan tangan anda dalam BUIH SABUN..
e.  gunakan campuran 1    sudu teh GLYCERIN, 1 sudu teh JUS LEMON dan lima titis  AIR MAWAR, kemudian simpan di dalam botol. Gunakannya untuk mengurut tangan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Ulang jika perlu...
f.  TIMUN juga dikenal pasti mampu melembutkan kulit tangan. Hancurkan timun dan sapukan ke seluruh tangan anda. Biarkan selama 10 minit, kemudian bersihkan dan ulang jika perlu...

2) MENGILATKAN KUKU
a. Apabila kuku senang patah, bermakna kita kekurangan kalsium. Untuk mengatasinya, amalkan pengambilan KALSIUM TAMBAHAN atau mengambil makanan yang mengandungi kalsium tinggi. la sudah cukup untuk membuatkan kuku jadi  kuat dan tidak mudah patah.
b. Apabila kuku kelihatan pucat, atasinya dengan menyapukannya dengan LEMON. Kandungan bahan kimia dalam jus lemon akan membuatkan kuku berkilat.

~~semoga bermanfaat..that's all..take care~~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...