Followers

~~Jom buat CHOCOLATE CHIP MUFFIN~~


Assalamualaikum dan hi again~~kali neyh nurul nak kongsi resepi buat chocolate chip muffin...senang sangat nak buatnya dan enak dimakan..seperti biasa, bersiap sedialah dengan pen dan kertas ye..ngee~~~



* BAHAN2*
115g mentega disejukkan pada suhu bilik
70g gula caster
2 bji telur
215g tepung biasa
1 sudu kecil serbuk penaik
125ml susu
170g chocolate chip

*CARA2*
1) panaskan oven pada suhu 190 degree celcius
2) pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu..tambahkan telur satu persatu.. 
3) ayak tepung dengan serbuk penaik 2x
4) masukkan kedalam adunan mentega tadi bersama-sama dengan susu dan pukul sehingga sebati..
5) masukkan 3/4 adunan tadi ke dalam bekas acuan dan tambah chocolate chip di atasnye..
6) bakar sehingga kekuningan selama lebih kurang 25 minit..

jajang!!!!!!da pun siap chocolate chip muffin nye.ngeh..ngeh..ngeh..cuba lar ye..pasti sedap...

~~that's all..take care~~

2 comments:

  1. confirm leh jadi ke kalau ikut resipi ne.. hehehe

    ReplyDelete
  2. taufiq: cubelah,,,nurul dah cube menjadi...hee~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...