Assalamualaikum dan hi bt readers sekalian..kali neyh, jom kita selidik apa makna tersirat di sebalik warna bunga ros..bunga ros ni membawa banyak makna yg tersirat.... kasih sayang, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa..kang kalau tersalah tafsir, kite gak yang malu..so, let's check it out!!!!
1) ROS MERAH
menunjukkan bahawa si dia sangat mencintaimu dengan sepenuh hati dan ingin bersamamu buat selamanya..boleh diibaratkan sebagai cinta sejati lar..so, ape lagi,,kepada sape2 yg da jumpa dgn cinta sejati korang, kasi lar bungga ros warna merah banyak2 ye kat gf korang..semoga kekal abadi cinta korang!!!
2) ROS OREN
menunjukkan kesungguhan dan keinginannya untuk bersama kamu...warna oren melambangkan sifat aktif seseorang..kalau nak mengorat mana2 perempuan yg da lama korang suka, so cepat2 lar bagi ros warna oren ye..semoga hati si dia cair bila melihat kesungguhan hati korang..ngee~~
3) ROS KUNING
menunjukkan kegembiraan dan ambil berat atau selamat kembali..selain itu, ianya juga menunjukkan bahawa kamu ingin menjadi sahabat dia..ros kuning juga dikatakan sebagai tanda sifat cemburu terhadap kamu..so, kalau x nak bagi si dia salah faham dgn niat korang yg cuba mendekati, bagilah ros kuning ni ye..
4) ROS PUTIH
Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu. biasanya di negara barat, bunga ros ini sering digunakan dlm majlis perkahwinan bg melambangkan kesucian cinta pasangan..
5) ROS HIJAU
menunjukkan tanda kesetiaan..juga merupakan warna alam yg merupakn simbol kedamaian..ishk!!!susah nak cari ros warna hijau ni..hurm~~
6) ROS PINK
Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.
Light Pink - mengkagumi dari jauh, simpati, kelembutan dan kemanisan.
Shocking Pink - kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.
7) ROS UNGU
Warna ini adalah warna misteri dan membawa maksud tersimpan rahsia. Juga menunjukkan keinginan atau memberi mesej cinta pandang pertama.
8) ROS HITAM
Warna ros ini adalah yang sukar diperolehi dan ia melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang
Kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
Kombinasi warna merah dan putih pula melambangkan kesepakatan
take care~~
No comments:
Post a Comment