Followers

~~Gempa bumi di JePuN~~

tweet~~tweet~~


baru-baru ni, kita dikejutkan dgn gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter di Jepun dan disusuli pula dgn tsunami setinggi 10 meter..MasyaAllah...betapa besarnya keagungan Allah sehingga dalam sekelip mata sahaja boleh memusnahkan segala-galanya...sedih dan sebak hati ini  bila melihatkan berita mengenai apa yang berlaku sekarang di jepun..dengan hanya melihat tetapi tidak mampu untuk berbuat apa2, nurul rasa begitu terkilan sekali sebab nurul teringin sangat untuk membantu mangsa2 di jepun walaupun keadaan sangat genting pada masa sekarang..nurul hanya mampu berdoa buat keselamatan warganegara jepun..kesian bila melihat wajah kanak2 yang menangis kehilangan ibubapa..cuba bayangkan, kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 11.45 pagi, anak2 masih di sekolah belajar menuntut ilmu..tetapi dengan tidak diketahui, mereka terpaksa menghadapi situasi yang begitu genting tanpa kedua ibu bapa mereka di sisi..selain itu, banyak nyawa yang terkorban..tahukah apa yang dimaksudkan dengan 8.9 skala richter itu????melalui pembacaan nurul dari wikipedia..ianya bermaksud great earthquake yang boleh menyebabkan seluruh kawasan diibaratkan seperti padang jarak padang tekukur..MasyaAllah...Apakah yang akan terjadi kepada mereka semua???bagaimanakah nasib mereka?????mereka kehilangan tempat tinggal, harta benda dan nyawa juga turut diancam dengan sisa radioaktif hasil daripada letupan loji nuklear..adakah mereka sedar akan hal ini pada pukul 11 pagi pada hari tersebut???mungkin sahaja mereka masih lagi sibuk bekerja ataupun masih mengurusakan rumah..memasak ataupun tidur..kalaulah nurul boleh mengambil anak2 itu dan diberikan tempat tinggal serta menjadi ahli keluarga sendiri, nurul ingin berbuat sebegitu...bercakap sahaja pun tak guna juga..oleh itu, nurul cuba sedaya upaya nurul menyumbangkan sedikit wang kepada mangsa2 di jepun..nurul bukannya mempunyai banyak wang..tetapi nurul ikhlas mendermakan sedikit wang kepada mereka dengan harapan duit yang nurul sedekahkan itu dapat menyelamatkan nyawa mereka...hari ni, nurul terbaca di dalam suratkhabar kosmo, pemerintah perancis menyarankan supaya penduduk jepun meninggalkan negara mereka untuk langkah berjaga-jaga..Ya Allah..begitu berat sekali kepedihan mereka..bantulah mereka Ya Allah..selamatkanlah negara jepun...selamatkanlah warga2 negara jepun dan bantulah mereka untuk bangkit semula..berikanlah mereka hidayah serta petunjuk atas apa yang berlaku pada mereka sekarang..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa..


ps:

sisa radioaktif sangat2 berbahaya buat manusia dan alam kerana ia boleh mnyebabkan tahap radiasi yang tinggi dan penyakit cancer..selain itu, genetik juga boleh berubah dan menyebabkan kemandulan serta anak yang dilahirkan cacat..oleh itu, jadikanlah hal ini sebagai pengajaran buat semua..ambilllah iktibar dari apa yang berlaku..janganlah sesekali kita lalai dengan suruhan Allah swt.belum tentu lagi suatu hati nanti kita juga akan turut merasa perkara yang sama berlaku kepada mereka...Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...