STOCKHOLM - Seorang pakar nuklear Sweden memberi amaran debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima-Daiichi di Jepun yang bocor akan sampai ke Britain dalam masa dua minggu lagi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pakar Institut Kajian Pertahanan Sweden, Lars-Erik De Geer berkata, ramalan debu radioaktif akan tersebar ke Britain dibuat berdasarkan data yang dikumpulkan oleh sekumpulan saintis yang memantau ujian nuklear di China.
Seterusnya, kata De Geer, debu radioaktif itu akan tersebar ke serata Eropah yang jaraknya lebih 14,000 kilometer dari Fukushima, Jepun.
"Namun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana debu itu tidak berbahaya kepada manusia," katanya.
Menurut pakar berkenaan, debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi telah mencemari Amerika Syarikat (AS) selepas ia dikesan melekat pada pesawat-pesawat komersial yang tiba di negara kuasa besar itu.
Menurutnya, asap radiasi pula diramal melanda bahagian perairan barat AS yang terletak lebih 10,000 kilometer dari Jepun, lewat semalam.
Buat masa ini usaha sedang dilakukan bagi menyejukkan nuklear tersebut selepas ia rosak akibat gegaran kuat gempa bumi.
Beberapa pegawai menyatakan, mereka mungkin meletakkan beberapa reaktor nuklear di bawah struktur konkrit bagi mengelak penyebaran debu radioaktif.
Sumber: Kosmo
MasyaAllah..kalau jarak yg 14000 km pun debu radioaktif tu boleh sampai..x mustahil kan kat Malaysia boleh juga..Nauzubillah.....simpang malaikat 44..marilah kita sama2 berdoa supaya kita semua selamat di bumi Malaysia ini dan terhindar dari debu radioaktif Fukushima dan segala bencana alam...InsyaAllah...Allah itu Maha Mendengar...sama2lah juga kita menyumbang sedikit sumbangan kepada mangsa2 di Jepun..semoga mereka semua selamat walaupun di mana mereka berada..Amin..
No comments:
Post a Comment