Followers

~~NuRul SAyaNg IbuBaPA nuRuL~~


Assalamualaikum dan hi bt kawan2 sekalian...dah lama rasanya nurul tak meluahkan perasaan nurul kat dlm belog ni..insyaAllah, mlm ni, nurul ada something yg nurul nak share dgn korang semua..semoga korang semua terhibur..

sejak dua menjak ni, nurul sangat2 lar stress..stress dgn tesis yg x siap2 ag..viva da nak dekat...tensyen dgn study..tensyen dgn laptop nurul yg rosak..bukan setakat laptop nurul je yg rosak, pc nurul pun da terkena virus..bila buka je, keluar line2 hitam menutupi keseluruhan window..x cukup dgn tu, nurul stress dgn assignment nurul, kuiz..dgn mslh x de duwet..siriyes, nurul sengkek giler...semua ni berlaku dlm masa yg sama...nurul give up dan nurul rasa mcm da x nk buat ppe lgi da..tp bila nurul cuba muhasabah diri, nurul rasa nurul salah..nurul kena minta pertolongan dr Allah..sbb hanya Allah shjalah yg tmpat nurul bergantung harap..nurul cuba usahakan bagaimana nak urus problem nurul satu2...take one step at a time...syukur Alhamdulillah...nurul lebih tenang sekarang..dan nurul bersyukur sangat kerana mempunyai ibubapa yg membantu nurul seadanya..tak lupa juga kpd kawan2 nurul, akmal dan bestfriend nurul niza yg x putus2 beri semangat utk nurul teruskn perjuangan nurul di sini..mereka semua berusaha utk menolong nurul seadanya..bukan itu shj, makcik2 nurul yg banyak memberi nurul nasihat..terima kasih cik ma, cik aya, sujak,cik ja dan cik la kerana tolong menenangkan nurul ketika nurul dlm kesedihan teringatkan arwah nenek.

kejadian mlm ni membuka mata hati nurul utk lebih giat berusaha..nurul dapat rasakan hubungan nurul dgn ibubapa nurul semakin rapat..kalau dahulu, nurul x berapa baik sgt dgn ibubapa nurul...nurul jarang sangat col dyorg..nak tau kenapa???sbbnye bile nurul col, nurul takut nurul akan hilang fokus bila nurul ada tersalah kata atau  buat ibubapa nurul terasa hati sepanjang perbualan nurul dgn mereka..bukan nurul x rindu, nurul rindu sgt2..sampaikan x sedar nurul tersebut nama mereka ketika berseorangan, menelaah pelajaran...siapa yg x sayang ibubapa sendiri..walau jahat bagaimana sekali pun ibubapa kita..kerana merekalah kita ada di dunia ini..mampu mengenali dunia Allah..mampu belajar menyesuaikan diri di dlm mana2 situasi..malam ni, bila nurul terlihat gambar arwah nenek nurul dlm laptop sujak yg nurul pinjam, nurul menangis teresak-esak..tersedu sedan nurul menangis sebb nurul rindukan arwah nenek..apa yg buat nurul terkilan adalah disebbkn nurul x dapat balik ke rumah ketika dia jatuh dalam perjalanan untuk ke tandas..habis bengkak mata dan dahi dy..Ya Allah..betapa sedihnya nurul ketika itu, nurul sedih sbb nurul x ada ketika dy memerlukan nurul..sepanjang arwah nenek menjalani kimoterapi disebabkn penyakit kanser pangkal rahim yg dihadapinya, nurul lah orang yg menjaga nenek di hospital..arwah nenek tidak mahu orang lain yg menjaganya, hanya nurul..walaupun ada juga sehari dua makcik nurul datang menjaga, arwah nenek selalu memberitahu nurul yg dy lebih senang bila nurul yg menjaganya..mungkin shj kerana nurul melayannya sepenuh masa..bercakap dgn dy...dan sentiasa melayannya seperti anak2 kecil...diusap dan dipeluk..dan nurul masih ingat lagi betapa dy suka sekali bila nurul peluk dy..Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah nenekku..tempatkanlah dia di syurgaMu.. Amin..

disini, nurul bukannya ingin berlagak dgn menceritakan pengalaman nurul menjaga arwah nenel nurul tapi sekadar meluahkan perasaan di dalam hati nurul sekian lama..arwah nenek pernah memberitahu nurul..dy mempunyai ramai anak tp seorg pun x boleh meluangkan masa menjaganya..ketika itu, nurul rasa sedih yg amat sgt...nurul x salahkan anak2 arwah nenek kerana mereka semua sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen kpd keluarga masing2..x pe mak, biar nurul jaga mak ea..tulah yg nurul cakap untuk menenangkan hati dia...mungkin sbb itu, arwah mak selalu bertanyakan bila nurul cuti..kerana pada masa itulah, arwah nenek akan menjalani kimoterapi..syukur Alhamdulillah..sepanjang nurul menjaga mak (nenek nurul), nurul belajar untuk membuat kebajikan bukan shj kpd arwah mak tp kpd org2 lain yg ditempatkan sekali dgn arwah mak...nurul rasa begitu tenang bila dpat berbakti kpd org ramai..perasaan menolong org lain itu tidak dpt digambarkan..kepuasan hati dpt dicapai..yg penting, hati kena ikhlas...

sekarang bila mak dah meninggal, nurul rasa kehilangan..kehilangan org yg paling nurul sayang dlm hidup nurul...betullah kata org, hargailah org itu apabila dy masih ada...nurul sayang sangat arwah mak..insyaAllah, suatu hari nnti, kita akan bertemu di dunia yg kekal selama-lamanya..Amin...

pengajaran yg nurul dapat pd hari ni ialah nurul harus percaya dgn qada' dan qadar yg Allah tentukan..niat nurul harus betul..kalau dulu, nurul belajar untuk masa depan nurul, sekarang, nurul belajar kerana Allah..demi ibubpa nurul yg tercinta...betapa banyak pengorbanan yg mereka lakukan bt nurul sepanjang 22 tahun nurul hidup di muka bumi Allah ini..nurul bertekad utk belajar dgn lebih bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yg cemerlang buat ibubapa nurul..dan nurul ingin menyerahkan duit gaji pertama nurul buat kedua ibu bapa nurul...dan sekiranya diizinkan Allah..nurul ingin membawa mereka melakukan ibadat haji di Mekah..InsyaAllah...semoga Allah permudahkan urusan nurul..Amin..

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa kedua ibubapaku, keluargaku, arwah nenek2ku, arwah datuk2ku dan arwah seluruh umat islam mahupun yg telah meninggal dunia ataupun tidak..Kau cucurilah rahmat ke ats roh mereka..Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah kesihatan tubuh badan yg baik bt kedua ibu bapaku..rezeki yg halal bt mereka..dan berikanlah keredhaanMu kepada mereka..sayangilah mereka spt mana mereka menyayangiku..limpahkanlah kurniaanMU kepada mereka..dan tempatkanlah mereka di golongan orang2 yg beriman..di syurgaMU..sesunggunya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Amin Ya Rabbal Alamin..

~~Tips pemakanan: di sebalik warna beras~~


Assalamualaikum dan hi to all my friends out there...this time, i will share something about food..sepanjang nurul kat hostel, nurul memang belajar masak sendiri..alar..masak simple je..sardin ke, udang kicap ke, sup sayur, sayur lemak, ayam goreng, ke..kalau rajin sangat, barular masak steamboat ramai2 dgn kawan..biasanya nurul masak sekali dgn kawan2..lps tu, makan ramai2..baru best!!!hehe~~tapi kali ni nurul nak cerita sikit pasal beras..beras yg dibuat nasi tu..x de beras, x delar nasinye...nurul ni suka tengok cerita Vitamin kat channel kbsw..best citer tu..banyak tips2 kesihatan yg dyorg sampaikan..ada lar satu topik pasal beras ni yg bt nurul trpanggil nak menulis kat sini..oklah..jom..let’s check it out..

Jika selama ini kita berpendapat bahawa beras perang adalh satu-satunya alternatif bagi menggantikan beras putih demi menjaga kesihatan, then it is the right time to change that opinion..sebenarnya, masih banyak lagi perkara tentang beras yang perlu kita tahu..warna2 beras misalnya..ia bukan shaaj memberikan nutrisi kepada kita malah dapat memberikan sentuhan yang segar pada hidangan kita.

1)     Beras merah


Untuk kesihatan: ianya mempunyai lebih drp 2 x ganda zat besi berbanding beras perang. Ia juga mengandungi zink dan kalsium, selain phytonutrients spt phenolics yg mmpunyai fungsi antioksidan.
Cadangan penyediaan: gantikan beras putih atau beras perang dgn beras merah dlm resipi masakan keran khasiat yg anda peroleh sgt banyak..percayalah..cuba try..bagi sape2 yg rasa mcm x cukup drah, bolehlah amalkan makan nasi menggunakan beras merah..

2)     Beras ungu


Untuk kesihatan: ia mengandungi zat besi yg tinggi dan merupakan sumber terbaik protein. Ia juga mengandungi anthocyanins yg trbukti tidak mudah terbakar dan brfungsi melindungi diri drp penyakit janting serta kanser.
Cadangan penyediaan: beras ungu yg sedikit melekit boleh digunakan utk menyediakan puding nasi kerana rasa manis yg ada pdnya.

3)     Beras hitam


Untuk kesihatan: ia kaya dgn serat iatu hampir 2 x ganda berbanding beras perang atau merah. Selain itu, beras hitam jg megandungi zat besi, protein dan tidak mudah terbakar.
Cadangan penyediaan: teksturnya yg padat dan rasa kekacang yg ada pdnya menjadikan ia sesuai dimakan bersama tuna panggang.

 ok..semoga bermanfaat..take care~~


~~TAnDA2 HArI kiAmAt~~


Assalamualaikum dan hi bt reders sekalian..kali ni, nurul ingin berkongsi sedikit info yg nurul baca dr nota kwn ..tanda2 hari kiamat sudah dekat..gerun bila memikirkannya...da cukup ke amal ibadat nurul selama ni??terampunkah dosa2 nurul sebelum, sekarang dan yg bakal nurul lakukan???Subhanallah..Maha Suci Allah..Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..Ampunilah dosa2ku dan dosa umat Islam yg lain..semoga kami semua aman di bawah naunganMu..Amin...



Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslimi

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur... mungkin gempa di China, Tsunami di Aceh yg telah pun berlaku.
  8. Gempa bumi di Barat...mungkin akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan di Mesir sebagai pembukanya.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

semoga amalan kita semua diterima dan diredhai Allah..sesungguhnya hanya Allah sahaja yg wajib disembah..tiada tuhan melainkan Allah swt..kawan2, jom kita beramal di jalan Allah..

~~TIPs KecAnTikAn MenGgUNaKaN lIMaU nIPiS~~


Assalamualaikum dan hi to all my dearest readers..kali neyh nurul nak kongsi tips petua kecantikan dengan menggunakan limau nipis..alar, limau nipis, buah hijau yg kecik2 tu..x kan x kenal kot??kalau x kenal. skroll kat bawah ye...
jajang!!!!nilar dy limau nipis~~

kalau nak tau, limau nipis ni banyak sangat khasiatnya..dr apa yg nurul baca dlm majalah, perahn limau nipis ni boleh menyembuhkan batuk bila dicampurkan dengan kicap dan sedikit garam..selain itu, air limau nipis ni dikatakan boleh menghilangkan rasa dahaga..konon2nye lar, air limau nipis ni mampu menyeimbangkan makanan berlemak..rasa masam pada limau nipis dan sejenis dengannya berperanan untuk membuang toksin dan juga membantu dlm menghilangkan racun dlm badan..oklah..apa tunggu lagi, let's check it out!!!

untuk rambut
limau nipis boleh menghilangkan kelemumur dekat kepala...kepada sape2 yg sangat x suka menggunakan bahan kimia tuh, eloklah amalkan pengambilan air perahan asam limau nih..then letak kat rambut..kalau bley, bungkus sekali rambut tuh.. biarkan beberapa minit...di samping boleh hilangkan kelemumur ianya juga baik untuk org yang selalu migrain.

untuk kulit badan

sapa yang nak hilangkan daki pd kulit elok lah gosok buah ni kat kulit...lepas tu boleh mencerahkan kulit....tp klau nak betul2 berkesan jangan lar buat sekali jer lepas tu, terus give up....kena amalkan selalu lah baru lar nampak hasilnya kan~~

Untuk ketiak yang berbau
siapkan limau nipis yang dicampur dengan kapur sirih... Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa jam sebelum dibasuh. Lakukan pada waktu pagi dan petang.

Untuk kuruskan badan
buat sesiapa  yg tengah risau dgn berat badan masing2, eloklah cuba petua ni....teh + air perahan limau nipis tanpa gula...ingat ye!!!!tanpa gula...gula ni sebenarnya boleh mempercepatkan proses penuaan..so, kurangkan gula dlm makanan...ngee~~teh + limau nipis ni eloklah di amalkan pada waktu pagi dan petang...

ketika demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam...Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

ketika batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini juga baik untuk menyembuhkan selesema.
menghentikan tabiat merokok
Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

see!!banyakkan khasiat limau nipis ni..selain kaya dengan vitamin c, ia juga kaya dgn kandungan mineral spt kalsium, pospor, potasium dan juga besi..dan utk pengetahuan korang, besi ni adalah antioksidan yg boleh mencegah kanser..btw, take care~~

~~JeNiS DaRaH bOLeH MeNenTUkAn PerSoNaLiTi Ke???~~


Assalamualaikum  dan hello bt u all semua..kali neyh, jom kite lihat personaliti diri kita mengikut jenis darah..memandangkan hari ni nurul derma darah untuk pusat darah negara (PJN), so, nurul nak cerita lar sedikit pasal pengalaman pertama nurul pada hari ni..honestly speaking, best sgt!!!x sakit langsung...side effect lepas derma darah???biasanya pening sedikit, ade je yg langsung x pening..siap boleh berlari lagi..dr akan bagi ubat vitamin c dgn zat besi...untuk tambah darah..nurul derma 450 ml je..yg penting nurul ikhlas derma darah sbb nurul fikir dgn darah yg nurul dermakan tu, nurul mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang..oklah..x nak cakp panjang..let'x check it out..hah!!!sebelum tu. kenalah tahu jenis darah masing2 ye..ngee~~

DARAH JENIS A

1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.

2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang ’sekepala’.


DARAH JENIS B



1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.


DARAH JENIS 0

1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.

2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.


DARAH JENIS AB



1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.


ha...korang cubelar check..betol ke x betol..jenis darah nurul????? A..hehe~~anyway, personaliti kita ni boleh dibentuk..kalau rase x berkenan dgn perangai sendiri, pandai2lar ubah..tak gitu??oklah..semoga bermanfaat..take care~~

~~SUpErMoOn Yg MENgAgUMkAn~~


Assalamualaikum dan hi 2 all of u...meh sini..rapat2..nurul nak cerita sikit pasal SUPERMOON yg baru2 ni telah pun berlaku pada tanggal 19 March 2011..kira2nye sabtu yg lepas lar kan..supermoon ni boleh dianggap peristiwa yang jarang2 berlaku..bagaimana yg boleh dikatakan supermoon ni ea????sebenarnya, supermoon ni berlaku apabila bumi, matahari dan bulan berada dalam 1 garisan...bulan yg ketika ni penuh  pula berada berdekatan dengan bumi, disbbkan itulah, kita nampak bulan tu besar...biasanya supermoon ni dikaitkan dgn bencana alam seperti gempa bumi, gunung meletus dll..peristiwa ini memberi kita satu lagi peluang untuk melihat kebesaran ciptaan Allah yang cantik ini..jom, kita tinjau gambar2 di bawah...

Albuquerque, New Mexico

ATHENS, GREECE
GERMANY
MIAMI, FLORIDA
COLUMBUS - OHIO
NEWPORT- RHODE - ISLAND
NEW YORK CITY
PENNSYLVANIA
LONDON ENGLAND
MEXICO, CITY
THE BRONX, NEW YORK

PORTUGAL

PORTSMOUTH, ENGLAND

VINA DEL MAR, CHILE

Subhanallah..Maha Suci Allah..yg menjadikan alam dgn begitu sempurna sekali..betapa besarnya keagunganMu Ya Allah...

Semoga dijadikan pedoman dlm hidup sekalian..take care~~

~~PeTuA mEnJaDI pElAjAr CEmErLaNg MeNgIkUt Al-qUrAn~~


Assalamualaikum dan hi bt semua..nurul ingin berkongsi sedikit ilmu yg nurul tahu pd hari ini..ramai gak yg tertanya-tanya bagaimana cara nurul belajar????bagaimana boleh jadi pandai mcm nurul???uhhh~~nurul tak pandai ye..setakat cukup2 makan 2 boleylar...untuk menjawab persoalan dyorg semua, nurul cuba kongsikan apa yg nurul baca..semoga kita semua mengambil iktibar dan serba sedikit membantu pembelajaran kita nanti..InsyaAllah...



Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

Bagi nurul. apa yg penting ialah keazaman yang teguh,,kalau azam tak cukup teguh, segala kerja akan terbengkalai..nak bangun pukul 3 pagi sebabkan nak study???boley je..asalkan azam dan semangat yg kuat dlm hati..fikirkan masa depan dan kedua ibu bapa..nurul belajr kerana Allah..ada sesetangah kawan nurul belajr keran ibubapa..boleh juga kalau begitu caranya..at least, ada pendorong yang boleh menaikkan semangat kita..walaubagaimana sekalu pun, keredhaan Allah itu penting...



take care~~

~~SiMBoLik WaRNa BunGa RoS~~


Assalamualaikum dan hi bt readers sekalian..kali neyh, jom kita selidik apa makna tersirat di sebalik warna bunga ros..bunga ros ni membawa banyak makna yg tersirat.... kasih sayang, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa..kang kalau tersalah tafsir, kite gak yang malu..so, let's check it out!!!!

1) ROS MERAH

menunjukkan bahawa si dia sangat mencintaimu dengan sepenuh hati dan ingin bersamamu buat selamanya..boleh diibaratkan sebagai cinta sejati lar..so, ape lagi,,kepada sape2 yg da jumpa dgn cinta sejati korang, kasi lar bungga ros warna merah banyak2 ye kat gf korang..semoga kekal abadi cinta korang!!!

2) ROS OREN


menunjukkan kesungguhan dan keinginannya untuk bersama kamu...warna oren melambangkan sifat aktif seseorang..kalau nak mengorat mana2 perempuan yg da lama korang suka, so cepat2 lar bagi ros warna oren ye..semoga hati si dia cair bila melihat kesungguhan hati korang..ngee~~

3) ROS KUNING

menunjukkan kegembiraan dan ambil berat atau selamat kembali..selain itu, ianya juga menunjukkan bahawa kamu ingin menjadi sahabat dia..ros kuning juga dikatakan sebagai tanda sifat cemburu terhadap kamu..so, kalau x nak bagi si dia salah faham dgn niat korang yg cuba mendekati, bagilah ros kuning ni ye..

4) ROS PUTIH


Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu. biasanya di negara barat, bunga ros ini sering digunakan dlm majlis perkahwinan bg melambangkan kesucian cinta pasangan..


5) ROS HIJAU



menunjukkan tanda kesetiaan..juga merupakan warna alam yg merupakn simbol kedamaian..ishk!!!susah nak cari ros warna hijau ni..hurm~~

6) ROS PINK



Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.
Light Pink - mengkagumi dari jauh, simpati, kelembutan dan kemanisan.
Shocking Pink - kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.


7) ROS UNGU




Warna ini adalah warna misteri dan membawa maksud tersimpan rahsia. Juga menunjukkan keinginan atau memberi mesej cinta pandang pertama.

8) ROS HITAM


Warna ros ini adalah yang sukar diperolehi dan ia melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang

Kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
Kombinasi warna merah dan putih pula melambangkan kesepakatan


take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...