Followers

~~TerLeNaNyA aKu DaLAM SeDaR~~



Bukan aku tak pernah menderita,
tetapi semuanya aku simpan...
Bukan aku tak pernah kecewa,
tetapi semuanya aku pendam...
Bukan juga aku tak pernah terseksa,
tetapi semuanya aku telan...
Bukan aku tak pernah terluka,
tapi semuanya aku kapan...

Kerana apa...

Deritaku, kerana jiwa yang suka mencabar rasa...
Kecewaku, lantaran hati yang tak pernah mahu setia...
Seksaku, ekoran lidah yang tidak bijak melontar kata....
Lukaku, natijah akal yang kurang waras mentafsir deria...

Maka doa aku jadikan sandaran...
Agar jiwa boleh terisi,
menjadikan hati mampu berpaksi...
Lalu lidah jadi terpuji, 
lantas akal bisa berfungsi.

6 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...