Followers

~~7 PETUA REZEKI SEMAKIN BERTAMBAH DAN BARAKAH~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat kalian semua..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua mengenai 7 petua untuk rezeki semakin bertambah dan barakah..semoga entry kali ini bermanfaat buat semua pembaca..InsyaAllah~~


~~7 Petua Untuk Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah~~

Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup..
  1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)

  2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

  3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)

  4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)

  5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

  6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa

  7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita)
semoga kita semua dapat mengamalkannya.InsyaAllah..

~~take care~~

~~KISAH JIN YANG PERLU KITA TAHU~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua..kalian semua apa khabar?? semoga semuanya sihat berada dalam lindungan Allah SWT..kali ni nurul terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua kisah jin yang perlu kita tahu..
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Asal:
Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3) Makanannya:
dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.

4) Tempat tinggal Jin :
di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.


5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu..

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat..

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah)..

7) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

8) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk..


~~semoga bermanfaat..take care~

~~CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN..MARI AMALKAN~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua warga bumi..semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya...InsyaAllah..

SubhanaAllah..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Allah swt masih lagi memberi kita peluang untuk menghirup udara yang segar ini..free of charge pula tu..hehe..oklah..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua 6 cara untuk meningkatkan daya ingatan..semua ini boleh diamalkan tetapi jangan lupa untuk sentiasa basahkan bibir dengan berzikir dan membaca Al-Quran kerana amalan itulah yang lebih mujarab..

1. BANGUN PAGI DAN CIUM ROSEMARY
Dalam sebuah kajian tahun 2003, para psikologi meminta 144 sukarelawan untuk melakukan siri uji cuba tentang ingatan jangka panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian..
- Beberapa orang melakukan ujian itu di bilik yang tidak berbau, beberapa bilik dengan bebauan dari minyak aroma rosemary, dan selebihnya bekerja dengan bebauan minya lavender.
- Hasilnya, mereka yang bekerja di bilik dengan bauan minyak aroma rosemary mempunyai keputusan yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan berbanding dengan yang bekerja di bilik tanpa bebauan, sementara yang bekerja di bilik beraroma lavender lebih buruk dalam hal kerja ingatan..
 - Lebih jauh, mereka yang bekerja di bilik beraroma rosemary merasa lebih terjaga berbanding dengan mereka yang bekerja di bilik kawalan (tanpa bebauan)..
- yang bekerja di bilik beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.

2. MAKANAN UNTUK BERFIKIR
- Untuk menjaga ingatan tetap muda meskipun otak mulai menua, saintis menyarankan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti blueberry, epal, pisang, sayur-sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan lobak merah.
- Antioksidan = molekul yang dengan mudah mengikat dan meneutralkan elektron yang disebut sebagai ”radikal bebas” yang berkeliaran secara bebas di aliran darah..
- Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan boleh membunuh otak..
 sebahagian besar otak diperbuat dari lemak sihat, termasuk yang paling penting adalah omega-3.. 
- supaya otak boleh memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron bersambung dengan betul, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak..
- omega-3 ditemui di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan

3. KUNYAH GULA-GULA GETAH
Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggeris mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka panjang dan jangka pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa..
- tindakan mengunyah gula-gula getah akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyutan jantung, atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak (hippocampus) yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.

4. PERMAINAN OTAK
- Sebuah program Lumosity, dibangunkan dengan bantuan saintis saraf dan psikologi kognisi dari Standford University dan University of California di SanFrancisco, secara khusus direka untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka..
- Sudoku dan teka-teki silang boleh menambah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di dalam otak saling bersambungan..

5. TIDUR
- Dalam kajian menggunakan tikus, ketika tikus tidur, dua kawasan di otak iaitu hippocampus dan medial prefrontal cortex, iaitu kawasan yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) - berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu..
- Proses ini dipercayai sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk..

6. BERJALAN KAKI
- Kajian menunjukkan bahawa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring  dengan usia..
- Namun kajian pada tahun 2011 menyatakan orang dewasa yang beranjak tua yang sentiasa berjalan kaki dapat mempertahankan aktiviti hippocampus..
Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 hingga 80 tahun; Mereka melakukan aktiviti berjalan kaki tiga kali seminggu selama 40 minit..

-  Aktiviti ini berjaya meningkatkan denyut jantung mereka..
- Peserta lain dengan jumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan,dalam tempoh yang sama..
- Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang 1 peratus daripada volumenya, secara purata..
- Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan kira-kira 2 peratus pada kelantangan anterior hippocampus ,membalikkan penuaan semulajadi hippocampus selama dua tahun..
- Ilmuwan percaya bahawa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang mencetuskan pengeluaran faktor pertumbuhan di dalam otak..
-  Kemungkinan juga kerana aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya..

~~semoga bermanfaat..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...