Followers

~~BAHAGIAN JAHAT DALAM OTAK MANUSIA~~


Assalamualaikum dan hi my lovey dovey semua..korang semua apa khabar??nurul baik2 je..nurul baru je balik dari kuantan..sepupu kahwin dan makcik baru je pulang dari mekah buat umrah..syukur Alhamdulillah..selamat juga mak cik nurul kesana...
oklah..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu fakta menarik..bahagian atau tompok hitam dalam otak manusia..apa yang pentingnya dengan tompok hitam tu???haaaa!!!meh sini nak gitau...scroll ke bawah ye..
Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat...
Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di DEPAN BAWAH OTAK MANUSIA yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray..
“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya..
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama..
Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik..
- Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama..

PENJELASAN AL-QURAN
- dalam Quran ada menyebut "Nasiyyahtin kazibati khati'ah" maksudnya ubun-ubun yang membuat dusta dan bersalah"...
- jika benar penemuan ini, maka ianya ialah i'jaz a;-quran yang membuktikan kebenaran kandungan al-quran..
- mungkin itulah hikmahnya bila pasangan suami isteri yang baru berkahwin, dalam Islam disunatkan suami untuk menyentuh ubun-ubun isteri dan membaca doa, dan berdoa sebelum bersama supaya syaitan tidak ikut serta dan anak yang bakal lahir suci dari kejahatan syaitan...
-  begitu indahnya Islam..apabila dikaji, semakin banyak hikmah yang ditemukan..

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~CARA-CARA MEMBUAT TELUR REBUS BERBENTUL LOVE~~


Assalamualaikum dan hi semua..dah lama kan nurul tak berentry pasal resepi..so, kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua, cara-cara buat telur rebus bentuk love..hihi..sweet kan???


1) potong kertas kotak dan lipat separuh

2) Letakkan telur yang telah direbus ke dalam lipatan kotak. Sementara telur rebus tadi masih suam, letakkan chopstik secara melintang pada telur dan ikat dengan getah dihujungnya..

3) Setelah selesai, letakkan di dalam peti sejuk selama 10 minit..

4) Selepas 10 minit, buka ikatan getah dan keluarkan chopstik..


5) Potong telur kepada separuh…maka siaplah telur rebus berbentuk ‘love’ kita..



haaa!!amacam??comel kan???tambah2 bila makan nasi lemak telur cam gini..tak pun, sediakan telur ni khas buat yang tersayang..hehehe..

ps: nurul pun tengok tips2 ni kat blog orang len jugak..hehe~~

ps: SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBU TERCINTA..NURUL SAYANG MAMA KETAT-KETAT!!

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~MENGAPA PERUT BERBUNYI KETIKA LAPAR??~~

Assalamualaikum dan hi my lovey dovey semua..korang semua apa khabar?? semoga sihat2 semuanya k!!kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu fakta menarik..pernah tak perut korang berbunyi-bunyi bila lapar??kadang-kadang tu siap bergendang-gendut lagi dalam perut tu..jom kita kaji kenapa perut berbunyi-bunyi bila lapar...

1) sebenarnya, rasa LAPAR TIDAK ada kaitan langsung dengan PERUT KOSONG...
2) rasa LAPAR datang ketika: BAHAN2 YANG BERGIZI HILANG di dalam darah..
3) bila itu terjadi, PEMBULUH-PEMBULUH DARAH akan menghantar signal ke bahagian  OTAK yang bernama PUSAT RASA LAPAR..
4) PUSAT RASA LAPAR bertindak seperti BRAKE atau ALAT PENAHAN..
5) selama mana DARAH MENDAPAT MAKANAN YANG CUKUP, maka PUSAT LAPAR akan MEMPERLAMBATKAN GERAKAN PERUT..
6) sekiranya GIZI MAKANAN HILANG DARI DARAH, PUSAT RASA LAPAR akan membuat PERUT semakin AKTIF..
7) ketika LAPAR, PERUT MENJADI KOSONG  tetapi setelah MAKAN, PERUT akan menjadi PADAT..
8) setelah 6 JAM kemudian, HAMPIR SEMUA MAKANAN yang masuk tadi DICERNAKAN..
9) akhirnya, makanan sudah tiada dan yang tinggal hanyalah RUANG UDARA..
10) PERUT & USUS yang sentiasa BERGERAK, membuatkan UDARA YANG ADA SENTIASA BERPUSAR-PUSAR dan menghasilkan BUNYI..
11) BUNYI dihasilkan ketika waktu LAPAR & TIDAK LAPAR..

haaa!!!da tau kan??so, lepas ni, jangan lak kata perut berbunyi tu tandanya lapar..tak de kena mengena pun dengan lapar ke tidak..hehehe...

~~semoga bermanfaat..take care~~

ps: terima kasih banyak2 buat semua yang dah tekan nuff nurul...syukur Alhamdulillah, duit nuff da dapat..and nurul nak kotakan janji nurul..duit tu nurul kasi kat mak abah nurul sebab bulan 9 ni, InsyaAllah, mereka akan pergi Makkah buat haji..walaupun sedikit, at least ada kan..hehe..terima kasih ye semua!!!!~~

~~MASJID BERKUBAH EMAS DISELURUH DUNIA~~


Assalamualaikum dan hi buat korang semua...huhu..rindunya kat korang semua..nurul minta maaf ye sebab lama tak update blog..nurul sekarang sibuk buat preparation untuk sambung belajar nanti..InsyaAllah, bulan 9 nanti, nurul akan buat Master in Physics kat UKM..harap2 Allah permudahkan semua urusan nurul k..

sekarang ni nurul sibuk mengajar kat kolej Tesdec..nurul ada kenal DR dari UMT, so, Dr suruh nurul mengajar INSEP SOLAR kat sana..oklah, dapat duit lebih nanti..boleh pakai masa belajar nanti..syukur Alhamdulillah..tujuan nurul berentry hari ni, nurul nak kongsi dengan korang semua 7 masjid berkubah emas diseluruh dunia..excited tak??hehe..apa lagi, let's check it out!!
1) Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina
- aka Dome of the Rock..
dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umayah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M..
Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa..
Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar..
2) Masjid Al-Askari di Samarra, Iraq
merupakan masjid syiah yang di bangun pada tahun 944 M..
terletak di kota Samarra, Irak..
-sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat tidak langsung dari pencerobohan Amerika Syarikat ke Irak..
3) Masjid Suneri, Lahore, Pakistan
memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri..
didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M..
4) Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei
merupakan bahagian dari kompleks Istana Bolkiah..
- didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa..
memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat..
terletak di tengah taman yang mempunyai luas hampir 2 hektar lebih..
Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km..
Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara..
memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut..
Melalui menara ini, pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer..
5) Masjid Sultan Singapura
masjid terbesar di Singapura..
- terletak di kawasan Little India..
-  azan tidak dibenarkan berkumandang kerana dikatakan mengganggu ketenangan orang awam..huhu~~
6) Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei
Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas..
Mulai digunakan pada tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih..
Kubahnya terbuat dari emas 24 karat..
- pembiayaan pembangunan: USD 5 juta..
7) Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia
Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, tepatnya di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok..
-  Masjid ini mulai di bangun pada tahun 1999, dan di rasmikan pada bulan April tahun 2006..
-  Masjid ini merupakan milik peribadi dari Hajjah (Hj) Dian Djurian Maimun Al-Rasyid, seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri..
- luas bangunannya mencapai 8.000 meter persegi dan berdiri di atas lahan seluas 70 hektar..
- Secara umum, senibina masjid mengikuti tipologi arsitektur masjid di Timur Tengah dengan ciri kubah, minaret (menara), halaman dalam (plaza), dan penggunaan detail atau hiasan dekoratif dengan elemen geometris dan obelisk, untuk memperkuat ciri keislaman. Ciri lainnya adalah gerbang masuk berupa portal dan hiasan geometris serta obelisk sebagai ornamen..
- Halaman dalam berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung 8.000 jemaah..
- Enam menara (minaret) berbentuk segi enam, yang melambangkan rukun iman, menjulang setinggi 40 meter..
- Keenam menara itu dibalut batu granit abu-abu yang diimport dari Italia dengan ornamen melingkar..
Pada puncaknya terdapat kubah berlapis mozaik emas 24 karat...
- kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan masjid-masjid di Persia dan India..
Lima kubah melambangkan rukun Islam, seluruhnya dibalut mozaik berlapis emas 24 karat yang materialnya diimport dari Itali..

SubhanaAllah...Maha Suci Allah..semoga rumah Allah ini sentiasa digunakan oleh orang ramai..amin~~

~~semoga bermanfaat..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...