Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

~~CARA-CARA MEMBUAT TELUR REBUS BERBENTUL LOVE~~


Assalamualaikum dan hi semua..dah lama kan nurul tak berentry pasal resepi..so, kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua, cara-cara buat telur rebus bentuk love..hihi..sweet kan???


1) potong kertas kotak dan lipat separuh

2) Letakkan telur yang telah direbus ke dalam lipatan kotak. Sementara telur rebus tadi masih suam, letakkan chopstik secara melintang pada telur dan ikat dengan getah dihujungnya..

3) Setelah selesai, letakkan di dalam peti sejuk selama 10 minit..

4) Selepas 10 minit, buka ikatan getah dan keluarkan chopstik..


5) Potong telur kepada separuh…maka siaplah telur rebus berbentuk ‘love’ kita..



haaa!!amacam??comel kan???tambah2 bila makan nasi lemak telur cam gini..tak pun, sediakan telur ni khas buat yang tersayang..hehehe..

ps: nurul pun tengok tips2 ni kat blog orang len jugak..hehe~~

ps: SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBU TERCINTA..NURUL SAYANG MAMA KETAT-KETAT!!

~~semoga bermanfaat..take care~~

~~JOM BUAT PEACH COBBLER-HLOVATE~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang sihat??ngee~~da lama kan nurul tak kongsi resepi???kali ni nurul akan ajar korang semua buat peach cobbler-hlovate...oklah..jom kite serbu!!


*BAHAN-BAHAN*
secawan tepung gandum
secawan gula halus
satu setengah sudu kecil soda bikarb0nat
250g mentega
secawan susu segar (susu sejat pun boleh gak)
setin buah peach
sesudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu gula besar

*CARA-CARANYA*
1. cairkan mentega didalam oven dengan suhu 190 drjh celcius. gunakan bekas kaserol 13x9x2cm. 
2. adun tepung, gula, sodabikarbonat, didalam bekas berasingan 
3. masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul2. 

cara1: 
-tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol berisi mentega cair 
-siramkan jus peach ke atas adunan 
-susun peach diatas adunan 
-taburkan serbuk kayu manis dan gula 

cara2: 
-susunkan peach di atas mentega cair didalam bekas kaserol 
-tuangkan adunan keatas peach 

4. bakar didalam oven pada suhu 175-190 drjh selsius selama 45minit-sejam atau hingga menjadi perang keemasan. 

haaa!!!da pun siap peach cobbler-hlovate kita!!hee~~nak tau kenapa hlovate???sebabnya kalau korang baca novel hlovate, hlovate ada letak resepi peach cobbler ni dalam bukunye..kalau x salah, 5 tahun apa ntah..ngee~~tapi resepi ni nurul dah ubah sikit2 tau..hee~~

apa lagi???jomlah buat!!!

selamat mencuba!!

~~take care~~

~~JOM BUAT PANCAKE~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..da lama rasanya nurul tak berkongsi resepi dengan korang semua kan??nurul suka masak yang simple-simple je..kali ni, jom kita ramai-ramai buat pancake..hehe..biasanya pancake ni femes makan pagi2..western style..hik..ape lagi..let's check it out..


*BAHAN-BAHAN*
300gm tepung gandum
3 biji telur
250ml air
250ml susu cair
1/3 cawan minyak masak
1 sudu kevil even vanila (kurangkan rasa telur)

*CARA-CARA*
1) pukul telur dan even vanila sehingga kembang dan putih..
2) masukkan air dan susu cair dan gaul sehingga sebati..
3) masukkan tepung gandum dan gaul sehingga semuanya diadun sekali..
4) masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sambil adunan dilipat-lipatkan..
5) tuangkan satu senduk adunan ke atas kuali leper dengan api sederhana..biarkan masak sebelah..
6) balikkan dan masak sebelah lagi..
7) angkat dan hidangkan dengan mentega, jem ataupun madu..

jajang!!!!da pun siap pancake kita...pancake ni sedap dimakan di waktu pagi..senangkan nak membuatnya..apa lagi..trylah ye..

~~oklah..semoga bermanfaat..that's all..take care~~

~~JOM BUAT YOGURT~~


Assalamualaikum dan bi buat semua..korang semua suka makan yogurt tak??nurul suka!!!!yogurt is basically a sour cream but less fat..selain daripada dapat menjaga usus kita, yogurt juga boleh menjaga sistem penghadaman dan pencernaan kita..so, kali ni nurul nak kongsi resepi buat yogurt yang paling senang dan mudah dilakukan..jom, kita lihat..

*BAHAN2*
2 liter susu rendah lemak
1 cawan natural yogurt (140ml)
180gm gula

*CARA2*
1) panaskan susu (85 degree celcius)..kalau guna susu uht, skip yang ni..
2) masukkan gula
3) sejukkan sehingga suam-suam kuku (43 degree celcius)
4) masukkan yogurt dan tutupkan periuk rapat2
5) biarkan selama 7-8 jam

jajang!!!!!da pun siap yogurt nurul!!!!senang kan?????kalau nak lebih sedap, masukkanlah buah kegemaran korang..kalau nurul, suka strawberi, so nurul masukkan strawaberi ke dalam yogurt tadi..cubalah ye...

~~that's all..take care~~ 

~~Jom buat DADIH~~


Assalamualaikum dan hello buat semua...kali ni nurul nak kongsi cara-cara nak buat dadih..mudah dan senang..dadih ni sedap sangat dimakan bila da sejuk..mak cik nurul sangat suka makan dadih..daripada dibeli, baiklah kita buat sendiri..menjimatkan dan lagi best dapat makan banyak2..resepi ni untuk dibuat dengan begitu banyak sekali..ok..bersiap sedialah ye..



*BAHAN2*
1 paket agar-agar biasa
5.5 liter air (bergantung nak cair atau pekat)
1 paket coffeemate
1 kg gula (nurul tak suka sangat manis, so nurul kurangkan dos gula)
1 tin susu cair
perasa ikut suka hati (keladi, coklat, vanilla)

*CARA2*
1) masakkan agar-agar dengan air sehingga hancur
2) masukkan gula, coffemate dan susu cair dan masak sehingga mendidih
3) masukkan perasa yg korang nak..kalau nak lebih perasa, bahagi2kan kepada beberapa bahagian
4) tuang ke dalam bekas dadih dan masukkan ke dalam peti sehinggalah betul2 sejuk

jajang!!!da pun siap dadih nurul..hik3x..senang kan buatnye..x yah lar membazir nak beli  kat pasar malam singgit setengah satu cawan..buat sendiri lagi best..dapat makan banyak sampailah puas hati..ngee~cubalah ye..

~~that's all..take care~~

~~Jom buat CHOCOLATE CHIP MUFFIN~~


Assalamualaikum dan hi again~~kali neyh nurul nak kongsi resepi buat chocolate chip muffin...senang sangat nak buatnya dan enak dimakan..seperti biasa, bersiap sedialah dengan pen dan kertas ye..ngee~~~



* BAHAN2*
115g mentega disejukkan pada suhu bilik
70g gula caster
2 bji telur
215g tepung biasa
1 sudu kecil serbuk penaik
125ml susu
170g chocolate chip

*CARA2*
1) panaskan oven pada suhu 190 degree celcius
2) pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu..tambahkan telur satu persatu.. 
3) ayak tepung dengan serbuk penaik 2x
4) masukkan kedalam adunan mentega tadi bersama-sama dengan susu dan pukul sehingga sebati..
5) masukkan 3/4 adunan tadi ke dalam bekas acuan dan tambah chocolate chip di atasnye..
6) bakar sehingga kekuningan selama lebih kurang 25 minit..

jajang!!!!!!da pun siap chocolate chip muffin nye.ngeh..ngeh..ngeh..cuba lar ye..pasti sedap...

~~that's all..take care~~

~~jom buat AISKRIM COKELAT~~


Assalamualaikum dan hi buat semua...kali neyh nurul nak kongsi pulak bagaimana nak buat AISKRIM COKELAT yang simple dan sedap...ngee~~bersiap sedia dengan kertas dan pen ye semua...

* BAHAN2
180g cokelat (lau nak lagi sedap, pilih cokelat yg terbaik ok)
450g susu segar (nurul prefer dutchlady rendah lemak)
5 biji kuning telur
125g caster sugar (gula kastor)
300ml krim putar (double cream)

*CARA2
1) cairkan coklat terlebih dahulu..cam mana nak cairkan??masukkan kepingan coklat dalam mangkuk dan letak mangkuk tadi dalam air yang mendidih
2) pukul kuning telur dengan gula sampai kembang (ringan dan gebu)
3) masukkan adunan tadi dalam susu yang dipanaskan dengan api yang sederhana ( < 100 degree celcius)
4) kacau sehingga pekat..jangan sampai hangus ye...
5) masukkan cokelat yang dah cair tadi dan kacau..
6) setelah sebati, tapis adunan tadi guna penapis..kalau boleh, ayak lar sikit2...
7) sejukkan adunan yg telah ditapis tadi seketika
8) letakkan krim putar ke atas adunan tadi
9) masukkan ke dalam freezer selama lebih kurang 3 jam..

jajang!!!!!da pun siap asikrim cokelat nurul..eh, kita!!!hihee~~petang2 bolehlar ajak kawan2 makan aiskrim buatan sendiri..simple kan??boleh lar try ea...ini dia, hasilnya..anw, semoga bermanfaat..



~~take care~~

~~Jom buat CHOCOLATE CHIP COOKIE~~


Assalamualaikum dan hello buat semua..nurul sebenarnya da lama gigih berusaha belajar dan membuat homemade cookie..bukan setakat cookie je tapi chocolate pun nurul belajar..okay..kali neyh nurul akan kongsi cara2 nak buat chocolate chip cookie..bersiap sedia dengan kertas dan pen ye kalian semua!!!!~~~

*bahan2nya
115 g / 4oz  butter (mentega)  pada suhu bilik
50g gula caster
110g gula perang (dark browm sugar)
170g tepung biasa
1 telur
1/2 sudu esen vanila
1/2 sudu soda bikarbonat
secubit garam
8oz cip cokelat

*cara membuat
1) pastikan oven dipanas terlebih dahulu pada suhu 140 degree celcius dan dulang disapu dengan sedikit mentega agar biskut tidak melekat nanti
2) masukkan gula perang dan gula caster dalam electric mixer dan kacau bersama dengan mentega sehingga sebati ( ringan dan gebu)
3) campurkan telur dan vanilla, pukul sekali dengan sebatian mentega tadi
4) masukkan sedikit demi sedikit tepung, soda bikarbonat dan garam...pukul sampai sebati
5) masukkan cokelat cip dan gaul dengan sebati

6) buatlah bentuk biskut yg anda suka..kalau nak senang, guna tangan cubit sikit2 tarok atas dulang tadi..tapi make sure jgn rapat2 sangat tau sebab nanti biskut tu akan naik dan membesar.
7) bakar dalam masa 10-15 minit..

hualahhhh!!!!akhirnya da siap chocolate chip cookie saya!!!hehe~~nilah rupa chocolate chip yg bakal dimakan nanti..


cubalah..pasti sedap!!da tak payah susah2 nak beli kat famos amos lagi..hihee~~

~~take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...