Followers

~~SEGMEN 'ADA APA DI BLOG SAYA' BY MEYO~~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..hari ni nurul terasa nak join segmen je..so, kali ni nurul akan join segmen 'ADA APA DI BLOG SAYA'..kalau korang semua nak join, just click on this banner ok!!

ADA APA DI BLOG SAYA???hurm~~buat korang yangtak tau lagi, kat blog nurul ni banyak sangat:

1) fakta sains..bukan auta..cth KLIK, KLIK, KLIK
2)  pengisian ilmu agama.. cth KLIK
3) resepi memasak cth KLIK, KLIK
4) Info-info semasa..
5) luahan hati nurul sendiri..hik~~

da tau kan, so nurul harap korang semua enjoy berada di blog NURUL HONEY k..semoga korang semua mendapat ilmu yang berguna dan dirahmati Allah..

sebelum itu, nurul nak tag 2 orang kawan blogger nurul:

  MISS NINA NARINA
MISS TYRA

~~that's all..take care~~



~~11 ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT~~




Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..hari ni nurul nak kongsi dengan korang semua banyak benda, tapi kan..nurul tak mampu nak taip entry banyak2..oleh itu, untuk hari ini, nurul akan bercerita mengenai 11 orang yang didoakan malaikat..korang percaya tak wujudnya malaikat???tau kan yang percaya pada malaikat tu salah satu daripada rukum iman. beruntunglah orang yang didoakan oleh malaikat..nak tau sape orang tersebut??let's cekidaut!!!~~


1 – Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2 – Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3 – Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4 -  Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5 – Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6 – Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7 – Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’

8 – Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9 – Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10 – Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11 – Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

dah tau kan???marilah kita semua berusaha menjadi orang yang didoakan oleh malaikat.semoga kita semua memperoleh keberkatan dan rahmat daripada Ilahi..Amin..

semoga bermanfaat..tolong klik nuffnang nurul ye..nak kumpul bawak pergi haji..insyaAllah..
~~take care~~

~~RAHSIA SOLAT YANG TIDAK DIKETAHUI~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua apa khabar??semoga sihat hendaknya..insyaAllah, malam ni nurul akan balik ke rumah di kelantan..harap semuanya berjalan dengan lancar..amin..nurul rindu nak jumpa adik-adik nurul..nak melawat kubur arwah..tolong doakan ye semoga arwah sentiasa bahagia di sisi Allah..terima kasih semua. oklah, kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua mengenai rahsia solat..apa sebenarnya yang terkandung dalam solat, dalam setiap pergerakan kita..insyaAllah..semoga bermanfaat k..

korang mesti nak kan wajah yang sentiasa segar, berseri-seri dan cantik menawan, cucilah muka dengan air wudhu' minimum 5 kali sehari. jangan lap. biarkan ianya kering sendiri. lepas tu, solatlah, berzikir dan berdoa. insyaAllah, dapat apa yang dihajati..

utk menghilangkan stress, cukuplah dengan memperbanyakkan solat. dalam solat, kita banyak bergerak.setelah itu, berkomunikasilah dengan Allah dengan berzikir dan berdoa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku)
 
 Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur
 
 Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud , selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air masak.
 
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia SOLAT, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
 
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan.”
semoga kita semua dirahmati Allah dan diredhaiNya. solatlah dengan hati yang ikhlas dan tawaduk supaya kita semua terhindar dari melakukan kemungkaran. InsyaAllah..

terima kasih sudi baca..as usual, tolonglah klik nuffnang nurul k..duit tu insyaAllah nurul akan kumpul bawa pergi haji..amin..
 

~~9 MIMPI BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..how's ur day so far???nurul harap korang semua dirahmati Allah ok..kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua 9 mimpi baginda Nabi Muhammad saw..let's start it..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah Ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra’kan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut

BERSABDA RASULULLAH SAW, ”SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

dah baca kan???oleh itu, kawan-kawan semua, marilah kita semua muhasabah diri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik..semoga kita semua dirahmati Allah dan berada dalam lindunganNya..Amin..

~~semoga bermanfaat..terima kasih sudi membaca..take care~~


~~12 AZAB TINGGALKAN SOLAT~~


Assalamualaikum wbt dan hi buat lovey dovey semua..korang semua apa khabar???nurul tak berapa nak sihat sebab demam..huhu..tapi tak pelah, sakit ni boleh menghilangkan dosa-dosa kecil kita..tak gitu???

nurul nak gitau korang semua..29hb november 2011, nurul telah pun kehilangan seorang ahli keluarga nurul..adik nurul, Muhammad Aliff Razuan Bin Azman telah pun kembali ke rahmatullah. semoga arwah tenang di syurga sana..Amin..nurul ingin minta tolong pada korang semua, sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah. semoga dia bahagia berada di samping Allah..terima kasih ye semua..

kali ni, nurul nak berkongsi dengan korang semua 12 azab bagi mereka yang tinggalkan solat..no, no, no..nurul menyeru kawan-kawan semua, janganlah tinggalkan solat..solat ini tiang agama kita, cuba bayangkan kalau rumah tanpa tiang, pasti roboh berkecai..macam tu lah kita, solat ini boleh mencegah kita daripada melakukan kemungkaran..ingatlah, kita semua pasti akan kembali kepadaNya..oklah, tak nak cakap lebih2, jom teruskan pembacaan kita k..

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1) Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2)  Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3)  Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

bahaya ketika hendak mati :
4)   Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
5)  Dia akan merasa yang amat pedih ketika Roh dicabut keluar.
6) Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur :
7) Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
8)  Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
9) Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

azab di hari kiamat :
10) Hisab ke atasnya menjadi sangat berat
11) Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
12) Allah S.W.T akan menyeksanya dengan api neraka.

haa..amacam kawan-kawan semua???dah tau kan???jangan lupa sembahyang k..bila kita meninggal, soalan pertama yang akan dihisab ialah solat kita..kalau dah soalan pertama pun kantoi, apatah lagi soalan yg ke 2, betul tak??semoga kita semua memperoleh hidayah dan petunjuk  dari Allah swt..Amin..

semoga bermanfaat..jangan lupa tolong klik nuffnang nurul k..macam biasa, nak kumpul duit, pergi haji..kali ni nak buat haji buat arwah adik pulak..amin..

~~take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...