Followers

~~KENAPA TIDUR BERDENGKUR???~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...korang semua sihat???nurul rindu dgn korang semua..terima kasih tau sebab sudi singgah dan follow blog nurul ni...kepada yang dah like blog nurul, terima kasih banyak2 tau..jasamu dikenang..tanpa korang semua, sapelah saye ini..huhu~~

1st update, nurul da pun mula kerja...hee~~excited???x delah sangat sebab masih dalam mood nak bermalas-malas lagi kan...hihee~~hari ni da masuk 2 hari nurul kerja...pensyarah di kolej KCTI kat terengganu..sekarang ni  nurul menetap sementara kat rumah kawan..syukur Alhamdulillah kawan sanggup tumpangkan nurul...hehe~~

oklah, x nak cakap panjang...kali ni, nurul nak berkongsi dengan lovey dovey semua kenapa kita tidur berdengkur???agak2 korang lar kan, nape ea???let's check it out!!!~~


1) APA KEMENDENYE BERDENGKUR NIE???

Berdengkur adalah BUNYI BISING semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat.

2) MACAM MANE PULAK BENDA HALAH TU BOLEH BERLAKU??
Ia berlaku apabila terdapat SEKATAN pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila TISU BAHAGIAN ATAS SALURAN PERNAFASAN bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

3) OWH, MACAM TU KE???DAH TU KENAPA BOLEH BERDENGKUR PULAK??
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. 
- Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. 
- Tisu tekak yang besar dan tebal. 
- Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.
- Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar juga mudah berdengkur.

4) HAAA...DA TAU PUN...SO, APA KESAN BILA KITA BERDENGKUR EA???BAHAYA TAK??
boleh mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya...

5) WAAAA...TATOTNYE!!!TULUN2X!!!!CAM MANA NAK ELAKKAN DRP BERDEGKUR NIE??
Kurangkan berat badan jika mengalami masalah berat badan berlebihan...
Kurangkan pengambilan minuman beralkohol atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
- Dicegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
-  Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.
-  Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang..

HURM...DA TAU PUN..TERIMA KASIH CIK NURUL...SAMA2!!!HEE~~

haa....amacam????da tau kan???biasanya kita tak sedar pun yang kita ni tidur berdengkur....orang yang tidur bersama je yang tau...hehe~~

oklah...semoga bermanfaat...take care...

~~I'M BACK!!!~~


Assalamualaikum dan hi buat semua....tak mau cakap banyak...nak cakap yang ni je!!!NURUL HONEY IS IN DA HOUSE!!!!!!!!!!!HOYEAHHHHXXX!!!!!!!!!!YIPEEEEE!!!!!!!!tunggukan kemunculan nurul ye kawan2 semua...sayang korang semua...tq sudi dtg singgah dan follow blog nurul ye..jasa korang dikenang!!!!!!!!!!!!!

~~that's all.....take care ok!!!~~

~~SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua sihat???puasa tak hari ni???di bulan puasa ni, nurul nak amek kesempatan nak wish semua bloggers, followers dan kawan-kawan semua SELAMAT BERPUASA..SEMOGA PUASA KALI NI DIBERKATI ALLAH DAN MENDAPAT KEBERKATAN YANG MELIMPAH RUAH OK..

hari ni last day nurul praktikal kat syarikat SolarTIF ni..sedih pun ade..happy pun ade..of coz lar  kan heppy sebab penat lelah 3 bulan praktikal..tak payah bayar duit sewa umah lagi...tak delah nak kena fikir minyak kereta lagi..

dan..

nurul dah dapat tawaran kerja jadi pensyarah kat kolej kat terengganu..masuk kerja 4hb 9 ni..mula2 memang nurul sedih sebab nurul nak sambung master dan nurul rindu sangat2 dengan UKM...nurul rindu nak belajar..nurul rindu nak struggle study...bayangkan masa lecturer nurul datang sini nak tengok nurul praktikal, nurul menangis esak-esak sebab rindu kat lecturer..rindu nak study..tapi disebabkan kekurangan wang, tak de rumah sewa..so, nurul keje dulu lar..tapi baguslah juga sebab kolej tempat nurul kerja tu kata akan tanggung master nurul kalau prestasi kerja nurul baik..so, sekarang nurul memilih untuk menyenangkan hati parents nurul memandangkan nurul ni anak sulung..

sekarang ni, nurul cuma mengharapkan agar segalanya dipermudahkan..dan dapat lar nurul cari rumah sewa baru yang dekat dengan kolej..insyaAllah..doakan nurul selamat ok..terima kasih semua kerana sudi support nurul..tak lupa juga kepada kawan-kawan nurul dan cousemate..semoga korang semua mendapat apa yang korang nak..kerja atau sambung master..kesian jugak kat kawan2 nurul yang masih tercari-cari kerja..nurul pun agak pening semasa nak buat pilihan kerja..sebab ada 2 ofer kerja..then dah janji dengan lecturer buat projek dengan beliau..nurul ingatkan offer yang satu lagi nurul nak pass kat kawan nurul..biar sama-sama dapat keje..insyaAllah..satu lagi yg memeningkan nurul, nurul grad 26hb 9 tapi time tu nurul dah kerja..at least, 2 minggu nak kena skip kerja..kesian kat anak-anak murid nurul nanti..hahaha..nurul bajet!!!~~

oklah..semoga korang semua sukses dengan apa yang korang buat..kepada pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM..nurul ucapkan semoga berjaya dan berusaha dengan lebih tekun lagi..insyaAllah, Allah akan bantu hamba-hambaNya yang berusaha...adik-adik nurul pun tahun ni PMR dan SPM..semoga diorang mendapat kejayaan yang lebig cemerlang dari kakaknya ini..amin~~

sampai di sini sahaja celoteh nurul di sini..insyaAllah, nurul akan update blog kalau ada masa..semoga bertemu lagi kita ye..akhir kata..jangan lupa like page nurul k..kalau sudi lar..hee~~

~~terima kasih sudi membaca..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...