Followers

~~RAHSIA SOLAT YANG TIDAK DIKETAHUI~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..korang semua apa khabar??semoga sihat hendaknya..insyaAllah, malam ni nurul akan balik ke rumah di kelantan..harap semuanya berjalan dengan lancar..amin..nurul rindu nak jumpa adik-adik nurul..nak melawat kubur arwah..tolong doakan ye semoga arwah sentiasa bahagia di sisi Allah..terima kasih semua. oklah, kali ni nurul nak berkongsi dengan korang semua mengenai rahsia solat..apa sebenarnya yang terkandung dalam solat, dalam setiap pergerakan kita..insyaAllah..semoga bermanfaat k..

korang mesti nak kan wajah yang sentiasa segar, berseri-seri dan cantik menawan, cucilah muka dengan air wudhu' minimum 5 kali sehari. jangan lap. biarkan ianya kering sendiri. lepas tu, solatlah, berzikir dan berdoa. insyaAllah, dapat apa yang dihajati..

utk menghilangkan stress, cukuplah dengan memperbanyakkan solat. dalam solat, kita banyak bergerak.setelah itu, berkomunikasilah dengan Allah dengan berzikir dan berdoa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku)
 
 Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur
 
 Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud , selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air masak.
 
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia SOLAT, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
 
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan.”
semoga kita semua dirahmati Allah dan diredhaiNya. solatlah dengan hati yang ikhlas dan tawaduk supaya kita semua terhindar dari melakukan kemungkaran. InsyaAllah..

terima kasih sudi baca..as usual, tolonglah klik nuffnang nurul k..duit tu insyaAllah nurul akan kumpul bawa pergi haji..amin..
 

6 comments:

  1. banyak betul manfaat nye. entry yg berinfomasi :]

    ReplyDelete
  2. SubhanaALLAH....

    islam itu indah... :)

    ReplyDelete
  3. cik nina: terima kasiih ye..

    fathiyyah: maha suci Allah..

    cik nur: subhanaALLAH~~

    ReplyDelete
  4. besar kuasa Allah ;)
    jgn tinggalkan solat yea ;) pesanan buat diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..SubhanaAllah..
      ..pesanan utk nurul juga..
      ..hee~~

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...