Followers

~~MAKANAN ORANG KOREA~~


Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua..kali neyh nurul nak kongsi dengan korang semua makanan yang terdapat di korea..sekarang ni musim k-pop,,nurul pun giler dengan k-pop...hehe..let's check it out..

1) KIMCHI
kepada penggemar citer2 korea..mesti pernah dengarkan pasal kimchi ni. kimchi ni merupakan makanan kegemaran orang Korea. Di setiap restoran, dorang akan serve Kimchi ni. Kimchi diperbuat daripada sayur kobis, atau apa-apa sayur yang dijeruk dan boleh tahan selama 4 bulan lamanya.

2) BUBUR SEAFOOD
Harga dia dalam 8000won (RM20) sahaja. Kenyang gak la makan bubur ni sebab mangkuk dia besar dan banyak sotong, udang, kepah di dalamnya...alar..upgrade sikit daripada bubur mc d..hehe~~

3) NASI AYAM TANDOORI
Dekat Korea, jangan haraplar boleh makan ayam dengan sesenang hatinya sebab dorang tak sembelih pun ayam atau daging tu. Kalau korang nak makan ayam atau daging, korang boleh pergi ke Itaewon, Seoul. Dekat sana memang ada masyarakat Islam di situ yang jual makanan yang halal. Tapi dicadangkan jangan pergi pada waktu malam kerana korang mesti akan berasa gerun dan cuak..

4) IKAN MASAK KARI
nurul  tak tahu la ikan ni masak kari atau apa. Tapi yang pasti, sedap dan mengenyangkan. Ikan-ikan dia besar-besar dan memang kenyang kalau korang makan lauk ni dengan nasi. Lagi satu, di bawah ikan tu ada tauge yang sangat banyak. Kalau korang suka makan tauge, dipersilakan...

5) TELUR IKAN
 Kalau nak merasa telur ikan, korang boleh juga dapatkan ia di Korea ni. Yang macam otak tu sebenarnya bukan otak ikan, tetapi perut ikan. Serius sama seperti yang korang tengok dalam Fear Factor. Tengok je dah tak lalu. Tapi telur ikan tu ok la bagi nurul sebab nurul suka telur ikan... Boleh la kalau korang nak makan time bosan-bosan..

6) BIHUN SEJUK
Bihun tu memang sejuk. Seperti bihun yang baru bawak keluar daripada peti ais dan terus dihidangkan untuk korang makan. Selalunya makanan ini dihidangkan semasa musim panas... 

7) ULAT SUTERA
orang Korea suka makan ulat sutera ni sebab rasa dia yang creamy-creamy dan juga manis...

8) KUIH IKAN
Dalam kuih ni ada inti kacang merah. Inti kaya pun ada kalau korang nak. Memang sedap. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu masa sejuk dan kuih tu masih panas-panas lagi. Ranggup di bahagian tepi-tepinya...

9) NASI SAMBAL SOTONG
Nasi ni amat sedap. Lagi-lagi bila makan bersama dengan sotong yang dimasak pedas dalam mangkuk tu. Ditambah pula dengan telur-telur ikan yang banyak dan meletup-meletup bila korang kunyah.

haaa...cne??best tak???yang paling nurul suka ialah KIMCHI..best woo lau dapat makan..nurul ni pun suka sangat makan sayur neyh..hehe..oklah..semoga bermanfaat..

~~that's all..take care~~

12 comments:

  1. wah...nak mutah tengok yg perut ikan tu...uwekkkkkkkkk...da muntah ijau...

    ReplyDelete
  2. wah, xper pon nak rase makanan orng korea sebb apa memang xterlintas nak makn..huhuhu

    p/s: ayie follow blog nie

    ReplyDelete
  3. noh: haha...memang geli kan???naseb bek ade telur ikan sekali..kalau ade perut ikan tu saje..kompem tak makan..memang tak makan pun..

    ayie: thankz ayie...hehe~~

    ReplyDelete
  4. Kalau nak tahu lebih banyak pasal Korea. jum terjah blog ni.

    http://justnickamma.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. urzain hussain: yum..yum..~~

    nick manjer: dah pergi baca..hee~~

    ReplyDelete
  6. eww.. for me, japanese food is better.. my opinoin .. ^_^ jgn marah..hehehe

    ReplyDelete
  7. hiza-ryuu chan: its ok..ur opinion accepted n always be..~~

    ReplyDelete
  8. geli je tengok perut ikan ngan ulat-ulat tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...