Followers

~~3 POKOK PALING TUA DI DUNIA~~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat kalian semua..kalian semua apa khabar? Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..

hari ini, nurul ingin berkongsi 3 pokok paling tua di dunia. hurm..selama ni tak pernah ambil tahu pun pasal ni..jom kita lihat keindahan ciptaan Allah ini..

1) BRISTLECONE PINE, 4200 TAHUN

- Pohon cemara atau pine (pinus) merupakan pohon dari family Pinaceae..
-  boleh didapati di mana saja, asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur, banyak air ataupun yang mempunyai kadar asid cukup tinggi..
- Kita boleh mencari pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sampai ke pelosok New Zealand, Brazil dan Chili..
- mempunyai daya jual yang sangat tinggi dalam industri perkayuan..
- Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu, getah, ranting, biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi..
- asalnya adalah pohon komersil..
- boleh mencapai umur sekitar 100-1000 tahun..
- mencatat rekod pokok tertua di dunia melalui cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine (Pinus longaeva)..
- tingginya antara 3-80 meter tetapi rata-rata tingginya 15-45 meter..
- Pohon tertinggi dari spesies Sugar Pine sedangkan yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine..

2) Jomon Sugi, 2000-7000 tahun
- Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun..
- ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan kadar 300 m padu..
- dianggarkan usianya antara 2000 - 7200 tahun..
- terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun (40 minit dengan pesawat dari Lapangan Terbang Kagoshima)..

3) Spruce Ione Norway, 9550 tahun
- Tingginya hanya 4 meter..
- sebatang pokok sejenis cemara, yang masih hidup di Sweden, diketahui berusia 9.550 tahun..
- Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia saat ini..
- Spesies pokok spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004..
- para penyelidik menemuinya di sekitar semak-samun di pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna, Sweden..
- sering digunakan sebagai pokok Krismas..
- "Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicetuskan kemampuannya mengklon diri sendiri," ujar Leif Kullman, profesor eologi dan lingkungan hidup di Universiti Umea, Sweden. Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, saat batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.
- Pokok ini lebih tua dari pain Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun..
- Pain Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun tumbuh menjulang hingga 150 meter..
- Jika umur pain Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden diukur dari jejak radiokarbon di akarnya..
- Kullman menyatakan pohon yang usianya lebih tua dari 9.550 tahun boleh dikatakan mustahil. Sebab, seluruh wilayah Sweden kemungkinan masih diliputi ais saat itu..

SubhanaAllah..Sungguh indah ciptaan Allah ini..Semoga kita semua medapat manfaat daripadanya..

~~take care~~

~~7 PETUA REZEKI SEMAKIN BERTAMBAH DAN BARAKAH~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat kalian semua..kali ni nurul nak berkongsi dengan kalian semua mengenai 7 petua untuk rezeki semakin bertambah dan barakah..semoga entry kali ini bermanfaat buat semua pembaca..InsyaAllah~~


~~7 Petua Untuk Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah~~

Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup..
  1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)

  2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

  3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)

  4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)

  5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

  6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa

  7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita)
semoga kita semua dapat mengamalkannya.InsyaAllah..

~~take care~~

~~KISAH JIN YANG PERLU KITA TAHU~~

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua..kalian semua apa khabar?? semoga semuanya sihat berada dalam lindungan Allah SWT..kali ni nurul terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua kisah jin yang perlu kita tahu..
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Asal:
Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3) Makanannya:
dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.

4) Tempat tinggal Jin :
di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.


5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu..

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat..

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah)..

7) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

8) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk..


~~semoga bermanfaat..take care~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...