Followers

~~MaKnA NaMa-nAmA bULaN iSlAm~~


Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..nurul sebenarnya tak sabar-sabar nak balik kampung..kenapa???sebab nak pakai inai..hee~~dah lama x pakai inai..teringin lar pulak nak pakai bila tengok adik pakai..aishkk!!ayat pun dah terabur..oklah..x nak buang masa lagi..nurul nak berkongsi dengan korang semua makna nama bulan2 islam..let's check it out~~

Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiul Awal (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiul Akhir (atau Rabiul thani) (ﺭﺑﻴﻊﺍﻷﺧﻴﺮ/ﺭﺑﻴﻊﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadil Awal (ﺟﻤﺪﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.

Jamadil Akhir (atau Jamadil thani) (ﺟﻤﺪﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤﺪﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadhan (ﺭﻣﻀﻦ)
Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭﺍﻟﻘﻌﺪﻩ)
Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijjah (ﺫﻭﺍﻟﺤﺠﻪ)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

 haa..da tau kan???kan elok bile ade orang tanya hari ni berapa haribulan..kite jawab 5 rejab..wahhh!!!memang terbaek r!!!

~~terima kasih sudi baca..take care~~

~~9 jEnIs SyAItAn~~

Assalamualaikum dan hi lovey dovey semua..korang apa khabar???harap korang semua sihat2 je k..kali ni nurul nak kongsi dengan korang semua 9 musuh paling utama kita semua terutamanya kepada orang islam..let's cekidaut!!!~~

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

semoga korang semua mendapat pengetahuan yang berguna hari ni..syaitan ni adalah musuh kita yang paling utama..tujuan hidup dyorg pun mmg nak menyesatkan umat manusia..oleh itu, kita kenalah sentiasa tetapkan iman dan kuatkan hati supaya kita tak tersesat jauh..insyaAllah..semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah..amin..

~~terima kasih sudi baca..take care~~

~~Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia~~

Assalamualaikum dan hi buat lovey dovey semua...how's ur day so far???nurul baik2 aje!!heppy sbb laman web kolej dah pun siap..tapi ada lagi lar yg nak kena baiki..korang nak tengok???klik SINI k..

actually, hari ni nurul nak kongsi dengan korang semua satu pengisian diri..semoga korang semua terhibur..

~~Tiga Golongan Yang Akan Memasuki Neraka Jahanam 7 Kali Umur Dunia~~

1) Orang yang gemuk tapi kurus
- Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
- Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib.
- Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.
- Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong

2) Orang yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
- Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

3) Orang yang alim tapi jahil
- Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
- Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Nauzubillah..semoga kita semua tidak tergolong dalam 3 golongan di atas..Amin..

semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah S.W.T

~~terima kasih sudi membaca..take care~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...